Peninggalan

Salam bahagia.

Acuan tembaga buat kuih
peninggalan arwah mak.
ooops ...ada pula bekas bakar kemenyan!
Barang-barang berharga ini
Dah lama menjeling-jeling kat aku.
Dah lama tersorok :C
Tak nampak kite ke?
Lalu aje
Seolah-olah berkata.
:
:
:
Lihat, berkerak belakangnya,
dah puas dibakar atas dapur arang atau sabut.
Sibuknya bila menjelang Hari Raya,
Berair mata mak menahan asapnya.
Tapi sekarang, tinggal begitu.
Tak boleh jadi!!!!
:
:
Kalau dibersihkan, digilap
boleh jadi perhiasan rumah
boleh jadi pasu bunga
boleh bakar kuih, (kuih apa ek?)
kuih baulu bunga tanjung
kuih bakar...
boleh bakar kemenyan ( dulu bolehlah)
Dulang pun antik! Dulang ayan...



Lalu aku kumpulkan kesemuanya
Ambil asam jawa
Ku gosssokkkkkkk badannya.
Hilanglah sikit kerak
Masih ada yang degil (maklumlah berzaman tak digunakan)
Ku rendam nak longgarkan kerak,
tak mau juga...
boleh rendam dalam bancuhan air dengan 'baking powder' tak?
biar kotoran tu kembang, senang tanggal'
kemudian
cari 'brasso'
kasi kilat sama dia!!!!
:
:
:
Tapi...
Tunggu bila ada Mr Mah'mooood' (Mood)
Bila Vitamin R cukup (Rajin)
Akan ku gilap, gosok,
Gosok jangan tak gosok,
Sampai berkilat (atau semi kilat)
nanti cantik semula
bahan tembaga
peninggalan arwah mak,
jadi kenangan


Baru permulaan, tunggu ye !

Moh.....Walk, Walk

Moh, Moh, Moh
Walk and Shop

Salam bahagia.
Imej ini sepatut tak gini rupanya.
Shakey!
Tapi tak apalah.
Ia menunjukkan kerabat ini sedang berjalan-jalan
walk, walk, walk
satu malam
selepas mengisi perut dengan
nasi putih berlauk masak asam,
setelah penat budak-budak tu buat homework,
tak sudah-sudah.

Tengok tu, relaks je, gembira
pakai baju tidur pun
Ada aku kisah?
Di mana ye?
Kan ada Jonker Walk?
Kan ada Dataran Walk?
Kan ada Uptown?
Apa?
Ada Walk baru?
Oh kawasan yang 'bottleneck' tu ke?
Dekat Mahkota Parade, Dataran Pahlawan
Alah...kat kedai tuisyen Alang dulu.

itu dia imej kedua,
pernah sebagai pusat tuisyen e-pembelajaran
4 tahun dulu
Sekarang ada lambang tapak kaki
Dah jadi pusat Refleksologi.
Malam pula very busy....

Tak apa, mari kita terjah!!!
Tak kisah traffic jam, sabau ajelah :D


Ini rupanya, macam pasar malam aje.
Berderet stall menjual
macam-macam ada
makanan, minuman, pakaian, perhiasan, permainan.
Kami " look-look" " touch-touch" "go-go"
Kan kita "walk-walk" terjah kawasan!
Tetapi
Ada juga yang merengek,
Yang tak dapat, muka masam,
Yang dapat senyum lebau.
(Okey, ada kaitan dengan imej pertama)



Ha....ini dia 'walk' yang baru
baru di buka di kawasan Plaza Mahkota
Untuk tarikan pelancong tempatan (macam kami),
dan untuk mereka dari luar negeri


Setiap stall terpampang megah


Pahlawan Walk,
nama diberi.
Jadi, mesti jalan macam Pahlawan
sebab dia berhadapan
Menara Taming Sari.

