Rutin Ramadhan

Salam.
Sudah 4 hari umat Islam menjalani ibadat puasa bulan Ramadhan.
Cepat masa berlalu, bukan?
Hari semakin pendek, cepat pagi dan cepat malam
Apa rutin harian?

Pagi tadarus, jam 9.00 pagi - 12.00 th
Cuba baca sebaik mana (sangkaan kita) 
 Banyak pula  ditegur oleh mentor.
Sudah sampai Juzuk ke lapan
@ 2 Juzuk sehari, 
Kata mentor mulai minggu depan, baca 3 Juzuk sehari.
Balik  rumah, buka Al Quran terjemahan
Nak tahu juga apa yang dibaca tadi.

Menjelang petang,
Sibuk di dapur?
Oh, tidak.......rihat-rihat aje,
Layan blog sambil jeling-jeling TV
Tak boleh singgah blog masak memasak,
Tergoda nanti .....
Buatlah apa yang patut.
Yang masak ialah yang rajin ke dapur, masak kesukaan anak-anak
Nak ekstra? Ke pasar Ramadhan nampaknya.
Tapi saya belum lagi teroka pasar Ramadhan,
Nantilah esok-esok bila teringin ...

7.22 pm, Masa berbuka, cukup dengan yang ringan-ringan
Tak penuh meja seperti dulu-dulu!.
 Minuman mesti yang panas (takut perut terperanjat) untuk saya
ada juga yang sejuk, air sirap bandung misalnya.

Lepas solat maghrib, bersiap-siap pula ke Mesjid Selat
Sebuah mesjid indah, di tepi laut, di Pulau Melaka.
Jam 8.00 sampai dimesjid.
Isyak, Terawih, Witir.....jam 9.45 malam.
Terawih 8 rakaat + 3 rakaat witir.
Balik....sampai di rumah...
Snack, supper sikit. atau makan nasi...mata mengantuk, badan letih....tidur...zzzzzzzzzz

4.30 pagi. siap-siap untuk sahur..makan nasi untuk tenaga, alas perut.
Menjelang subuh, layan TV...tengok ulangan Nur Kasih...
Selepas Solat Subuh.......lalu,  zzzzzzz
Jam 8.00 pagi bersiap-siap
dan ulangan rutin harian.
Tetapi
Rutin ini akan berubah
menjelang raya.
.
Pengubahsuain rumah BC,
Hampir siap tapi banyak lagi perlu diambil tindakan
Aduh.....penatnya nanti nak mengemas rumah!!!!!.
Ada sesiapa nak bantu?

Kalau hati sudah suka








Lokasi di BBB Selangor. Sudah lama saya mendengar SITI  KHADIJAH. Saya tahu melalui rancangan WHI dan melalui akhbar serta laman webnya. Baru saya jumpa di BBB. Hati tertarik dengan pakaian muslimah yang disediakan.khasnya telekung yang designnya simple tapi menarik. Ada juga disediakan kelengkapan pakaian muslimah untuk haji atau umrah. Semuanya berwarna putih. Kebetulan, baru 2 hari di buka. di BBB. Ada special offer dan ada 'free gift'.

..
Ada jubah, blouse panjang, seliper, sandal., mini telekung ...semuanya khas untuk Muslimah.
Berkenan juga di hati....


Kakak siap promosi telekung inovasi era baru.















 .Setelah membelek, itu, ini, tengok harga... lumayan , boleh tahan juga....tapi apa salahnya, 
Hati sudah berkenan, apa lagi dengan layanan special dari puan punya butik sendiri, 
Pn Fadillah (nombor dua dari kiri),seorang yang lemah lembut tapi tegas orangnya.
Beliau sendiri yang merekacipta telekung inovasi era baru ini. 
Jangan tak beli, nanti termimpi-mimpi.
Okeylah...slash saje...
Telekung SITI KHADIJAH sudah aku miliki! Kakak juga begitu dan SIL bantu posing :}

Hari esok, InsyaAllah, kita akan mula berpuasa Ramadhan 1431H.
Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua pengunjung  muslim sekelian,
semoga amalan kita pada bulan yang penuh berkat ini  ini diterima  Allah SWT.
Aaamiin......

nStar

Salam,

Hari Selasa, malam Rabu.

Lokasi,  sepanjang highway AMJ (Alor Gajah, Melaka, Jasin) - Muar... perjalanan pulang dari Batu Pahat.

Nampak sebutir bintang jelas, terang di langit hitam. Sebutir aje yang jelas, mungkin ada yang lain tapi tak kelihatan. Betul-betul di atas, hadapan menuju ke utara (bagi kami menuju ke Melaka dari selatan).

Tanya JY: Nampak bintang sebutir itu?
Katanya lagi: Itu namanya North Star (lalu saya terbayangkan kasut sukan jenama "North Star").
Jawab saya:  Tak pernah perasan bintang sebutir ini. Tau kasut sport BATA*
Kata JY lagi pada saya (yang tak tahu bidang kaji bintang), North Star menjadi panduan navigation dalam pelayaran bagi kelasi-kelasi kapal-kapal, nelayan-nelayan atau bagi mereka yang sesat dalam hutan, kafilah di padang pasir....sebagai pandu arah kalau tak ada kompas.

'Tengok bintang tu', kata JY lagi, "sekarang kita ke utara, kita ke north west, north east, ke utara semula' dan mata saya tertumpu ke satu-satunya bintang utara ini! Satu pelajaran astronomi :=)

Teringat saya lagu tahun 60'an, 'Look for a Star'. Dengar liriknya.....'there's  a friend who's waiting to guide you, look for a star'.....

Mari kita dengar ..

.

@K5



Gaji pertama. Dia 'buka table', belanja kaum kerabat yang ada. tak ramai pun, famili BC, 3 orang, famili PT 5 orang, famili Taman Kenang, 3 orang...11 orang aje.  Di mana,Lan nak belanja ni? 
Di K 5 (nama glam warung berkonsep wakaf dalam taman) Lokasi : Semabok, Melaka
.Sambil makan, dengar  nasihat.....pengurusan kewangan!
Hidangan lazat, pilihan masing-masing
keropok, nasi lemak, lemping kelapa, set masak asam ikan kembong,
kwayteow goreng basah , ubi kayu rebus cicah sambal , teh o laici
nasi goreng cina, nasi goreng kampung (dua-dua tiadadalam gambar)


Posted by Picasa
Mengapa cepat benar nak belanja makan, Azlan? Tunggulah 2,3 bulan lagi, lagi banyak, lagi besar kita makan. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak, Lan, belanja kami, tak pe, makan kecik-kecik, simple, simple, yang penting dapat merasa belanjan Azlan. Lain kali naik gaji, belanja lagi tau!. Anyway, Azlan, anak saudara saya, anak kepada my younger brother, baru dapat kerja di MMU, So gaji pertama, belanjalah  kan. (Oooops saya lupa apa saya buat dengan gaji pertama saya?) Minggu depan hari konvo dia pula. Syukur kami  kepada Allah SWT dan TAHNIAH Mohd Azlan bin Shaukani, tahniah daripada kami semua. Jangan lupa bayar balik PTPN!!!Akhirnya berjaya Azlan memegang segulung ijazah syang diidamkan, setelah berusaha kuat selama in,  melalui cabaran dengan gigih.
We are proud of and happy for you!!!!