EKSPO BUKU ISLAM PAHANG
Pagi tadi kami meluangkan masa di Kuantan Parade, Kuantan meninjau buku-buku agama di Ekspo Buku Islam Pahang. Banyak jugalah penerbit buku agama tanah air mengambil bahagian, Banyak buku yang menarik dijual dengan harga special. Ada juga promosi tudung Dr Muhaya. Itu yang tersusun bertingkat ialah Al Quran khas untuk muslimah, ala tas tangan. Ada juga gerai wakaf Al Quran. Bagi sesiapa yang berhajat untuk waqaf Quran untuk sekolah tahfiz, masjid dan seumpamanya, bolehlah berbuat demikian. Bukan sahaja ada buku agama, ada juga buku-buku resepi masakan. Pada saya , browse di internet aje lah! Mungkinkah saya ke sana lagi? Ekspo akan berakhir 6 Oktober 2013 ini.
MASUK RUMAH BARU
Pagi tadi saya hadir majlis 'masuk rumah baru' di sebuah rumah di Taman TAS Damai ,Kuantan. Hanya majlis kecil-kecilan sahaja yang di hadiri oleh kumpulan marhaban seramai 10 orang. Saya tumpang sekaki.
Kami membaca surah Al Baqarah, Surah Yassin diikuti dengan bacaan tahlil. Sementara menunggu hidangan jamuan siap , sebagai pengisian masa, kumpulan ustazah ini ber marhaban pula.
Terima kasih kepada puan rumah serta keluarga atas sumbangan dan jamuan. Semoga diberkati dan di lindungi Allah SWT. Ameen.
Kami mohon perlindungan mu, Ya Allah..
![]() |
| Ustazah mengetuai membaca doa |
![]() |
| bersedia |
![]() |
| Hjh Maznah dengan 'Ya Hanana' nya, |
![]() | ||
| Kenangan bersama Kak Saba yang juga suka melancong |
![]() | |
| Ustazah dan ahli yang dapat hadir. Duduk di hujung kanan dan kiri, 'menyempil' |
![]() |
| Nasi baryani special order.....yummy yummy |
![]() | |
| Dua beradik sekarang berjiran. Kiri, bonda puan rumah. Kanan, bonda blogger KENANGANKU. |
Everyday: A Day With A Road Sweeper
Subscribe to:
Posts (Atom)