Melaka menunggu kunjungan anda ke sini!!!
Moh...walk. walk

Jangan membazir

Salam.
Kita telah diajar jangan membazir makanan bukan?
Jadi ini saya buat juadah jangan membazir.
Ada dua ekor lagi ikan kembung (orang Melaka panggil ikan termenung, kenapa ek?)
Lebehan semalam. Hendak beri kucing, kucing tak ada, (kucing kepala hitam adalah :D). Teringat saya resepi arwah emak, kalau ada goreng ikan kembung lebihan semalam, dibuatnyanya salad ikan kembung. Saya suka...
Caranya. ambil ikan kembung (tengok berapa yang ada) siat-siatkan (tanggalkan?) isi daripada tulangnya, hiris timun, hiris bawang besar, hiris cili merah dan cili hijau, (saya masukkan juga cili padi). Jika ada tomato merah pun tambahkan beberapa hirisan. Perahkan air limau sambal, bubuh kicap lemak manis(atau kalau ada kicap masin). Tabur sedikit garam. Oh ya, semua bahan ini agak-agak saje ukurannya. Semuanya digaul rata dalam sebuah mangkuk. Rasa dulu masam, masin, manis, .... Jadilah lah salad ikan kembung. Ini rupanya..
Suka kah orang di rumah BC salad ini?
Kalau tidak.....membazirlah namanya :C


Salad Ikan kembung

Orkid oh orkid

Salam.
Saya geram. Saya geram.
Melihat pokok-pokok orkid di rumah my SIL di BP
Semuanya menjadi.
Semuanya segar bugar.
Semuanya berbunga cantik menarik.
Macam-macam spesi
(tapi tak bernama)
Pelbagai warna.
Berseri taman.
Cantik. Menawan.
Letaknya di bawah matahari.
Tak perlu 'shade'
Tak perlu 'rumah orkid'



Tapi, tengoklah tanaman orkid ku :C
baru dua, tiga pasu.
Kononnya dulu nak buat projek
sebulan 3 pokok.
(kalau setahun?)
Dapatkan yang sudah berbunga
Supaya tidaklah kecewa menunggu masa.
Beli pasu, beli arang
Pokok ditanam dengan penuh kasih sayang.
Orkid-orkid saya kelak
akan diletakkan nama sebenarnya.
bukan cuma
'dancing girls'
'orkid kala jengking'
.
.
.
.
Tapi tak boleh jadi, Rugi nampaknya.
Tanaman orkid
Tak bermaya,
Walapun dibaja, disiram,
habis kering, hampir mati.
'penjagaan tak betul?'
Surrender aku!!!

Tengoklah sendiri .......


Bila-bila ke rumah SIL di Parit Besar, BP,
Hati gembira sekali, takjub...
'snap sana, snap sini'......
semuanya menambat hati.
Memang, saya geram, geram......
Orkid oh orkid.
Apa rahsia mu?
Tanyalah Pak Sahak dan Mak Idah.
Penggemar orkid tegar!


Posted by Picasa

Goreng balado

Salam.
Satu lauk sahaja, cukup
Satu masakan yang membuka selera,
ahli-ahli di rumah BC.

Kalau dah orang Minang,
masakan barat boleh di tolak tepi.
Makan ikan nya sahaja pun tak mengapa
Asalkan ia ikan goreng, tetapi
istimewa lagi ,
ikan tenggiri penuh berisi
digoreng balado
cili pecah.



Berselera bukan?
Mi, makan ikan aje boleh?

(Mummy yang goreng sambal lado, ikan, nek lang yang goreng!!)

A piece of cake


Ngah, please bake another one?
Bake what?
Victoria Sandwich Cake lah!
And so....ta..ta....here it is,
her third for the week!
Victoria Sandwich sprinkled with caster sugar.
You can tie a ribbon around the cake too,
to be more presentable.


Be patient. Let the jam cools down.
Comment: So soft and sweet, with jam and sugar,
but I like,
crazy!!


"a piece of victoria anyone?"
An alternative for Cupcake Victory Victoria!

Note: Angah, You do the baking and sewing, I'll do the general thing :D

Makeover

Salam.

Satu ketika dahulu, ia cuma dikenali sebagai 'Bailey Bridge'.
Orang kampung saya panggil Jambatan Bailey atau
Jambatan Pengkalan Rama. Nama sebenar, oooopps,
saya tak pasti.
Dulu dia cuma jambatan biasa melintasi Sg Melaka,
menghubungi Kampung Pengkalan Rama Pantai dengan
Kampung Morten.
Sekarang...sila lihat 'makeover' Jambatan Bailey.


Ada 4 buah arca tengkolok pahlawan, berwarna kuning, di setiap penjuru jambatan.
Setiap satu terletak dengan 'berat'nya di atas 'rumah pengawal'
Ada juga ruang untuk pejalan kaki.
Tinggi sikit daripada dulu...



Lalulintas tak boleh miss arca tersbut.
Hmmmmm........anda suka tak arca tengkolok tu?
What do you think????


