Bola Kayu?
Pernah dengar bola kayu?? Ia satu permainan rekreasi, very relaxing, famous di Pahang. Macam juga dengan permainan lain, penuh excitement dan very so thrilling (kata the late P.Ramlee). Datin N yang memang aktif orangnya, perkenalkan game ni kepada saya. Macam main golf tetapi tidak sama. Peralatan permainannya semua diperbuat daripada kayu - (Itu sebab namanya WOODBALL) mallet (pemukul), untuk teeing off fairway, playing and putting,bola kayu yang melantun dan bergolek atas tanah atau padang rumput,`gate', macam pos gol bola sepak.Mainlah di `course'nya iaitu kawasan tee, fairway dan putting.(istillah golflah ni). Kami selalu main di Taman Bandar, Indera Mahkota, suka-suka je, nak relax. Banyak stress mah!
Saya pun swinglah mallet dengan tenaga yang kuat, mesti kena bola,bola mesti roll seberapa jauh yang boleh tapi jangan keluar course. Kalau bola terhenti, tak roll, kenalah buat putting pula (putting stroke)dari tempat ia berhenti. Mesti aim tepat dan betul, jangan tersasar.Pukul bola mesti tuju ke `gate' dan bola mesti lalui pintu gate tersebut. Barulah complete satu course. Datin N selalu winner sebab dapat menamatkan course dengan pukulan paling minima. Markah pukulan dicatat pada card pencapaian Ada satu masa tu kami dan beberapa rakan-rakan woodballers yang lain dipaksa mewakili daerah dalam satu pertandingan. Hai amatur, mana boleh menang. Yang penting ambil bahagian.
Sebenarnya seronok main WOODBALL ni. Fun game and mudah pula tu. Kanak-kanak pun boleh main. Boleh relax dengan kawan-kawan atau kaum kerabat atau mengeratkan lagi perhubungan keluarga (parents dengan children). Boleh main sambil berjalan-jalan, cit-cat, cit-cat, borak-borak hal kerja, keluarga, shopping, gossip. Sangat sesuai juga untuk older folks sebab ia exercise sangat baik untuk kesihatan dan kurangkan stress, minda!
Bila di berada di melaka, tak dapat mainlah sebab tak ada course woodball Yang pernah saya nampak ada di famous resort di Simpang Empat, AG. Minta-minta satu hari nanti adalah woodball course di bandaraya ni. Boleh sambung main. Syok tau.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Woodball jom gi ke http://www.pahang-delights.com/pahang woodball.
interesting. cannot ah ask Mr Handy Dandy make one set, want to order maaa, so can play play here.
ReplyDeleteMust be joking. Set not home made!
ReplyDelete