Yang mana satu?

Salam.
Teringin nak makan laksa lemak a.k.a laksa nyonya. Teringat di sebuah warung kuih di ujung pasir. Selalu pada bulan puasa ada jualan laksa nyonya. Maka ke situ lah saya drive jam 2.30 petang semalam.

'Laksa tak ade ke dek?'
Dengan senyum, 'Bulan puasa aje jual. Setahun sekali buat.'
'Aik, buatlah seminggu 3 kali...atau seminggu sekali'
Hampa juga :(

Scan bekas-bekas kuih yang ada.
Mee goreng (dalam bungkusan)
Nasi lemak (pun yang dak siap dalam bungkusan)
Epok-epok.
Karipap kentang.
Karipap sardin.
Donat
Apam gula merah
Kuih kasui
Kuih Bom (?)

Ini yang saya beli. Suka juga kuih-kuih ini.
Epok-epok sayur sedap dimakan dengan kuahnya!
Kuih Bidaran a.k.a Kuih Bom (bentuk bulat macam 'bom', gitu namanya!
Isinya kacang hijau bukan kelapa, kulitnya disaluti bijan

Nampak pula buah dokong (Siam mari). Semasa di rumah Wasini, ini yang saya capai dulu. Beli pula  3 kg @ RM10.00

Pagi ini dok berangan (merancang angan-angan)...nak masak Laksa Pahang atau pun Laksa Kelantan (resepi Cik Yan @ Sepanjang Jalan, kata dia senang aje buat nye) atau, atau, atau Laksa Nyonya?????

Pinjam gambar laksa lemak Cik Manggis (Google)
 Juga pinjam gambar laksa nyonya  (Google)

Dua-dua berlemak dah....

@ Cerana

Salam.
Outing Sabtu  lalu( agenda utama di Pendamar) disambung dengan persinggahan  di rumah (or apartment?) BFF Mshart.
Setelah bercerita-ceriti (Mshart and friend, 'Wasana') exchange news (MrSol and Mr Sani) and of course the children having whale of a time in the swimming pool of Villa ???? (di Taman Tasik Permaisuri Cheras), it was time for dinner at one of the food outlets in 'Seven Stone' Cheras. (Bt 7 Cheras lah tu!
.salah satu lanskap luar restoren atas tasik, nampak seram kan?
Nun tempat kami jauh ke belakang sebab nak dekat dekat pentas persembahan, Ada bakat ke?
Sambil menunggu pesanan,


Menunggu dengan penuh kesabaran..mana tidaknya, perut lapar, hujan pula diluar sana,
Akhirnya sampai juga apa yang dipesan, antaranya.. ikan bakar, sotong goreng tepung telur dadar..Ye, ada macam-macam lagi (tom yam, ikan kukus..) tapi ini yang dekat kat meja kami, meja kanak-kanak, hu, hu, hu...
 Ada satu kezutan tau!!!! Atas permintaan ramai (the gang) especially Uncle Sani...
....dia tunjukkan bakat dia, hidden talent,  you. Yang selalu pemalu in public (tapi di rumah, dialah entertainer)menyahut request kami ,naik stage nyanyi live lagi (iringan live muzik), Lagu apa? The famous Wali Band song tu...apa dia...Cari jodoh? Betul, kesian tengok orang merayu carikan jodoh seperti dalam persembahan iddin. Sedihnya ;(. Suara okey (on the low note), ikut tempo, lirik hafal, tak ke laut , tak ada salah  tapi sedihnya air muka dia. Supporters dok beri semangat suruh buat gaya tapi rasa malu tu masih ada. Tak sangka, tak sangka..you got talent dan berani. Uncle Sani mesti suka.. Lepas idaman iddin  nak nyanyi dalam rancangan Tom2 Bak. Oh, nak suruh dia perform lagi? Kena jumpa manager dia, ahak, ahak....Anyway, singing runs in the family..nak tahu tanya mummy dan daddy.
Semuanya selesai..bual sudah, ambil gambar sudah, makan sudah, menyanyi sudah...maka bersurailah kami. dalam hunjan renyai-renyai. Sampai Melaka 11.30 mlm.

Terima kasih Wasana and Wasani untuk semuanya...tapi alang penatlah naik dan turun tangga rumah ....
'Wasana'  with 'MsHart'..bentuk muka sama tapi sori, foto shaky
Terima kasih!