Ini pula jambatan yang menghubungi Kampung Morten (Kampung Baru Melaka)
dengan Jalan Bunga Raya, dekat sebuah hospital swasta,
juga menyeberangi Sungai Melaka (airnya biru!)
Oh ya, untuk pejalan kaki sahaja, okey.
Sebelum ini, ia cuma jambatan besi, plain and simple, lurus aje.
Tinggi. Kalau nak guna jambatan ini, mesti guna anak tangga.
Nah, setelah 'uplift and makeover',
ia melengkung membentuk 'arch',
tak perlu tangga lagi.
Manis, dihiasi dengan motif bunga
Ada pula pemegang besi ukiran indah untuk keselamatan pengguna.
Sambil menyusuri Sungai Melaka, bolehlah pelancong-pelancong
'mengkagumi keindahan ' jambatan-jambatan terkini.
Anda suka?

Projek 'uplift, upgrade, makeover' jambatan-jambatan tua,
jambatan yang sudah lama dibina melintasi Sg Melaka,
sedang giat dijalankan.
Sudah hilang binaan jambatan sejarah lama,
yang saya kenal satu masa dulu.



Sale@Kaseh


Salam.
Malam tadi saya membantu kakak buat
cupcakes, 120 semunanya.
Dia yang bancuh, mixed the batter.
Saya buat yang mudah aje
Ini adalah 'baby steps' dalan projek buat cupcakes.
Yang mudah, yang sweet, yang sedap dimakan.
Hiasan pun ceria.
Feature colour: Red n white
Corak: garis-garis bebas, bercorak
dengan taburan warna warni.
Mudahkan, tapi kena sabar dan tekun.



Putih (atas), merah (bawah)


Cupcakes di dipesan oleh 'anak saudara' kami'
Linda Aziz @ Kaseh
Butik Kaseh menyambut ulangtahun ke 2 nya hari ini!
Sambil pelanggan cuci mata, 'touch n go', beli terus,
(boleh installment, Linda?)
baju, tudung (pasang siap), aksesori, kain,
dapatlah mereka rasa apa yang dihidangkankan oleh
Kaseh.
Hari ini aje tau ada hidangan free.
Diskaun special hari ini sahaja!


Inilah dia banner 'sale, sale, sale' @ Kaseh


Dan ini dia usahawan muda yang sedang meningkat maju,
Beliaulah blogger yang memberi inspirasi kepada kami
(puterihanglipoh, mshart)
ke dunia blogging.

"HAPPY BIRTHDAY BUTIK KASEH"
Maju Terus Maju
(Hope you love the cupcakes!)

Kalau lah

Asyik blog hopping..
ke craft zon malaysia lah
macam-macam craft ada:
tengok seni sulaman riben,
bunga ros, matahari,
pada kusyen, pada bag, pada penanda buku.
tapi saya cuma suka,
minat menjahit tu, sorry, no way,
cuma suka, admire, kagum.
Beruntung mereka yang ada kemahiran seni ini,
seperti kakak saya,
yang sekarang sedang 'menggila'
menyediakan contoh-contoh sulaman riben
untuk diajar jepada kawan-kawan persatuannya.
('Gila baking' masih ada
tapi cuma sekali sekala )
Sekarang musim menjahit,
jadi menjahitlah dia dengan tekun sekali.
Kalaulah saya ada minat dalam bidang ini (menjahit)
semua akan menjadi
tak payah hantar baju ke Jenny, Mrs Lim, Anna, Ah Swee
tukang jahit-tukang jahit
yang suka orang seperti saya.
Tak payah hantar ke Pora, ke J**el
untuk jahit langsir.
Tak payah ke butik,
susah cari baju sesuai saya.
Kalaulah saya pandai menjahit pun,
nanti siapa pulak nak mengemas rumah,
buat 'house keeping'?
jadi 'granny active'?
Menjahit satu seni yang perlu teliti,
perlu tepat, kemas, rajin, sabar, tekun.
Perlu pemikiran kreatif dan analitikal.
Adakah saya punyai semua itu?
Oh tidak! (tapi sikit-sikit tu adalah.)
Apa yang saya tahu?
Jahit jelujur, 'back stitch', 'cross stitch'
mesin jahit manual boleh lah kayuh!!
TETAPI......jahitannya...
straight!!!!!!!

Kalaulah saya pandai menjahit.......





Missirazi


Siap ada yang interview!
Ini wakil missirazi dari Kuantan.
Apa yang di soal agaknya, ye?


