KLIK KLIK ROTI CANAI
Roti Canai sebagai sarapan pagi ini. Roti canai di restoren ini, pada kami, menang best punya. Sambil menunggu cik mek manis ambil pesanan air, saya klik klik imej roti canai best dengan beberapa kesan: no effect, warm effect, black and white, sepia. Boleh anda kenalpasti imej dengan kesannya?
Sambil menikmati roti canai tadi, tertanya juga, 'mengapa tiada ikan pada kuah cecahnya? Selalu ada sepotong kecil ikan tongkol' Ada ikan dalam kuah cecah, itulah special roti canai best. Mungkin ikan dah naik harga!
Tetapi mana cik mek manis? Dah nak tercekek ni. Cik mek manis tak datang ambil pesanan air. Tunggu juga. Dia tak nampak kami ke?
Sampai habis kami makan roti canai, tak datang juga cik mek manis. Jom kita minum di rumah je lah. Mujur rumah dekat dengan restoren.
Teh tarik kurang manis satu!!!...di rumah
Kes naya ni kak hajah nora
ReplyDeleteMau tercekek takda air...
Kalau ada air, nanti roti tu kembang semacam, cepat kenyang pula. Masakan orang sebelah sini, manis, tak pedas,Jadi tak perlu air sangat. Air cuma untuk basah tekak. Hi Hi
DeleteAsSalam kak,
ReplyDeletesaya suka foto BnW..ada jiwa di situ
sepia...ala-ala retro sikit, menarik gak
warm...terkesan ada energy padanya..sesuai gak pada org lasak macam saya ni..hihi
akak makan roti canai ya...saya pulak td bersemangat nak jalan-jalan pagi, elok jalan kejap hujan...laju je lari ke kereta. Masa otw balik lalu depan satu restoran, tengok ramai orang, tinjau2, menu pilihan orang tose...eh cubalah...so pagi ni saya makan tose..boleh le sesekali.
Salam Cik T (Mamarazi).
DeleteTerima kasih beri 'feeling' akan effect pada image roti canai. *-*
Saya suka tosai juga. Mesti makan semasa ia masih panas,garing. Kalau dah sejuk, lembab.Saya akan makan tosai dari tepi (nipis) ke tengah(tebal), Tapi oleh kerana ia besar, saya tak boleh habis. Cepat kenyang.
Alhamdiulillah sedapnya.
ReplyDeleteTapi saya suka tosai.
Roti canai di restoren ini rasa peroi dan garing. Kuahnya pun sedap, kuah dhal, sambal dan ada sehiris ikan tongkol Diberi pilihan saya pilih tosai, Berapa kalori tosai, Ju?
Delete