ke Pendamar

Salam.
Saya tertunggu-tunggu, Sabtu, 6 Nov. 2010.
Kami menuju ke Pendamar, Kelang, untuk memenuhi jemputan satu majlis perkahwinan.
Semestinya  harus hadir panggilan ini. Sebab? Ianya jemputan satu-satunya Ezza and PA (Pak Aziz ). Bayangan saya,tentu majlis ini menghimpunkan ramai bloggers sebab kedua-duanya blogger yang ramai pengikut. Apa lagi mereka juga amat  peramah dan baik budi. Jemputannya melalui blog! (tetapi ada juga terima kad jemputan)jumpa rumah Ezza  dan PA.
Oh meriah dan ceria sekali. Warna warni. Lagu-lagu (Karaoke)  rancak. Cuaca pula terang benderang!
.sila-sila, nasi beryani yang sedap ini
Sedang saya ber'salam semut', peluk-peluk dengan Ezza terdengar suara menegur "Kak Nora". Saya toleh ke arah suara dan terus menjawab "Kak Pah' Maka itulah pertama kalinya 'live' jumpa HjhKakpah of 'Aulad Jannah'), Maaflah hajah, tak sempat nak bergambar dan berbual panjang, dah disuruh makan dan hajah pula nak segera pulang.  Sambil menjamu selera (nasi beryani...sedap....pencucui mulutnya pula ....tapai, tako, seri muka) mata ini menjeling-jeling juga ke meja-meja jamuan yang lain, kot ada bloggers yang saya kenal. Yang ada kawan-kawan bloggers anak saudara, mshart.
bersama Ezza@makcik blogger "just an ordinary makcik, big is the word"
'the o'rascal' with his 'makcik blogger'
The happy couple. Terima kasih, Zah dan PA, atas jemputan.Ini baru anak pertama, pembuka jalan untuk anak-anak yang lain...dengar-dengar, tahun hadapan ada majlis lagi,  ye?


Renjis-renjus dan tepung tawar
Kepada Umi Hazlin dan suami. 'Selamat Pengantin Baru,'

Hampir jam 2.30, kami berangkat pulang bukan ke Melaka tetapi ke destinasi lain...ada agenda ke dua dah!

Lega

Salam,
Hari Selasa.minggu lalu, jam 7.00 pagi
Badan aku sudah penuh berisi, nak termuntah ada,
Tuan rumah seperti biasa angkat aku (atau seret) aku ke tepi jalan, ikut jadual nya, hari ini, aku akan dikosongkan.
Tunggulah aku di tepi jalan dengan setianya.  Aku juga ditutup rapat.  Kepala aku terasa berat. Rupanya di himpit dengan sebongkol batu.Aku nampak kemas. Isi perut aku tidak dibedal oleh sang kucing atau yang sekawan dengan nya. Tak seperti sekelompok nun di sana. Bersepah. Tak ada rumah. Jijik!!
Tunggulah aku dengan setianya.
Tengahari. Petang. Malam.......eh mana dia tak datang ni? Rosak ke?
Aku rasa badan aku diseret semula ke dalam kawasan rumah. Kalau dibiarkan sudah tentu perut aku akan terburai.
Okey..
Hari Khamis...jadual sepatutnya aku di kosongkan  semula.
Tuan rumah seret aku (sebab aku berat...isi penuh)..ke tepi jalan sekali lagi.
Tunggu. Tunggu. Tunggu punya tunggu...
Tapi dia tak kunjung tiba. Aku nampak longgokan yang senasib dengan aku nun di rumah sebelah dah tak ade? Rupanya sahabat-sahabat aku itu diangkut oleh kereta yang jenis tolak, disorong (atau ditarik) oleh manusia. Ada lagi cara manual ini ye? Kesian si tukang sorong tu.
Agaknya jadual untuk bongkar aku dah bertukar kesebelah malam ke? Kali ini tuan rumah biarkan aku bermalam di tepi jalan, in caselah dia datang....
Jumaat pagi...eh..masih penuh, aku sudah berulat, sudah berbau.
Sabtu., jadual seterusnya...pun keadaan aku begitu. Mujur kapala aku ada batu. Berat.  Mujur. Aku masih steady tercegat ditepi jalan.
Ahad, Isnin...aku sudah  ada teman..sebuah tong merah Saiz S. Perutnya juga diisi.
Tuan rumah sudah merungut. Mana dia tak datang-datang.
Selasa....aku dengar tuan rumah..sibuk tanya cara nak buat aduan,  nak mengadu mana pergi perkhidmatan kebersihan kawasan rumah.
Dia buat aduan SMS..dia buat aduan ke bandaraya (on line)..dia buat aduan telefon.
Malam itu....hah... akhirnya...dia datang  juga...lega perut aku dikosong kan...perut si merah juga dikosongkan.
Aduan diambil tindakan. Atau memang jadual sudah tukar ke sebelah malam? tapi  mengapa  tak ada notis perubahan jadual?
Apa-apa pun, terima kasihlah kepada pihak yang bertanggungjawab, ambil tindakan segera. kalau tak mengadu, masalah tinggal begitu.
.aku, si tong hitam dan dia, si comel merah..lega dikosongkan
Kepada encik-encik pembersih kawasan (tak maulah panggil tukang angkat sampah) maaf ye tuan rumah saya buat aduan. Bukan apa..dia rimas, risau satu minggu sampah tak diangkat. Inilah pertama kali dia buat aduan kebersihan kawasan. Kalau tidak, tak taulah apa nak jadi. . Dan banyak-banyak  terima kasih...lain kali jangan buat kami tertunggu-tertunggu..satu penyiksaan tau!