Ini betul-betul missirazi. Mereka terkejar-kejar, terjerit-menjerit, rebut merebut, terlari-lari dengan handphone camera (atau camera handphone) pun tak apa...tak mahu terlepas peluang menangkap gambar... dengan gaya masing-masing. Gambar selebriti idola kecil ke?


Bukan, tapi si 'princess' kecil' ini, kawan sekelas, sangat manis dengan gown pink, ber'tiara' , make over rambut, kerana
10.01.10, 'princess' ini menyambut 'delayed' celebration hari jadinya yang ke 10.

Kebetulan, celebration'besar-besaran harijadi ke 10 pada 10.1.10


Cake special, permintaan birthday girl, berat oh...gown dia...pink karer...
Selamat hari jadi, ulang tahun ke 10, Amal...
Special cake for a special girl.
Specially ordered,
With love...
From special people


Ini yang tinggal setelah di'bedah' ( siasat).

Missirazi enjoyed makan cake sampai nampak kaki si Barbie!

(Barbie doll ni dah 51 years 'young' tau, dari dulu sampai kini gitu juga wajah dia!))

Pagi Jumaat

Salam .

Selama 'bercuti' di Kuantan, dah bermacam menu untuk breakfast...... Roti kahwin bakar (kaya n marjerin), nasi dagang, nasi lemak bungkus, soto nasi, soto mee, nasi himpit kuah kacang, kway teow goreng, nasi goreng kampung......

Sebagai sarapan pagi tadi, saya buat jemput-jemput roti guna lebihan roti( yang expire). Carik-carik roti, rendam dalam air dan susu cair. Sambil tunggu ia mengembang, dadu bawang besar, hiris cili merah, hiris daun sup dan daun bawang, tumbuk sedikit ikan bilis. Campakkan ke dalam rendaman roti tadi. Pukul sikit sebutir telur, tuangkan ke dalam adunan. Gaul rata. masukkan beberapa sudu tepung jagung dan baking powder, Gaul rata lagi. Kalau suka bubuhlah lada sulah. Garam jangan lupa. Sukatan bahan-bahan, ikut sendiri. Main campak aje. Saya gunakan 'aksesor' i apa yang ada. Kalau ada jagung (tin), udang, daging ayam, lagi uummpphh jemput-jemput roti tu. Adunan tadi disudukan ke dalam minyak, goreng hingga kekuning-kuninagn. Makanlah dengan sos. Saya cicah dengan kuah masak asam (yang dah bermalam dalam freezer).

Sudah itu, JY tunjukkan saya pula satu video dari U tube. 'Mari tengok ni' dia kata. Video mengisahkan apa jadi kepada 'badan' seorang remaja muslim lelaki berumur 18 tahun setelah dua jam berada dalam kubur. Bapa remaja ini minta digali semula jenazah anaknya untuk dibuat autopsy. Ngeri saya, insaf saya. Saya tengok di celah-celah jari. Rambut hitam remaja tadi semua tukar jadi putih, mata terbeliak besar, bulat, darah hidup mengalir keluar dari mulut. Seram!!!! Ini seksa kubur. Baru berada 2 jam!!!Lepas tu disambung dengan pula video suara dari perut bumi. Rakaman di Siberia. Pengkaji berkenaan telah meletakkan ultra sensentif mikrofon kat sebuah lubang besar. Tujuannya untuk mengkaji pergerakan bumi. Lalu terdengar suara jeritan manusia (yang telah mati)mendayu-mendayu dan ada juga suara laungan "Allahu Akhbar. Subhanallah, saya seram. Sori, tak reti saya nak load ke blog.

Apa kah rakaman ini benar? Saya kurang pasti. Tapi melihat video telah menyedarkan saya!

"Ya Allah, lindungilah kami daripada siksaan kubur........"


Nasi sejuk

Salam.

Saje nak cerita. Dah masak, buat laundry, kemas-kemas dapur, rumah.....hadap PC lah.

Semalam. Semalam saya masak, masak asam pedas ikan parang, sayur kangkung goreng belacan, ikan sepat kering goreng, ulam petai, sambal belacan cili padi. Petang masak bubur jagung, kali ini guna jagung yang berkrim.

Hari ini. Puas saya di dapur, masak sup tulang, sayur pucuk paku goreng, ikan kering( lagi), sambal belacan cili padi (kali ini goreng dulu belacan dan cili padi sebelum ditumbuk), ulam petai/timun. Bubur jagung semalam ada lagi, dah disejukkan.

