Serunding Mak Jah


Salam raya to all,

Hari ini buzy busy orang-orang di dapur....masak sakan.... Saya pun teringat nak buat serunding ikan bilis resepi arwah my mother. Yang bagusnya, resepi itu mak beri kepada jiran kampung , senama dengan arwah mak,Khatijah. Mungkin mak tengok anaknya tak minat sangat ke dapur. Jadi, saya mintalah panduan daripada Che Tijah kita dan ini lah hasilnya, air tangan sendiri dengan panduan MsHart. Ramuannya main campak-campak, bak kata Nabil 'Lu fikirlah sendiri.' Proses sama macam masak sambal tumis ikan bilis.
Serunding Ikan Bilis Mak Jah
Bahan-bahannya
ikan bilis dikisar/blend halus, jangan guna air
cili kering dimesin/ cili boh
air asam jawa
belacan
gula ikut rasa
garam ikut rasa
bawang merah
Proses:
1. Hiris beberapa bawang biji bawah merah kecil, dan goreng garing. Petua: gaul dulu dengan garam, perap agak lama sikit. Stau campak sedikit garam ke dalam minyak menggoreng. InsyaAllah dapatlah bawang goreng yang garing. tepikan bawang goreng tadi
2. Tumis cili boh dan belacan, biar minyak banyak sikit supaya tak hangus nanti.
3. Bila naik minyak, masukkan air asam jawa, hingga masak
4. Masukkan gula, garam ikut rasa.
5. Bila dah masak, masukkan ikan bilis yang telah di blend halus.
6. Gaul rata dan kacaulah sambal tadi hingga kering.(penat jugalah tangan ni)
7. Bila dah kering, masukkan bawang goreng ke dalam serunding tadi, gaul rata.
This is my first trial. Buka nanti, baru boleh rasa. Makan dengan ketupat, tentu sedap. Oh ya, boleh juga add udang kering yang dikisar halus. Atau ikan bilis tak payah kisar, goreng je.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BUDIMAN. Maaf dipohon jika ada kata-kata saya yang tersinggung di hati. Saya menulis apa yang saya rasa, no heart feeling please.
Jumpa lagi!

Raya datang lagi

Salam raya,
Petang nanti, akan diumumkan tarikh sebenar kita berhari raya. Masa inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Bila dah disahkan raya keesokan harinya, pengumuman akan dibuat melalui TV, radio atau di kampung-kampung ,beduk akan dipalu, siren akan dibunyi. Oh , bagaimana sambutan raya dulu? Teringat saya, waktu tu kami kecil-kecil dibesarkan di bandar, di rumah kedai, town girl in the 50's. Ha ha!!!Arwah mak dan mak cik, akan sibuk di dapur. masak rendang, kurma ayam, sambal ikan bilis, rebus ketupat, the main food for raya. Yes, mak akan buat agar-agar: pelbagai rasa. Mak akan buat kek suji dan macam-mcam biskut lagi. Yes, ada satu masa tu, ada kuih kepala meja, you, Doll cake, siap dengan skirt icing. Penuhlah satu meja.. Oh , ada air 'gas' oren, sarsi, F & N dalam botol kaca atau air locally produced Long Chan. Ah, ah dalam botol macam Sudin ketuk panggil Zaitun (Bujang Lapuk)Banyak juga lah 'casing' yang arwah bapak beli. KIta budak-budak main bunga api terlari sana sini,ketawa gembira. Masa tu tak ada TV, tak lah hadap TV tengok siaran raya macam sekarang ni. So dengar lagu raya melalui RTM jelah! Pagi raya, salam ampun maaf dengan mak dan bapak, dapatlah duit raya, dapat duit shilling je. Tinggi nilai waktu tu. Duit tu kami ikat kuat dihujung sapu tangan atau pun (baju mak jahit ada poket), simpan dalam poket jelah. Tak ada ang pow-ang pow. Kami ada tabung porcelain bentuk ayam. Bila raya, tabung tu dipecah. Kira duit tabung. Kemudian pergi ke kedai permainan di Bunga Raya beli permainan yang kami suka. Oh tengok wayang sudah semestinya. Tak ada TV kan waktu tu. Penuh sesak panggung wayang waktu tu, rebut-rebut orang beli tiket. Satu perkara lagi ialah ambil gambar raya. It's a must. Dengan rambut tersikat rapi siap dengan riben, kasut polished lengkap dengan stokin, baju baru jahitan emak, kami (selalunya dengan mak) gi ke kedai gambar Great Eastern Studio di Kampung Pantai untuk 'tangkap' gambar raya. About raya visiting, di bandar mana ada kawan kan. So rumah yang kami pergi, rumah Uni Yah, a closed family friend di Jalan Banda Kaba, rumah Uni Masni, another Minang famili di Jalan Bunga Raya, visited kenalan-kenalan mak dan bapak di Kampung Banda Kaba, di Jonker Street dan di Kampung Baru (Kampung Morten). Yang datang kunjung pula, jiran kedai bapak: Cina , India, Bombay atau pun pelanggan kedai bapak dan saudara mara dari KL ......Itu yang saya ingat, raya waktu kecil, mungkin ada lagi, sambutan sederhana tetapi tetap meriah dan tersendiri.
Teringat selalu especially menjelang raya , arwah mak, bapak, makcik Embundan Noi...We miss you...Al Fatihah.

