Jerebu di Melaka Maju

Salam.
Jerebu masih melanda negeri maju ini.
Saya nak tempekkan gambar suasana jerebu  sekitar rumah BC...ada pula amaran 'virus found, virus found' muncul pada skrin monitor. Ek? Macam mana pula ada virus pada memory stick, ek?
Katanya jerebu yang berlaku adalah akibat daripada kebakaran terbuka di negeai jiran   nun...seberang laut sana. Asapnya ditiup ke negara kita oleh angin barat daya. Itulah hidup berjiran. Kadang-kadang bila jiran sebelah rumah bakar daun-daun kering atau sampah, kita disebelah rumah pun akan dapat rasa kepulan asap. Seluruh rumah berbau asap.Itu, di di laman rumah, ada daun-daun kering pokok buluh merah yang baru dicantas . Cadang nak bakar. Kalau dibakar tentu cantik apinya, sebab daunnya dah kering sangat. Tak maulah saya menambah masalah pencemaran udara, keadaan jerebu , kansel ajelah cadangan. Orang-orang kampung suka bakar sampah, lebih-lebih waktu senja. Kata mereka asap boleh halau nyamuk. Ah, ah, di Melaka pun teruk juga kes demam denggi.Boleh juga ini menjadi satu cara untuk melawan 'kawasan kita diserang denggi'.

Minggu ini, suasana di rumah busy jugalah dikunjungi tetamu. Tetamu kakak. Kawan-kawan kakak, 'anak-anak murid kelas bahasa Al Quran' buat kunjungan ziarah 'cikgu' kerana 'cikgu' Isnin hadapan akan berangkat ke Tanah Suci. Adalah hidangan untuk tetamu. Pagi tadi, ada hidangan bubur tebak, apam kelapa,
ubi sira air gula macam bubur. Tapi semua ini 'anak murid' yang bawa. Ada saya ambil gambar, tapi masalah nya 'virus found. virus found'. Ahad yang lalu, di rumah adik ada kenduri doa selamat. Adik pun akan ke menunaikan haji buat kali pertama. Wah lauk pauknya sedaaapnya....daging masak asam pedas, gulai pisang, pajeri mangga, ayam goreng rempah, kerabu mangga, sambal belacan bersama pelbagai ulam, goreng ikan kering dan bermacam-bermacam kuih. Tetamu pun ramai yang hadir walaupun dibuat secara kecil-kecilan.

Okeylah, sekian update saya. Saya nak relaks, relaks.....nak baca buku pula..

Oh ye, 20102010...Negeri Melaka Negara Maju....tahniah rakyat Melaka.....
Melaka terus maju, terus makmur ke arah teknologi hijau. Bila?Tahun 2020!

Saya ke Stadium Hang Jebat, Kerubung???
Takkkkkk, baik saya duduk di rumah...
Jerebu dah!

Mari mengecat

Salam,
Moh, mengecat.
mengecat apa?
mengecat pagar hadapan rumah.
Pagar masih kukuh, kuat, teguh!!
Kata Ah Nam "Jangan buang duit, pagar boleh tahan 10 tahun lagi"
Baguslah, Ah Nam, dia ingatkan kita jimat cermat, belanja berhemah.
(ataupun buat pagar rumah bukan area dia)
Jadi, dia datang dengan pekerjanya.
satu hari siap projek mengecat pagar.
Tapi Ah Nam
bila nak siap 'main gate?'
Kata awak hujung minggu ini!
Kita tunggu...


Tembok sebelah kiri, sebelum, sebelah kanan..sesudah

Team work...sekejap siap kerja

Kerja tak banyak tapi pekerja ramai.
store dan garage nampak gagah!

Ini dia 'clubhouse'(kononnya), kalau letak kerusi meja comel
boleh jadi cafe, jual nasi lemak, mee rebus...

Itulah dia projek mencantikkan pagar rumah,
sekarang tunggu pemasangan pintu pagar utama.
yang sedia ada dah keluar daripada railing,
adoooh...penatnya tolak setiap pagi

Tahniah!

