Petang Rabu

Salam semua.
Malam ini malam Khamis. Apa cerita petang Rabu tadi? Layan Iddin, ("Nek Lang, you said want to call me Awok' a fan of Aril AF7,who likes shuffling!) main football (yes!), kat porch kereta. Main tendang bola untuk 30 minit. Rihat. Siap-siapkan si Awok dan Amal untuk kelas fardhu ain. Petang ni, rajin pula nak baja pokok bunga lebih-lebih lagi orkid (yang baru nak membesar) baja-baja sikit. Rendam pasu-pasu orkid dalam air baja. Layan pokok-pokok lain pula. Bila budak-budak balik kelas,

Amal : Nek Lang, boleh tak Amal nak burger.
Iddin : Iddin pun nak.

So Nek Lang tinggalkan kerja project tissue painting dan layan budak-budak tu.

Iddin : Iddin nak burger dengan dua telur mata, roti dan tomato sauce.

Dia tunjukkan cara menyediakan burger yang dia order. Dua keping roti sapu marjerin. Letak satu telur mata pada satu keping. Letak sauce. Letak pula burger. Letak sauce. Letak satu lagi telur mata. Kemudian roti yang sekeping lagi. Boleh habis ke? Oooi, tak habis, Amal yang habiskan!
Anyway, malam ini Cik Abang saya sampai. Dinner tadi di Kedai Asam Pedas Pak Haji sebelah Straits Meridian. Apa story dari Kuantan?

More

Salam semua.
Semalam projek bersih tingkap dan kipas siling. Pagi ini, Pak Jalil potong rumput pula. Hari ini pesanan kepada beliau "Potong rumput pendek-pendek" sebab bulan lalu, beliau trim rumput tu sikit aje, sekejap dah panjang semula.
PS. Kipas ligat pusingnya. Dustload dah kurang!

Now, projek saya. Dah habis sepuluh, nak touch up aje lagi.

More coming.

Seperti baru!

Salam semua.
Hari ini hari 'cleaner' sperti yang dirancangkan. Saya minta bantuan jiran terdekat saya, Suri, untuk cuci kaca tingkap dan bersihkan kipas siling. Suri, seperti namanya, seorang suri rumah tangga, telah membuat hati kami gembira. Ingatkan dia lap cermin tingkap aje. Dia bersihkan segala habuk yang berlonggok di tepi-tepi tingkap dan di lubang-lubang. Hidung dia, tak bersin 'achum' pun. Kipas pun begitu juga, dilap kasi bersih. Lihatlah hasil kerja beliau. Oh ya, Suri ada assisstants....anak-anak....untuk bantu ambil air, ambil kain lap, ambil penyapu, emak panjat tangga, mana larat turun naik tangga. Memang cemerlang kerja Suri. Kami puas hati. Kalau macamni kerjanya, boleh diberi pekerja cemerlang. Terima kasih Suri, kami perlu bantuan anda lagi.
Kipas bersih seperti baru. Sekarang, ligatlah pusingan kipas sebab dah ringan!

Suri and co. buat cleaning, saya pula layan ini.

Ada yang berminat?

Hypermart terbaru

Salam semua,
Habiskan masa pagi tadi ke the hypermart terbaru dan 'the best' antara yang senama dengannya (kata salah seorang pekerjanya: bos cakap, Melaka punya paling baik). Bukan sahaja bangunannya 'hyper' tapi terdapat satu tarikan.....troli giant, hyper, terbesar gitu.
Bandingkan saiz my sis dengan troli hyper yang penuh dengan muatan. Agaknya makanan untuk raksana cerita " Jack and the beanstalk' tak?

Memang suasana dalamnya pun melambang suasana negeri Melaka. Membeli atau sekurang-kurangnya melawat My*** bererti anda melawat Melaka. Satu tarikan 'eye opener' bagi pelawat atau pelancong, mahu tengok Melaka 'sebenau'. Gudang-gudang (godown) yang kini dalam kenangan. Sudah di'transformasi'kan
Rumah kedai lama di tebing Sungai Melaka. Pun sudah di baikpulih.
Bawah, bakul sia saiz XXXXXXXXL


Lagi gambar gudang lama di muara Sungai Melaka. Sekarang dah tak ada. Sudah dicantikkan.
Sebenarnya, gambar kenangan itu adalah lukisan yang menghiasi My***. Banyak lagi, tak sempat nak ambil sebab customers dah bertambah ramai. Yelah, dalam gawat-gawat gini? Eh, gawat ke? Shopping tetap shopping, okey!!!