Tapi, pagi tadi, ada orang tu, teringat nak makan nasi sejuk dengan ikan kering. Ada lebihan nasi semalam. Ada lebihan ikan sepat semalam. Dia kata dia suka makan nasi sejuk dengan ikan kering masa kecik-kecik dulu dan, bila ada kesempatan, ketika usia gini.

Teringat juga seorang kawan juga suka makan nasi sejuk waktu pagi. Sudah menjadi kebiasaan. Waktu bercuti di Bangkok dulu, dia boleh bawa satu beg yang dipenuhi dengan makanan... sardin tin, timun, cili merah, tomato, limau sambal, garam,ikan kering dah siap goreng, roti...sebab katanya dia suka makan nasi sejuk untuk sarapan. Jadi nasi waktu dinner semalamya, dia tapau sikit untuk dimakan esok pagi. Sarapan dalam bilik. Makanlah nasi sejukdengan sardin ulam timun. Saya pula buat sandwich sardin.

Dulu bibik di rumah pun suka makan nasi sejuk sebagai sarapan. Udah biasa, kata bibik N. Agaknya di kampung, dia mulakan hari dengan makan nasi, kerja petani, kerja keras, perlu tenaga.

Saya pula kalau ada nasi sejuk lebihan semalam, recycle, buat nasi gorenglah jawabnya. Hendak pula ada ikan goreng (di carik-carikkan isinya) dan sambal belacan. Jadilah nasi goreng ikan sambal belacan. Atau jadi nasi goreng kampung, nasi goreng Cina.........dsbnya. Tapi tak kan hari-hari makan nasi goreng.

Sekali sekala makan nasi sejuk okey. Tapi nasi ini dah bermalam, dah masuk angin....sejuk. Silap-silap, boleh sakit perut kembung, masuk angin. Nak beri nasi sejuk ni pada ayam itik, tak pula pelihara. Orang keliling rumah pun tak nampak bela ayam itik. Sayang kalau ada nasi lebihan semalam. Kalau dipanaskan semula tak apa agaknya.

Eh, lapar pula. Dah time makan. Abang, kenyang lagi ke?
Pukulan nasi sejuk dan ikan kering lah ni!!!!!


Lain padang, lain belalang

Salam,


Satu pagi di pasaraya TM ( logo 'kangaroo'', orang di Kuantan tahulah supermart mana satu). Saya nak beli seikat daun pandan (di rumah BS tak ada tanama-tanaman).Harganya 70 sen seikat. Pergi ke kaunter timbang untuk si mamat letakkan harga. Si mamat kata tak payah, cashier tahu harganya. Saya kata kalau dia nak scan nanti, macam mana. "Tak apa," kata mamat " dia tahu".

Okeylah, tiada masalah bila nak buat pembayaran. Cashier cantik ayu cuma tot-tet-tot-tet (key in) harga daun pandan pada mesin register. Tak payah scan.

Pagi yang lain di pasaraya C4. Berkenan kat muffin yang bulat gebu. Tertulis pasa poster "Any 4 @ RM5.60 "(offer lah tu). Setelah membuat pilihan, terfikir juga. Nak gi tempel harga tak? Dulu kat TM, tak payah, cashier tahu. Tak payahlah jadinya.

Di counter pembayaran.

'"Mak Cik, muffin ni kena letak harga," kata si cantik manis.
"You kan tahu kan harganya, RM5.60 untuk 4 muffin", jawab Mak Cik (yang take things for granted)
"Tak ada tempel harga, saya tak boleh scan"
"Oh pulak! Okeylah, tak apa, put aside the muffin,' jawab saya.
Tak kuasa nak patah balik cuma nakkan tempel harga. Jauh pula tu tempatnya. Malas!!
Lagipun, muffin tu tak mustahak. Tak ada dalam shopping list.

Dua pasaraya, cara berbeza.
Sesuai tak peribahasa "Lain padang, lain belalang' untuk kes ini?

Tambahan: Apa hasil eksperimen buat kek semalam?
Biarlah rahsia!!!! urgh!!!



Semangat

Salam.

Khabar yang gembira pagi ini:

Satu, dapat call daripada Amal di Melaka, "Nek Lang, Amal dah siap nak ke sekolah".
Thank you Amal, belajar rajin-rajin ye and be a good girl. Semangat baru okey.