Salam.
NENEK BERJAYA RAIH IJAZAH PH.D
terpampang di dada salah sebuah akhbar semalam.
Eh..macam kenal aje.
Memang saya kenal!
Pn Siti Safariah binti Abdullah, tahniah ,tahniah, tahniah!!!
Sungguh gigih anda berpegang kepada prinsip
'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'
Rajinnya mengejar ilmu dalam usia 'golden girls'
Satu contoh semangat yang sangat baik,
(dalam bersara, belajar lagi, urgh!)
Tahniah juga kepada Ustz Che Pee Saad (tentu sebagai pendorong)
Ustz Che Pee pernah dalam satu team saya, Jabatan Ilmu Pendidikan,
 di Maktab Perguruan Islam, PJ
Kalau tak silap, beliau juga pemegang Ph.D


TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Akhirnya
dengan izin Allah, berkat kesabaran, usaha dan doa
akan berangkatlah ke Tanah Suci
my sis n bro
sebagai tetamu Allah musim Haji tahun ini.
Mereka akan berangkat bersama my aunty and son (di KL).
Semoga angah, Shau, Mami Hasni dan Roslan
(juga semua jemaah yang terpilih musim ini)
selamat berangkat ke Tanah Suci,
selamat menunaikan ibadat haji dengan sempurna
selamat kembali ke tanah air,
semoga mendapat haji mabrur.
Ameeen....




Me, Bro, Sis
Jaga diri baik-baik, ye!

Apa khabar

Salam,
Rumah dah lama siap.
Store baru seminggu siap.
Apa lagi.....menahan penuh kesabaran, menunggu....
Siapa kontraktor nya?
Kita beri nama kontraktor 'F' ...hasil kerja atas daya usaha, boleh ditrima
tapi cara kerja perlu belajar lagi..a long way to go, 'F'. Yelah kontraktor kecil mana nak lawan pemaju rumah. tapi itu bukan alasan..cara kerja mesti betul.
Dah tau kena kejar masa, mula lah kerja awal.jam 8.00 pagi..ini tak.. tengahari, kadang-kadang tak datang langsung...tapi syukur, dia tak lari...seperti yang berlaku kepada jiran selang 3 rumah.
2 kontraktor lari..tinggalkan projek...cuma naik bumbung  gerai makan bukan buat store atau rumah. Rugi jiran saya . Tak tau apa sebab kontraktor lari. Tapi sekarang bumbung dah naik cantik bila dia kontraktor lain ambil alih.

Tak ape lah. Store n garage rumah BC dah siap. Barang-barang yang kami tumpang di rumah transit telah pun di'store'kan ke dalam rumah baru dengan bantuan siapa kalau bukan abang bangla (yang kami kenal). Budak-budak di rumah pun nampak suka ada 'clubhouse' untuk mereka main-main waktu petang (kena lah kosongkan ruang lerak kereta)

Penat. Tak habis-habis penat. Baru baik demam.  Tiga hari badan terasa lemah. Hilang selera makan. Sekarang sedang nak pulihkan semula selera makan. Itu yang tak blog lama. Tak larat. Dah tak boleh seaktif macam dulu lagi nampaknya. Supplemen ambil. EPA, DHA lah, spirulina lah. Susu kambing lah, Kena buat execise nampaknya. Dah lama saya 'rehat'kan  part ni . Buat kerja kena slow-slow nampaknya. Tadi pagi setelah menyapu dan mop rumah (belakang aje), baring kejap.

Naik taraf rumah BC sampai ke fasa ke tiga.
Ah, ah, ada fasa...yang melambatkan tu dia projek store n garage.
JY dah buat survey.. nak buat projek bumi hijau..nak tanam sayur, cili, tomato..
Hey..siapa nak layan pokok-pokok tu?

Halaman rumah masih bersepah dengan batu, pasir..tak terurus.
Inilah projek seterusnya...
Landscape......apa yang sesuai???