Korban: Kepala lembu

Kepala lembu
Petugas-petugas sedang melapah kepala lembu
Nak masak  apa  kepala lembu ini?
Saya tak pernah makan !!
Lalu saya google
Oh oh oh rupanya
boleh masak
Asam pedas Kepala Lembu


dari sariyusa.blogspot.com
juga
Rendang Kepala Lembu.
Sila  ke
  zamzarinazambri.blogspot.com.
Seperti juga kepala ikan, kepala lembu berharga juga. Satu kepala boleh dijual sekurang-kurangnya RM80.00. Tetapi ,kalau kepala ikan boleh dihidangkan 'bulat-bulat' begitu, kepala lembu kalau nak masak kenalah di 'katok-katok' dahulu. Ah, dalam kepala lembu ada otak.  Peminat otak lembu gemar masak gulai lemak cili api ataupun masak kari. Otak lembu banyak kolestrol, so hati-hati. Satu lagi bahagian di kepala lembu ialah lidah. Lidah lembu boleh masak merah, masak licap, dibakar, digoreng, dicicah. Tetapi, minta maaflah, saya tak makan bahagian-bahagian di kepala lembu ini. Daging lembu pun saya cuba elakkan.
Anda bagaimana,, peminat kepala lembu?

Raya Aidil Adha: Qurban/Korban

Korban berkelompok di perkarangan Masjid Pengkalan Rama. Kata AJK, first time buat. InsyaAllah akan diteruskan tahun-tahun akan datang. 9 ekor lembu dikorbankan pada majlis tersebut.
Seekor lembu korban siap sedia, tunggu saat disembelih. Saya tak berani melihatnya.
Aktiviti bawah khemah, menimbang daging korban


Guna mesin grinder untuk tulang
melapah
Bungkusan-bungkusan daging korban diagihkan  mengikut kawasan
Guna kupon untuk dapatkan sumbangan
Makcik-makcik dengan agihan daging korban. 
AllahuAkhbar. lembu dalam gambar pertama siap disembelih.
Hari Raya Aidil Adha
datang dan pergi
Semoga amalan kita
Allah SWT, berkati.
Ameen.

Raya Aidil Adha: Solat sunat Raya

Solat sunat AidilAdha di Masjid Al Rahman. Pada orang kampung, masjid ini dipanggil masjid Pengkalan Rama sebab ia terletak di persimpangan Pengkalan Rama. Kalau anda pernah menyusur Sg Melaka, dan naik bot di jeti Taman Rempah, anda tak boleh miss masjid ini.

Pagi-pagi lagi hampir jam 7.30 pagi, kami telah berada di Masjid al Rahman.
Salah satu masjid tertua di Melaka.  Kalau di KL ada twin tower, masjid ini pun ada.
Ruang tambahan bila jemaah melimpahi ruang masjid. Solat tepi jalan! Jadi datang lah awal awal!!
Pengenalan masjid
Sempat bergambar bersama banner sumbangan ADUN
Mimbar. Sebenarnya ruang ini untuk jemaah wanita. Ruang ini adalah bahagian lama masjid, dahulunya untuk jemaah lelaki.
Pintu kayu teguh. Di sebalik pintu inilah ruang solat jemaah lelaki. Ruang baru.

Almari menyimpan  Al Quran serta kitab-kitab lain. Almari 'build in'
Ada loteng atau tingkat atas. Sekarang tidak digunakan.
Jemaah wanita mula mengisi ruang.
'Minaret' azan dilaungkan, satu kampung  boleh dengar. Nak pula mesjid ini terletak dikelilingi oleh kedai-kedai 'Ah Chong'
Azan sebagai 'wake up' call.

Sudah solat, bertemu Linda @ Kaseh.dengan bakulmya yang 'menyegat'

Itulah dia masjid kami.
Kami sayang masjid ini.
Comel cara tersendiri.

Raya AidilAdha: Bila Nek Lang masak

Dia jarang masak. Kalau masak pun yang simple , yang basic, yang tak banyak kerenah dan leceh nak itu dan ini. Kadang-kadang, dia blogwalking until dapatkan ilham nak masak apa hari itu. Ada juga buka buku resepi.  Ada masa dia malas masak. Tapau aje dari warung. Atau makan di kedai aje.

Jadi bila masak sesuatu yang special, riuhlah sekampung. Raya AidilAdha yang baru lalu, dia telah ditugaskan untuk masak. Nak masak apa? Nasi Bukhari!!!. Alahai, itulah satu-satu masakan special yang dia tahu. Raya AidilAdha kan disambut sederhana sahaja. Maka tak ada ketupat, tak ada rendang. Jadi Nasi Bukhari jadi pilihan.

"Nek Lang kena bangun pagi-pagilah, macam mamim nak masak nasi bukhari' kata si Iman.
"No. balik solat baru masak", jawab dia.
You see, Mummy si Iman inilah yang selalu bertungkuslumus didapur pagi-pagi raya untuk masak hidangan istimewa.raya. Kali ni dia relaks. Ada pengganti.

Tapi breakfast (late onem after solat sunat Raya) nak makan apa? Takkan nak tunggu yengahari?

So, pagi-pagi. 4.00 pagi. semasa  yang lain masih sedap berselimut, dia telah bangun untuk menjalankan tugas.Malam sebelumnya dia telah siap bahan-bahan Nasi Bukhari.

Mulalah dia masak. Buka tingkap di dapur untuk keluarkan bau harum bukhari. Lebih kurang jam 5.30 siap masak. Bila MsHart bangun, dia bersuara" Wah, bau wangi. First time Ati tak bangun pagi Raya untuk masak!'

Rupanya news dia masak dah sampai kepada  mereka yang terdekat. Bila Nek Lang masak, satu yang luar jangkaan.  Maka riuhlah di rumah BC pagi Raya Aidil Adha semalam, macam Raya Aidil Fitri!!!
 Nak rasa air tangan Nek Lang. Terasa malu pula diri ini!

 Nasi Bukhari resepi A passion for food
 Lauk Ayam Bukhari
 Jemput makan, pelawa Iddin
  Penyeri meja, kek pelangi, special request from MsHart, Chocolate Chips, fav budak-budak,
Siapa yang buat kalau bukan Ngah, . Yang merah dalam gelas tu, Jelly Kelapa,  teka siapa buat??? Yang hujung tu chocolate cupcakes, pemberian orang. Ada juga Norli SIL Mshart beri ketupat, kuah lodeh serta rendang ayam dan sambal tumis udang.

 Maka 'menjadi' lah raya AidilAdha kami tahun ini.
Kepada yang menjadi 'tester' masakan raya ini, terima kasih. Alhamdulillah...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H