Hari hujan semasa kami ke Hua Lu-Tam Coc di daerah Ninh Binh. Daerah ini berada di selatan Hanoi. Jarak perjalanan lebih kurang 2 jam.. Apa special nya daerah ini? Sudah tentu bersampan!Bersampan di Tam Coc juga merupakan kenangan indah selain daripada cruise di Ha Long Bay. Seorang teman yang pernah ke sini menggambarkan pengalaman bersampan menyusur sungai melalui sawah di kiri kanan serta bukit-bukit batu kapur sekeliling serta melalui 3 gua yang gelap. Ini yang membuat kami ternanti-nanti ke Tam Coc. Tetapi Allah SWT menentukan, hujan pada hari tersebut. Basah. Sejuk. Namun kami bersabar... menunggu, tunggu dan tunggu. Hujan tak berhenti juga
Aktiviti bersampan mesti diteruskan. Setelah makan 'pack lunch' yang dibawa dari Hanoi serta solat
dan dengan memakai baju hujan (beli USD1) dan terendak Vietnam (USD1 juga)
kami naik sampan yang siap menunggu. Sebuah sampan untuk tiga orang, termasuk pendayungnya. Pendayung sampan terdiri daripada lelaki dan perempuan,
Tam Coc ini juga dikenali sebagaI 'Ha Long Bay di darat'.Pemandangan sekitar seolah-olah pemandangan di Ha Long Bay. Kami teruja melihat bukit-bukit batu kapur yang cantik di kiri kanan sungai
 |
| Yang ingin ku lihat |
Tetapi sawah padi kiri kanan sudah ditenggelami air. Tiada sawah padi langsung. Hu Hu Hu....
Walaupun begitu, pemandangan cukup indah, nyaman. Keadaan hujan menyebabkan sesi fotografi tersekat-sekat....
Satu yang uniknya tentang pengayuh .Mereka kalau penat guna tangan, guna kaki untuk mengayuh. Hebat memang hebat!! Tengok tu sambil pegang payung, kaki mengayuh!
Semasa perjalanan kita akan melalui 3 gua. Gelap. Ada stalaktait. Sesekali kena tunduk untuk mengelakkan jika terhantuk.
Boleh juga kita lihat kehidupan mereka yang tinggal di kawasan hampir dengan sungai seperti menangkap ikan, tanam pokok atau memasang pukat. Ada juga kelihatan beberapa ekor itik berenang.
Sungai ini tiada ada penghujungnyam terus mengalit tetapi sesudah 3km mendayung dan setelah melalui gua ketiga, sampan akan patah balik
Ah...di sini ada beberapa peniaga, saya lihat makcik-makcik, menjual minuman serta jajan dari dalam sampan. terpulang kepada kita nak beli atau tidak. Ada yang beli atas dasar kesian.....
Sampai sahaja di jeti, sejurus langkah dari sampan pendayung, akan meminta 'tips'. Tour leader kami telah mengingatkan kami untuk sediakan USD2 seorang untuk pendayung. bermakna dua orang, USD4. Bayangkan.....pengayuh itu mengayuh dengan kaki atau tangan selama 2 jam tanpa berhenti. Anda boleh?? Tak sakit lutut? Tak lenguh tangan? Tak sakit belakang? Atas dasar simpati, pendayung akan dapat lebih daripada yang ditetapkan.

Satu lagi ialah semasa mendayung, ada beberapa jurufoto 'pro' tempata sibuk-sibuk shoot gambar kita walaupun tidak diminta. Ini berlaku pada kami, the two sisters. Seorang ;makcik muda' sukarela menjadi jutufoto kami. Gambar dalam posting sebelum ini buktinya. Rupanya banyak gambar kami di rakam. Tahu tak berapa harga 18 keping gambar kami tersusun dalam mini album dan siap laminated? Dia minta RM100.00. Apa??? Oh tidak!, tak sangka begitu tinggi harganya. Dah tu pula, suruh beli album seorang satu. Lagi kami 'No No'. Mulalah komunikasi 'ayam dengan itik' Tawar menawar berlaku. Kesian tengok makcik jurufoto ini, berusaha dan bersemangat 'shoot shoot' gelagat kami posing begini begitu, RM50.00 bertukar tangan dengan alnum mini kenangan bersampan dalam hujan di Tam Coc.
Menjelang petang kami bertolak balik ke Hanoi, 2 jam perjalanan lagi.
Terima kasih Allah, dengan izin Mu jua dapat kami sampai ke sini. Mungkin satu hari nanti kami akan mengulangi lawatan ke sini.
Pengalaman yang mengusik jiwa, mengharungi Tam Coc,