Need but Not Urgent: the rest
Jom, belanja-belanja
Nice weather di luar sana, ada can keluar ke bandar. Dah seterika baju 1 bakul, sidai baju 2 bakul (sidai dalam rumah je), tv tak ada program yang menarik, paper pun dah baca, siap-siap alang pun keluar. Tujuan ke kawasan 'bintang walk' kuantan. Parking di tempat lapang, private parking. Hampir penuh. Ramai orang berbelanja, buat urusan bank, minum-minum di side walk cafe, lepak-lepak, ambil kesempatan cuaca cerah. Orang kita ramainya. Nak siap raya, munkin. Mula-mula alang ke P***s** R**, nak cari alas kaki, ganti yang lama. Mahalnya walaupun ada sale.Tak ada yang berkenan. Cuci mata pula di bahagian hand bag, sabar je, dan ke bahagian baju, banyak style orang-muda, macam missy dan kaseh tu.Tak tergoda. 2nd place walked across to Gu**d***. Suka ke farmasi. Beli toothpaste dan hand liquid soap. Tanya Gamo***. Alang punya tinggal di melaka. Tak ada stock, mak cik... Stock tak sampai katanya. Banjir konon. Tunggu esok lusa. 3rd place, ke hypermarket yang suka dikunjungi oleh orang-orang kita, tahukan namanya. Famous onelah. Punyalah ramai shoppers. Kalah tempat yang mula-mula alang masuk tadi. Parents dan anak-anak beli persiapan persekolahan , lagi 2 minggu nak buka sekolah rupanya. Eh, ada budak hilang! Terdengar pula teriakan a small baby crying in her mother's arm, lemas, uncomfortable. Maybe the mother has nobody to babysit her baby, terpaksalah bawa juga. Tapi apa-apalah shoppers ni beli. Alang cari alas kakilah yang towel type tu, mudah cuci . Jumpa, ada berbagai corak dan warna. Yang Alang cari tinggal 4 helai. Harga o.k. so beli dua helai. Beli juga sabun cuci pinggan, kat rumah dah nak habis. Belek-belek pula alas meja. Nak beli tak? Tak payahlah, yang ada masih elok. Nanti marah pula JY. Membazir katanya. Bila nak bayar, Q punyanya panjang walapun banyak counter dibuka. That shows how famous this place is. Then drove pula ke another supermart (dekat dengan rumah) yang terkenal di kuantan, juga di daerah lain di pahang, di johor dan terengganu - T*n*s M*n**. Supermart harga patut. Alang beli orange juice, air soya, anggur dan biskut. Lain-lain perkakas dapur tunggu JY belilah. Balik, ada orang tu sms suruh buka blog. Geli hati baca blognya yang terkini. What happened to my room in BC?And here I am, typing away, now nak berhenti , rehat. Nak masak ke tidak? That's the question! Need and Urgent : alas kaki , toothpaste and Gam*** (no stock)
Need but Not Urgent: the rest
Need but Not Urgent: the rest
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.