Sepetang di Taman Pertanian Kuantan

Majlis bermula jam 3.00 petang. Kami sampai di lokasi pada jam 5.00 petang. Tetamu sudah berkurangan.  Elok juga datang lewat, dapatlah tuan rumah melayan kami . Ini ialah majlis perkahwinan anak kepada Datin Narimah. Beliau  pernah menjadi GPK Akademik semasa saya berkhidmat di SMKTA. (Dulu saya hadir majlis perkahwinan anak GPK HEM). Hana Nabila binti Abd Hamid nama pengantin perempuan.  Memang impian Ella majlis perkahwinannya  ala garden party. Dan impiannya tercapai. English Garden party, gitu. Ella dan suami  berbaju pengantin serba putih Manis dan sama cantik sama padan. Suasana nyaman, segar, lapang rasanya. Mana tidaknya di tempat terbuka, dalam taman yang dihias indah, di kelilingi tanaman hijau. Khemah pun luas.   Simple and neat!! Thumbs up kepada wedding planner dan Datin Narimah yang berusaha sangat-sangat untuk menjayakan impian Ella.
Bersama emak pengantin
Bersama pengantin
wedding cake
Antara menu, Hi T, ambil sikit-sikit sebab ada banyak pilihan
Suasana English Garden
mesti ada bunga-bunga comel, fresh flowers
Mesti ada pagar putih
Ada pagola  dengan carpet hijau, bukan red carpet
Bersama adik bongsu Ella, Jihah. Mula kenal umurnya 4 tahun, sekarang...tengoklah!!!
JY berbual apalah dengan Dato' Abd Hamid, bapak pengantin perempuan

Jam 6.20, sudah lebih masa, Caterer sibuk nak berkemas. Kami pun beredar dengan bakul comel putih berisi 'chocolate cookies',

Terima kasih Narimah. 3 more kids to go...di mana pula nanti???
Elok juga buat jamuan ala garden party ini. Satu kelainan (bagi saya).

GUILIN: downtown

Seperti bandaraya lain, bandar Guilin juga sibuk. Jalanraya jam, sesak seperti waktu pergi kerja dan balik. Motor punyalah banyak.  Topi keledar tak wajib. Basikal pun ada juga tapi tak banyak. Oh cekap penunggangnya pandu motor. Scooter paling banyak. Mat rempit? Tak nampak pula. Tapi walaupun jalanraya sibuk, pemandunya berhemah, beri laluan kepada pejalan kaki bila nak lintas jalan. tetapi mesti lintas di tempat 'zebra crossing'. Ada juga pejalan kaki tak ikut peraturan, tetapi  pemandu masih beri peluang melintas. Jalanrayanya pun saya nampak kemas dan bersih. Bangunan pula tak ade yang masuk kategori 'pencakar langit'. Maklumat pada iklan atau notis, tak sepatah pun dalam BI, kecuali nama produ-produk ber jenama atau nama jalan.

Dua beradik di downtown Guilin. Jalan sepi? Lampu trafik merah, tu sebabnya.


GUILIN: .Shopping shopping

Tak sah kalau melancong, tak shopping shopping. Kata penjual-penjaja di Guilin 'Cheap(per), cheap(per),bunyi 'p' di hujung 'cheap' di 'qalqalah'kan. Bagi kami (kakak dan saya) hasil kerjatangan kraf penduduk tempatan lebih menarik hati. Bayangkan hasil jahitan tangan dijual dengan harga yang murah (dalam RM). Tapi mesti pandai tawar, bargain . Bila nak buat tawar menawar ini, maklumlah itik cakap dengan ayam, alat komunikasi ialah secara bertulis atau guna kalkulator. Tapi  'be careful of your handbags' ingat Mr. Allan, pemandu pelancong kami di Gulin.  Dalam ingatan itu ada juga terjadi. Seorang hampir hilang wang apabila ada tangan cuba masuk ke dalam poket handbag yang tak berzip walaupun bagnya di gendong di hadapan. Mujur sedar, tak jadi. Kedua, ada pula yang guna chopstick masuk ke dalam poket seluar sebelah tepi, tapi dapat dirasa oleh 'makcik' ni. Cepat-cepat dia beliakkan mata pada si pencopek "you take my money, give me back my money'.. Dah rezeki kawan, dapat semula wang yang di cabut keluar.  Ah...profesional you!!

Backpacks warna warni
"How much, how much?"Tawar menawar antara 'itik dengan ayam'
Jahitan tangan tapi murah
Kereta jualan menunggu di depan hotel
Quilted cotton bed spread jadi tarikan tapi bukan untuk saya
sedang berbincang nak letak harga..nak mula menawarlah tu. Yang comel baju hitam, Pija, tour leader kami
Topi dan kasut..knitted..murah, murah di perjalanan ke Li River Cruise
Cantik purse ni.
Membeli kacang walnut, kulit limau di perkampungan Longshen
fridge magnets...cheaper,cheaper...
How many you want?How much?
Antara makcik-makcik yang 'born to shop' di Yangshuo West Street
"No shopping, no shopping' kata Mr Allan. Kejap. Allan, Sejuk,  mak tak bawa sarung tangan!
Pilih, pilih

Dalam itenari kami tempat yang mesti dilawati, 'compulsory to visit', ialah Government Store, kedai milik kerajaan seperti 'Silk store, Tea, Knife (di Military Museum),Pearl/Jade, Chinese Traditional Medicine Herb. Sesiapa yang berminat, berbelanjalah di sini.
Kesimpulannya Gulin tempat shopping ke? Tak, Guilin bukan tempatnya tak seperti Beijing  atau Shanghai, Hong Kong. 
Kami lebih banyak berbelanja di gerai-gerai macam pasar malam seperti di Yangshuo West Street......bukan apa sebagai cenderahati dan kenang-kenangan.

Cantiknya...

Mari menikmati pemandangan di Guillin, aman damai, sejuk segar,
Elephant Trunk Hill, Guilin
Sakura, sakura.....
Sungai Li, memang cantik pemandangan
Yangshuo West Street
Dari atas bas, gunung batukapur berbentuk kon mengelilingi Guilin
River Cruise Li River
Tumbuhan pokok buluh banyak di Guilin
Cuci pakaian cara tradisional
Menikmati kawasan Shangri-La, beautiful landscape kingdom of Guilin dengan perahu
Li River dengan pemandangan gunung sebagai latar
Salah satu landscape di Shangri-la, macam painting!!
di Shangri-la lagi
Dari atas bas, sepanjang jalan, baru mula 'spring'
Di Longsheng visit Longji Terrace Rice field..tapi tak kena musim..kering tak menghijau
salah satu kawasan..sungai, titian lama, jalan kecil di Longsheng
Sungai Li melalui Guilin
Redupkan, sepanjang jalan tebing Sungai Li

Banyak lagi gambar tapi cukup dulu ye...,  sebelum itu, terlupa nak tanya
Bersama rakan-rakan suka jalan-jalan. menanya khabar

Baru sampai di Melaka petang tadi. Penat setelah 6 hari 5 malam menjelajah  Guilin/Yangshuo/ Longsheng.... menikmati alam, ciptaan Allah SWT.