KESIANNYA

 Sebelum sampai Seam Reap,bas  kami berhenti seketika di sebuah perhentian bas untuk rawat dan rihat, ke tandas dan melegakan diri.

Terdapat beberapa gerai menjual buah-buahan dan snek tempatan. Tetapi yang membuka mata saya ialah jualan makanan exotic orang-orang sini seperti gambar-gambar berikut. Macam-macam ada...menjadi snek biasa mereka. Ini adalah makanan warisan mereka. Keadaan kehidupan satu masa dahulu menyebabkan mereka terpaksa makan apa sahaja yang ada. Sampai sekarang makanan seperti ini sudah biasa buat mereka.


Nampak macam lauk sambal goreng petai dengan ikan bilis
Zoom ini........Cuba teka unggas apa ini"
Sedang melangkah semula ke bas, tiba-tiba ada beberapa orang anak perempuan kecil mendekati kami dan merayu 'Sister, buy banana, sister, 1 Dollar...' berulang kali dengan wajah yang muram dan suara yang sedih.

Tunggu di tangga bas
Pakaian mereka tidak kemas. Muka, comot. Selagi tidak dibeli pisang yang dihulurkan, mereka akan mengekori kami. Lalu saya tanya kepada salah seorang anak perempuan comel tersebut "Today school. Why don't you go to school". Jawabnya " Sister, you buy my banana, then I go to school". Hebat Bahasa Inggeris dan pandai dia menjawab.
"But I don't eat banana" jawab saya, cuba mengelak.  Jawab dia" You buy my banana, then you give your friends". Kakak  saya pula jawab "I'm not sister. I am aunty". Dia pun jawab "Aunty, buy my banana....1 Dollar".....Skrip yang sama.
I'm not sister, I'm aunty
Hi Hi Hi....kesian budak-budak ini....Tak kisahlah samada mereka menghafal skrip.  berlakun atau ada sindiket,  hati ni lemah juga memandang wajah mereka dengan  rayuan mendayu, Maka beberapa biji pisang dalam plastik bertukar tangan dengan 1USD.

Merayu dan merayu
 ' Okey, now we take picture!!' pelawa saya. Sukanya mereka. Siap posing!


Dari dalam bas, nampak wajah pilu ini di laman memerhati kami dengan wajah yang manis dan gembira.
Jaja mangga pula budak ni.

Now you buy my manggo

Begitulah suasana di R n R perhentian bas dalam perjalanan ke Siem Reap. Keadaannya membuat kita banyak bersyukur

Pisang sebungkus tadi saya beri kepada pemandu bas.

6 comments:

  1. Kesian sungguh laaa
    Anak sebaya aisyah dah kena kerah cari rezeki...
    Hiba rasanya membayangkan Aisyah dikerah begitu....

    ReplyDelete
  2. Bila kita bermusafir.baru kita tau bertapa beruntung nya anak anak kita kat sini. Selepas ni kemana pulak alang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye za. Anak2 di Malaysia beruntung. Lepas ini tunggu pelawaan ezza, keh keh keh.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak hajah,
    saya sering ingatkan diri sendiri yang kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.

    ReplyDelete
  4. itu yang selalu diingatkan kpd anak2
    syukur apa yg kita ada..
    jangan mengeluh apa yg kita tak dapat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.