Dua, dapat SMS daripada MsHart, "Iddin tak jadi tukar kelas, tetap dalam kelas Marikh" (kelas pertama). Syukur!!!! I'm happy for him. All this while worry juga, sebab kelas nombor dua tu, dengar-dengar, budak-budaknya (all boys) banyak bermain-main and a bit naughty! Iddin pun not happy berada di kelas itu. So, Iddin, better buck up! Dapat second chance ni, mesti serious belajar. Kurangkan Channel Ceria, okey.

Tiga, pagi ni berkobar-kobar nak buat kek. Nak eksperimen. (Semangat my sis lah ni) Selama ini memang tak pernah buat kek, never in my life. 'Hand mixer' hadiah daripada majalah A*j*ng S*r* satu masa dulu, belum pernah digunakan. Masih dalam plastik, dalam kotak. First time nak guna after all these years. Okey, cadang nak cuba yang mudah dulu. Apa kata cuba home made recipe guna cake mix yang siap dalam kotak tu!!!! Telur ada, minyak jagung ada, bekas ada, oven/ketuhar pun ada (microwave yang tak pernah digunakan untuk buat baking!)

Tapi problem nya, sukatan cecair yang tertulis dalam "You will need"....ialah dalam bentuk gm.
100g air, 150gm minyak sayur. Yang saya tahu cecair ukurannya dalam ml. Penimbang tak ada. pula. Habis cam no???

Terhenti kejap.

Tetapi semangat masih ada!


Satu peristiwa

Salam.

Pernah tak anda mengalami peristiwa ini?

Semalam saya teman sahabat saya ( HM kat sebuah tadika di MTS ) ke kedai alat tulis di bandar. Salah satu item dia nak beli ialah 'white board'. Okeylah ada seperti saiz yang dikehendaki. Tiba di kaunter bayaran, dia pasti dengan cashier (yang juga bos kedai tersebut) yang 'white board' tersebut jenis 'magnetic'. Kata lady bos "kita punya white board semua magnetic'. Resit ditulis (nak claim nanti), bayaran dibuat dan 'white board' di hantar ke kereta saya.

Sampai di tadika, beliau meminta seorang pembantu (tukang kebun juga sebagai 'handyman') tadika mengantung 'white board' kat dinding salah sebuah kelas. Kata encik......."Cikgu ni papan lapis" (maksudnya soft board!)

Ah?????? Bengang sekejap my friend. Kenapalah tak pastikan tadi. Saya pun tak bantu check sama. Sebab kita selalu percaya apa yang kita lihat..... 'benda' tu 'white board'!! Dah register dalam otak! Take things for granted dan percaya sangat kat pembantu kedai. Mungkin dia dengar "soft board" atau dia tak tahu apa dia "white board" . Patutlah 'white board' tadi ringan aje!

Hari pertama sekolah, salah satu kelas, tiada 'white board'.......
Main-main, nyanyi-nyanyi aje lah cikgu!

Oh ye, hari ini pun ada seorang anak perempuan comel (di BC) sambut hari jadinya yang ke 10. Semoga dia suka ecard saya.

SELAMAT HARI LAHIR, AMAL.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH IMAN, AMAL, IDDIN



Hujan lagi

Salam.


Dari petang semalam hingga pagi ini, hujan tidak berhenti di Kuantan, angin kencang juga......sejuuuuuknya.......

Nak sambung tidur, selepas subuh, nak tarik selimut tapi "Tanyalah Ustaz" on kat TV9. Makruh kata ustaz tidur semula selepas subuh. Tajuk pun bagus "Didik anak-anak" (didik anak bukan senang!), Penyampai pula ceria.

Pagi ini dah ada rancangan nak gi bantu gotong royong di sebuah tadika di MTS.
Lepas tu lunch dengan pengetuanya, sahabat yang lama tak jumpa. Tentu ada cerita baru.

Tunggu hujan berhenti......

Oh ya! Hari ini ialah hari ulang tahun, hari lahir seseorang.

Siapa ye?

Anyway,another day, another year, a year older but wiser!!

Thank you, Allah.....Thank you, Allah.......







Patutlah

Salam 2010


Patutlah sudah berapa kali saya ke T*n*S M**ja cari gula, raknya kosong!!!


Rupa-rupanya management sorok ye?


Terbaca 'Harga gula naik 20 sen mulai 12 tengah malam tadi. Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah Sarawak.



Minum air suamlah kita, air awet muda, air sihat!!!


Alahai.....