Jangan membazir

Sudah seminggu kami menjeling-jeling dalam kesejukan di dalam peti ais. Pada mulanya kami  adalah antara bekalan makanan yang dibawa oleh rombongan ke Kompleks Haji Kelana Jaya.  Rendang daging menjadi lawan kami. Oleh kerana ada menu lain menjadi pilihan maka kami yang tinggal dibawa balik ke rumah. Tapi yang tertera di atas bukan imej kami tapi imej rakan-rakan kami diambil dari Google. Terima kasih ye tuan empunya.
Lalu satu pagi sedang kami kesejukan dalam peti, kami dikeluarkan. Terdengar ada orang nak menerai (try) resepi soto ayam ezza@makcik blogger. Siapa lagi kalau bukan Kak HN, tuan punya blog ini. Mudah saje buatnya...tak guna rempah soto tapi guna 2 paket rempah sup adabi plus 1 paket rempah kurma. Yang berminat nak cuba ,silalah singgah ke 'rumah' ezza (dia sedang sibuk sekarang ni). Lalu setelah kami dibelah empat, diperhangatkan dalam microwave, kami dimandikan dengan sup soto ayam ezza. Oh bukan, imej di atas bukan kami tapi diambil dari google juga. TQ juga tuannya. Kak HN Tak sempat nak ambil gambar. Kami dihiasi juga dengan pergedel serta air  lada kicap pedas. Ooooops, tukang masak terlupa beli taugeh dan terlupa tabur bawang goreng. Patutlah macam ada  yang tak kena.Tak apa, tak ada taugeh dan bawang goreng  sup soto ezza sedap ada ummmph! Habis ke kami dimakan? Tak, ada lagi, maka tinggallah mana-mana yang ada dalam peti ais. Tak kuat makan rupanya umat di rumah BC ini!!
Imej ini di 'crop' daripada imej asal ezza yang sedang menayangkan sup soto ayamnya.
Hari ini ......pagi tadi.....kami semua dikitar semula lagi. Kali ini dijadikan pula menu lontong goreng. Kami tahu satu cara aje makan lontong..dengan kuah lodeh (ingat lagu lama 'lodeh mak lodeh, lodeh anak pak salleh'...). Rupanya boleh digoreng dengan campuran daging kisar, udang, telur. Sekali lagi kami di belah kecil dan badan kami disaluti dengan campuran berlada tadi. Itu gambar kami, lontong goreng diolah oleh mummy si Iddin. Nampaknya, riwayat kami sampai di sini saje..tunggu next episode...kan umat di BC tak ramai dan pulak tu tak kuat makan? Ke mana kita lepas ini ye?
Ketupat, ketupat....bermula bersama rendang, buat soto nasi, akhirnya lontong goreng. Masih ada lebihan...alahai!

Berkelana

25/10/20. kami ke sini, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.
untuk menghantar adik dan kakak, antara tetamu Allah tahun ini. Doa selamat dibaca oleh Imam (berkain pelekat)
Sampai di Kelana Jaya, jam 5 petang. Belum ramai di bawah khemah yang disediakan. Apa-apa pun makan dulu. Ini rombongan Melaka, buka 'gerai'..ada nasi himpit dengan rendang, nasi lemak, epok-epok, kuih talam, ayam goreng
Dah bertambah ramai, relaks-relaks menunggu masa
Senja,masih berkelana. Rasa suka. Mana tidaknya lama sudah menunggu  'jemputan'.
Rasa-rasa nak ikut!
Malam....Masih menunggu dengan sabar
Hanya doa mengiringi pemergian 
Hampir jam 10 malam  tadi, terima panggillan daripada kakak...dari Mekah.. 'The Mesjid is 800m from where we are staying. I cannot see the mosque but I can see the top of the clock tower'. Kami sebenarnya adalah  pengikut senyap (silent follower) blog CL...tu yang tahu pasal clock tower yang baru dibina (kata CL, pekerjanya 9 orang dari Melaka). Berapa jauh ye 800m?  Suara kakak, ceria, suara aunty pun kedengaran suka. Seronoknya mereka.Saya berazam InsyaAllah akan sampai ke 'sana' lagi satu hari ini, mudah-mudahan dipermudahkanNya. Klik, kli, tinjau, tinjau  Mekah dan Medinah pada Google Earth buat tika ini.

Macam mana?

Ini rupanya pintu gate baru rumah BC, 'besi tempawan'
bermotifkan linkaran bunga ros dan daun.
Sahabat bertanya "mengapa kak nora tak cat warna pagar sama dengan gate?'
Kan ada dedaun hijau, matching lah tu.
Projek tahun depanlah pulak.

Pandangan muka. Tiang pagar yang baru dicat, terpaksa di makeup semula.
Sekarang tak perlu lah tolak-tolak pagar lagi.
Kata Mr Goh, bos gate auto "jaga-jaga jangan ada batu di besi roller"
Jadi pagi tadi dah kak kais  batu-batu sepanjang besi roller.


Bunga ros kuning melingkar dengan dedaun hijau.
Kata adik indon yang kraf design ini
"Bunga ros merah sudah biasa orang buat, kuning lebih terang"
Kata kakak "Nantilah balik haji nak cat warna merah, barulah padan dengan tembok merah"

Apa-apa pun kami puas hati.
Sekarang tunggu Ah Nam cat tiang pagar.
Janji nya hari ini nak datang.



Tergendala juga

Salam.
Sah, memory stick saya ada virus.
Avira dah sahkan, dia blocked
'for your safety'
katanya.
So teman-teman,
nampaknya tergendalalah kerja-kerja loading
nak tunjuk suasana jerebu sekitar rumah,
nak kongsi lauk pauk enak jamuan kecil-kecilan dua tiga hari ini,
nak pamer 'pintu gate' baru pengganti yang lama.
Nak tanya.....
macam mana memory stick boleh diserang virus?
Sesiapa boleh bantu?
 Hu, Hu, Hu, sedihnya...
Nampaknya kena dapatkan MS yang baru.