Tok,tok,tok
Ni jiran saya, Pn Maznah. Seorang suri rumah(very nice lady), pandai masak sambil babysit. Yang dia dukung tulah 'anak tut' nya. Pagi-pagi subuh sudah bangun menyediakan sarapan untuk keluarga. Terdengarlah ketukan lesung batu 'Tok, tok,tok,tok" dan bunyi latar 'something is cooking'. Selalu juga terbau masakan beliau. Harumnya! Anak-anaknya (sekolah menengah) bantu di dapur. Macam mana tahu? Boleh dengar suara mereka berbual dan ketawa sambil masak (saya di dapur sayalah, tak dapat elak, mesti dengar dan bau punya, macam iklan tulah.).Ada satu ketika waktu Hari Raya Haji, sempat dia hulur jiran ni sedulang nasi minyak (satu set lengkap you). Ada masa pula dia hulur kuih Melayu (spt dalam gambar). Oleh kerana Maznah tidak ke mana-mana, maksud saya tidak pindah, dia dan anak-anak diamanahkan oleh jiran yang telah bertukar ke luar Pahang untuk tengok-tengokkan rumah, seperti nyalakan lampu rumah mereka pada waktu malam atau siram pokok bunga. Begitu juga saya. Bila nak balik kampung, selalu jumpa jiran yang baik hati ni .
Bila balik semula ke Kuantan, adalah buah tangan untuk Maznah - kuih tart nyonya ke(famous one), kek kukus buah ke(solhart punya) 'cheese' melaka ke(tanjunglah) , tapi masakan sendiri, tak berani,sebab - malu! Tapi adab berjiran mesti jaga be.
Tuhan sahajalah yang balas budi baik Maznah dan keluarga!
(Ada cadangan 'kita bayar makan kat dia je nak?, gurau lah)
Semoga Allah balas budi baik Pn. Maznah dengan keberkatan umur dan kesihatan. AMIN. Terima kasih Pn. Maznah ....
ReplyDelete