Ketuk-ketuk

macam -macam ada... tunjuk-tunjuk, hadiah dan yang best sekali, home made by my sis (hobby, kata nya)
yang ni best punya.. secret recipe MrS, kek kukus buah (betul ke nama nya?)Kukus lama tau,
tapi tahun ni cuma untuk in house sahaja ye... sorry


Aduhai, ni paling best sekali, rendang daging minang resepi arwah mak dimasak oleh cucunda tersayang MsHart. Jaga malam you, nak hasilkan menu utama raya nanti. Masak awal, masuk dalam freezer for future use in case visitors datang tak menentu.


Tulah my dear readers, ketuk-ketuk raya di rumah BC,persiapan rancak dijalankan. My sis, MrS dan MsHart sangat rajin lah dengan kemahiran tersendiri. Tak meriah raya tau, kalau dia orang tak ada. MsHartlah yang paling teruk nanti, memasak, being the chief chef. Hope you will get your long waited salary adjustment, okey. MrS pulak kemas-kemas rumah. Kemudian anak pula sepah-sepahkan. Mana tak naik darah! Sabau ye MrS. He will also get the barang-barang dapur. Alang doakan MrS murah rezeki dan tak gi mana-mana ye.. susah kami. My Sis pula, knows everything ... alter baju boleh, jahit manik boleh, mengaji boleh...dan macam lagi kepandaian dia lah. As for me, saya tak pandai apa-apa, bantu mana boleh... jadi kid sitter, gardener, jadi cleaner je, petugas MBMB (majlis perbandaran) kata my sis dan buat stock checking, short of item, drive ke tecso, suka tengok manusia shopping. BTW, tadi dapatlah dengar ketuk-ketuk bunyi kompang budak-budak kampung ni, kejutkan orang sahur. Rupanya dia orang round jam 3.00 pagi..patutlah kami tak dengar dan rasa hairan kenapa tak ada ketuk-ketuk seperti selalu. Kami bangun sahur jam 4.30 pagi.Dan kumpulan ketuk-ketuk tu tak singgah rumah kami sebab berpagar.
Now dah jam 4.48 am. Have to stop now. bye, bye, ketuk-ketuk raya!!!!!

Festive mood



Salam raya my dear readers,
More preparation for raya today:

House cleaning

Baking Day
Toll House Cookies

Missy, Amal and Iddin helping nek Ngah

The kids had been pestering Nek Ngah when to make cookies for Raya. So kind Nek Ngah and Missy 'helping', baked these specials, 'Biskut Kacang' and 'Toll House Cookies'. The one yang 'hangus'(burnt), littl Iddin had a share.
Finger lickin good...




Peanut Butter Cookies in the oven


When we went to Tesco to get some 'things', there was already a large crowd, of all races. Wow, the carts some of them were pushing, could'nt believe my eyes...full to the brim, yes, to the brim and we had a hard time manouvering out 'light' cart. I enjoyed the suasana hari raya with raya songs played over the air, 'shopping' touch and go, just to be in the mad-mad hari raya crowd..
Well...3 more days to Hari Raya... InsyaAllah...
Anyway, Happy holidays to all of you, selamat balik kampung, Selamat Hari Raya.