Mari kita bersenam siri akhir
Salam
Baiklah ini ialah pergerakan akhir dalam STI, Pergerakan Pernafasan. Ia mengabungkan pergerakan taichi dan pernafasan. Taichi, slow movement tetapi tidak ada 'kicking, kicking.'Yang penting pernafasan, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut sambil bergerak perlahan. Tapi sayang, belum ada video pergerakan ini di U Tube. Jadi saya cuma turunkan pergerakannya. Nak tunjukkan gambar, banyak pula nanti. Ada 20 gerakan semuanya:
1.mengatur nafas
2.bangkit mengatur nafas
3.melapangkan dada
4.menghayun pelangi
5.membelah awan
6.menghayun lengan
7.mengayuh di danau
8.mengangkat bola
9.memandang rembulan
10.mendorong telapak
11.membekah mega
12.meraup air
13.mendorong ombak
14.membentangkan sayap
15.melunjurkan tinju
16.terbang melayang
17.memutar roda
18.menepuk bola
19.meredakan nafas
20.menghangatkan tangan
Itu dia 20 gerakan pernafasan, digerakan perlahan-lahan ikut irama. Pada 'menghangatkan tangan' kita rapatkan dua tapak tangan dan goooosok sampai hangat, sambil berselawat dan kemudian di sapu dari dahi ke ubun-ubun kepala ke belakang sambil berdoa agar Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit besar dan kecil. InsyaAllah. Ataupun boleh pupuk pada pipi atau tempat-tempat yang sakit.
Kumpulan taichi wanita di Bukit Baru , yang diketuai oleh kakak saya , lakukan latihan ini 3 kali seminggu, ketika matahari akan terbit. Setiap latihan mengambil masa 45 minit. Elok dilakukan di tempat lapang atau ada pokok-pokok berhampiran, banyak oksijen deh! Banyak munafaat STI ini, keseluruhannya meningkatkan kesihatan jasmani dan rohani.
Terima kasih kerana membaca. Ada apa-apa komen?
salam,
ReplyDeletedah siri akhir rupanya...
pasni xyah bersenamlah???
Ek ek leh, cg humairi ni. Otak yang segar dalam badan yang sihat!
ReplyDeletebagus betul aktiviti ni..
ReplyDeleteBolehlah hajah mulakan. Mudah aje.
ReplyDeletebagus klu dpt istiqamah amalkn nih.
ReplyDeletemasalahnya, susah nak kekalkan keistaqomahan nih...huhu..
*acik da lama tk besenam kak..rasa badan udah lemau nih.
nampaknya ida ketinggalan lah ni..dah siri akhir pun...mng senaman ni sgt baik untuk kesihatan dn pernafasan.
ReplyDeletebagus nih..boleh la yaya praktikkan juga...badan pn asyik lenguh2 aje sejak 2 menjak ni..
ReplyDeleteSalam Acik,
ReplyDeleteBoleh mula senaman, acik, untuk cergaskan badan.
Salam Ida,
ReplyDeleteIda kalau nak mula, ikut video, senang.
Hi yaya,
ReplyDeleteDah mula senam tera(pi) yang akak cadangkan?