BUKIT CHANDAN: PAMERAN DAN JUADAH WARISAN

Di Bukit Chandan rombongan PSMNM menghadiri  Pameran Kuala Kangsar Bandar DiRaja: Khazanah Warisan Kesultanan , Agama dan Pendidikan, usaha sekretariat kumpulan Bukit Chandan Kampungku (BCKK). Pameran telah diadakan di Baitul Anor dihadiri juga oleh warga tempatan Bkt Chandan.

BANNER
Sebenarnya BCKK sedang berusaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan keistemewaan Bkt Chandan kepada warga tempatan dan warga luar Bkt Chandan. Dengan ini warga tempatan akan merasa bangga, menghargai dan sayang kampung halaman sendiri.  

Tulisan Jawi, juga warisan
Antara yang dipamerkan
SEJARAH DAN SENIBINA RUMAH MERAH, RUMAH WARISAN
Melalui pameran tersebut hadirin dapat mengenali  sejarah, mercu tanda, lokasi dan bangunan warisan dan tarikan pelancong, warisan ilmu dan syiar Islam, Seni dan kemahiran, juadah serta kenangan dan nostalgia anak tempatan Bkt Chandan.
Tetamu VIP DiRaja,
semoga usaha BCKK mendapat perhatian dan sokongan
Antara yang hadir mendengar penerangan sekretariat
Setelah majlis perasmian, hadirin dan tetamu diraikan dengan jamuan juadah warisan.
Juadah disediakan sendiri oleh anak tempatan Bkt Chandan

Antara yang menarik perhatian  saya, yang saya rasa tidak ada di tempat lain....

NASI LAMUNI, berkhasiat..hmmm...untuk awet muda!!!
Nasi herba daun lamuni  selalau dihidangkan seperti nasi lemak biasa
iaitu digandingkan bersama  sambal tumis dan telur rebus.
Jika ingin mengetahui tentang herba lamuni dan nasinya,
eloklah tanya En Google. 
PUTU CAWAN, rupa seperti cawan, putih gebu.
Rasanya lemak-lemak yang diperbuat
daripada tepung beras, tepung pulut dan kelapa.
Mana gula merahnya? Ini bukan putu piring lah!
PEMANIS JAGUNG....so sweet, sedaaap

Abaikan dua ketul  nasi himpit dan pinggan.
Inilah rupanya pemanis jagung. 'Baju ' anak jagung di buka.
di masukkan isi-isi jagung yang telah dihancurkan serta campur dengan kelapa dan gula,
lalu di pakaikan semula 'baju'nya. Banyak kerja tapi sedap!

Puan Hajah sebelah kanan, warga Bkt Chandan, kata
"pemanis jagung ini juadah DiRaja. " 
Yang teruja juga dengan pemanis DiRaja, Shaukani dan Pn Suraya





Terima kasih Bukit Chandan.
Semoga harapan serta usaha BCKK akan tercapai.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan murni BCKK
Ameen....


UNIKNYA BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR

Kuala Kangsar, bandar di Raja Perak. Hari ketiga rombongan Jejak Warisan PSMNM berada di sana. Tetapi kami tidak menjejak bangunan sejarah di bandar KK. Kami ke Bukit Chandan. Siapa ke Kuala Kangsar dan tidak melewati Bukit Chandan, rugi! Nama Bukit Chandan sememangnya tidak asing lagi bagi orang ramai kerana kaitannya dengan kesultanan negeri Perak.Banyak keistimewaannya yang kurang diketahui. Bukit Chandan kaya dengan peninggalan yang unik dan menarik. Antaranya....

MASJID UBUDIAH:saban hari menerima ramai kunjungan

Dahulu ISTANA  KENANGAN
Kini, MUZIUM DIRAJA PERAK.
Nilai estetika yang tinggi, bangunan yang tidak menggunakan sebatang paku pun!

BAITUL ANOR: RUMAH WARISAN yang hampir roboh
Setiap musim perkahwinan, ada sahaja pasangan pengantin yang bergambar kenangan

 di Baitul Anor

RUMAH MEOR: RUMAH WARISAN
Pak Meor berbaju putih megah memberi penerangan rumah warisan beliau

RUMAH MERAH: RUMAH WARISAN

RUMAH HITAM: RUMAH WARISAN
ANTARA MADRASAH  DI BUKIT CHANDAN:
Madrasah Idrisiah

Banyak lagi peninggalan warisan yang menarik di Bukit Chandan. Warisan ini perlu dipelihara. Jika tidak ia akan hilang dan tidak mungkin dapat dikembalikan.

SEPETANG DI BUKIT BENDERA

Beristirihat di Bukit Bendera atau Penang Hill menjadi aktiviti sampingan dalam program Jejak Warisan kami tempoh hari. Tak ingat saya bila akhir saya naik bukit ini.  Semoga selamat perjalanan kami ke puncak bukit dengan keretapi yang telah diupgrade perkhidmatannya.  5 minit sudah sampai ke puncak. Biar  gambar-gambar kenangan di Bukit Bendera bercerita.


Penang Hill, kini aku datang

Sejuk pemandangan

Menjadi idaman: Laksa Penang + ABC Special.
Ada juga jual kacang putih!

Naik buggy. Jumpa 'pillar postbox' tertua. Satu lagi ada di depan Muzium Melaka. Ada belalang anyaman daun kelapa??
Monkey Cup? Macam kenal aje!

Selamat tinggal Bukit Bendera.
Puas hati sepetang di sana!

JEJAK SENI TAMAN




Ada juga tarikan semasa menjejak warisan. Sebelah kiri ialah rimbunan pokok menjalar berbunga kuning. Terdapat di kaki lima sebuah kedai lama di Ipoh, Berapa lama agaknya ia menjalar untuk sampai ke puncak, sampai nak ke tingkap tingkat atas?









Gambar sebelah kanan ialah di mana pokok berbunga kuning  bermula. Pokok menjalar membelit dawai tersusun umpama pagar. Ada juga saya tanam pokok ini tetapi tak mau menjadi. Separuh jalan, kering!.






 


Besarnya 'kerusi besi'! Dulu ia dipenuihi dengan bijeh timah.
"Kerusi besi' ini sebenarnya 'bucket' atau 'baldi' yang terdapat pada 'tin dredge' atau 'kapal korek bijeh timah' Kini ia terletak di laman Pusat Pelancongan Ipoh sebagai tempat mengumpul rumput kering. 







Kalau ada cerek lama, jangan dibuang. Jadikan bekas tanaman . Nampak tak 'katak jadian' tertenggek atas kolam.







Saya suka bentuk pokok palma di laman Pusat Pelancongan Ipoh

Seni taman ini dirakamkan di bahagian pekan lama IPOH.