Tinggal kenangan
Salam semua......
Dua kad undangan perkahwinan saya terima yang dialamatkan ke Kuantan. Surprise jugalah, undangan daripada former classmates Form 6 semasa di Sekolah Aminuddin Baki (SAB), KL. Terima kasih Nordin, terima kasih Halin, kerana undangan. Dah bermenantu pun mereka, agaknya ada yang sudah bercucu. Ingat juga mereka kepada kawan-kawan lama. Tergambarlah saya wajah-wajah rakan-rakan lama. Kami merupakan batch pertama Form 6 di SAB, perintis. Students nya daripada merata Semenanjung, iaitu mereka yang tak dapat tempat di sekolah negeri sendiri. Masa tu class Tingkatan 6 bukannya banyak, special, tak seperti sekarang. Antara wajah-wajah classmate perempuan yang tergambar ialah Zaitun Abu, Salha Saidin , Shahirah Azmi Md Amin (arwah), ada 2 Jamilah, Sapurah Abd Hamid , Zahra, Zahara (ada 2 yang senama) , Zaharah Shaari, Siti Zubaidah Abd Mulok, Maimunah Madarshah(arwah) . Boys pula (yang menjadi perhatian adik-adik pelajar perempuan SAB) Za'aba, Abbas Mansor (arwah) Nordin Ahmad, Abd.Halin Hamid, Md Zenon, Basri, Abd. Manan, Ahmad Zubir, Mohd Pilus, Aziz Awab, Mustafa, Abdullah, Mohd. Ali Samad, Mohd Ishak, Baharuddin Ahmad, Yusof dan Mohd.Shahibi Shariff. Saya ingat lagi guru-guru yang mengajar kami dengan penuh kesabaran: En Abd Halim (Econs), Miss Marsden (General Paper), En Hussein Mahmood (Bahasa Melayu), Pn Rubiah Sidin(Geography), Pn Badariah dan Pn Rahimah (History) . Guru-guru kami pula fresh graduates. Bahasa pengantar kami : English. Masa itu tak ada tak ada komputer, no 'power point', no media... so chalk n talk and discussion. Library sekolah pula belum lengkap dengan buku-buku rujukan Form 6.Tahu-tahulah form six, ada masa kami serious belajar dan ada masa relax, bikin riuh, buat kecoh.Tapi seronoklah waktu itu. Saya selalu singgah di rumah sewa Jamilah di Kpg Pandan atau di rumah Kak Siti Zubaidah di Quarters Guru di Sekolah Alam Shah. Sewaktu berkhidmat dulu, selalu juga jumpa Salha Saidin yang juga merupakan seorang pensyarah di Maktab perguruan, juga arwah Shahira Azmi (bekas pensyarah dan pegawai di BPG). Pernah juga dengar suara Zaitun Abu melalui drama bersiri di RTM satu masa dulu "Fajar di Bumi Permata' dan dia ada berlakun dalam drama TV. Mohd Ali bin Samad (sekarang Dato') pernah sebagai SUK di Melaka. Ada juga terima jemputan perkahwinan anak beliau. Siti Zubaidah ada juga contact saya sekali melalui telephone. Zaharah Shaari, Mohd. Shahibi dan Abd Halin Hamid, ada saya ikuti kerjaya mereka melalui akhbar. Yang lain-lain, entah, di manakah anda? Tapi salah saya juga, tak join satu perjumpaan yang diatur oleh bekas pelajar Tkn 6 SAB,KL. Sebab: jauh dan saya malas nak drive jauh-jauh, ke tempat-tempat yang tak familiar pula tu. Semuanya 'tinggal kenangan, yang tak dapat aku lupakan '. Semoga rakan-rakan ku sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa gembira bersama keluarga. Yang telah 'pergi terlebih dahulu', Al-Fatihah.
Oh, those were the days my friend.......when we were young......hu,hu,hu...
School days are the best days in life! Am I right?
ReplyDeleteYou are right. And working days too. Now, retirement days ARE the BEST of all.
ReplyDeleteSalam Kak Nora,
ReplyDeleteSaya pulak rasa segan nak join segala bala reunion yang di atur kawan-kawan. Rasa rendah diri yang teramat sangat. Boleh dikatakan hampir semua kawan-kawan saya di sekolah menegah mempunyai kerjaya yang begitu baik, dalam kerajaan atau gomen. Yang mana tak berkerjaya pulak menjadi isteri orang ternama dan berjaya dalam dunia koporat..... saya???..........alhamdulillh, syukur...ada kerja, ada gaji...ada suami tempat mengadu, ada ada untuk bermanja.
Bersyukur,AY, dengan nikmatNya. Jangan banding diri kita dengan yang ber'ada', bandingkan dengan yang ber 'tiada'.
ReplyDeletePn Hjh
ReplyDeleteBertuahnya masih diingati & bagusnya mampu & mahu mengingati. Rezeki. Gang "elit SAB" tu rajin ke buat gathering? Ada kontak lagi dgn berapa ramai? Ada kalanya dah pencen seronok hubungi balik kawan2lama & bertukar cerita dgn mereka. Setuju tak? Sempat ke pergi kenduri kawan2 yang menjemput tu? Salam.