Apa-apa pun selamat cuti hujung minggu semua....
Pagi ini projek saya ialah menanam anak-anak pokok.
Selepas sarapan, kami ke rumah my niece di PT. Saya buat tinjaun di laman hijaunya.Yelah orang bekerja..tak sempat nak belai-belai pokok tanaman. Lalu ternampak (tak sengaja!) ada beberapa pokok 'flowerless' (yang berdaun sahaja) yang belum saya ada. Saya ambil beberapa kerat (dengan izin, okey) untuk tambahan koleksi laman rumah BC. Saya nampak juga ada beberapa pasu gantung terbiar begitu saje. Rupanya memang rezeki saya. Saya juga tanya kalau-kalau ada bekas botol minyak masak. Bekas -bekas ini boleh dikitar semula menjadi pasu. Boleh saya jadikan bekas semaian.
Hihi....bersemangat nak ber 'gardening'.
Angin pula kuat. Tak terasa panas. Pokok buluh melambai-lambai dengan daunnya bergeseran. Rumput memang dah kering dan mati sebab sudah lama tak hujan,
Semalam dah saya kemas daun keringnya serta trim cabang buluh yang mana tercapai. |
Inilah dia hasil projek ku pagi ini.
Saya tak tahu nama pokok dalam 2 pasu gantung. Saya suka daunnya comel. Warnanya juga menarik, ada pink, hijau, putih Dalam pasu di tengah ialah pokok bunga butang, warna unggu. Yang dua pasu depan tu ialah anak pokok bendei (lady's finger). Pokok bendei ini sudah saya semai seminggu yang lalu daripada biji benih. Saya semai dalam pasu lain. Hari ini saya pindahkan ke dalam dua pasu ini untuk my niece. Dalam pasu bertutup merah ialah baja organik. Baja ini saya gaul sedikit dengan tanah. Ada 2 botol bekas minyak masak yang sudah saya kerat untuk dijadikan bekas semaian kelak. Dalam plastik biru ada lagi bekas pasu gantung.
Gembiranya saya projek semai-menyemai pokok siap.....
Semoga anak pokok akan tumbuh segar....
Sukanya nengok projek semai menyemai, lebih gembira bila semaian hidup dengan subur.
ReplyDeleteBila dah semai mesti perhati tak dimakan siput dan serangga. Kalau tidak sikit kecewa ada. Hihi.
DeleteYeh...yeh....yeh...hilang penat menyemai, membaja, mencantas / mentrim & membersih sekeliling pokok bila ia tumbuh dengan subur.....menyejukkan sekitar & menyegarkan pandangan..... berbaloi sungguh berbudi pada tanah....
ReplyDeleteTerapi minda....
Delete