Salam semua,
Terkejut saya menerima berita perginya Datin Norharizan binti Daud ke Rahmatullah petang Rabu, semalam. Saya tidak percaya, berulang-ulang saya buat kepastian daripada Pn Faridah K. Saya terbayang wajah lemah lembutnya menunjukkan saya beberapa keratan lakaran sudut-sudut landskap di sekolah, hasil idea kreatif beliau. 'Zan' (panggilan saya) merupakan seorang guru Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu di SMK Tengku Afzan, Kuantan, seorang guru yang kreatif dan innovatif, berdedikasi dan berdisiplin. Selain daripada menjadi guru kelas yang disayangi pelajar, guru mata pelajaran, beliau adalah guru keceriaan sekolah. Beliau tegas menjalankan tanggungjawab menceriakan sekolah, dengan bantuan team dan pekerja sekolah. Banyak landscape yang menarik di kawasan sekolah, warna warni' dengan pelbagai bunga yang menarik dan tumbuhan menghijau. Blok-blok bangunan sekolah juga diberi nama bunga. Terdapat berbagai-bagai taman di kawasan sekolah, siap dengan pondok wakaf, pondok bacaan, 'fountain', pergola. Semua sudut sekolah dan bilik darjah menjadi ceria dengan idea kreatif Zan. Apa-apa yang hendak dibuatnya, pasti dilakarkan terlebih dahulu dan minta pendapat saya. Saya beri beliau kebebasan mereka cipta dan meluahkan apa yang beliau rasa perlu di sekolah. SMKTA begitu ceria dan beberapa kali jadi johan pertandingan keceriaan sekolah. Memang tugas saya dalam keceriaan sekolah amat ringan dengan adanya Datin Norharizan. Banyak lagi kisah-kisah manis bersama arwah. Saya ingat majlis persaraan saya juga diatur oleh beliau. Saya dihantar ke pintu besar sekolah dengan menaiki 'buggy' dan ditabur dengan bunga-bunga sepanjang jalan. Saya ingat kagi bagaimana beliau buat surprise bila saya tiba sahaja di pintu besar sebuah hotel untuk majlis makan malam persaraan, saya diarak macam princess siap dengan 'crown'.
Zan, you will be missed by the rest of the Afzan team. Saya pasti banyak lagi idea-idea dan projek yang 'bukan-bukan' (yang tak terfikir oleh orang lain)yang Zan ada untuk mencantikkan sekolah Afzan. Banyak Zan telah korbankan demi SMKTA. You must be tired. Banyak peninggalan Zan di sekolah yang akan menjadi kenangan warga SMKTA. Hasil lukisan Zan ada tergantung di rumah di Bukit Sekilau, ucapan dan tanda tangan zan masih ada, tidak saya padam. Anda tetap diingati. Anda tetap dirindui.Terima kasih, Zan. Semoga Allah sahaja yang membalas segala usaha Zan. We love you but Allah lebih menyanyangi mu. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Zan dan meletakkan Zan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga roh Zan aman bersemadi di alam seterunya. Selamat tinggal Zan. Al Fatihah.....
Al Fatihah juga untuk Ustaz Mohamad Asri bin Ibrahim (Rabbani).....terngiang-ngiang nasyid "PERGI tAK KEMBALI"
Di Melaka
Saya dah balik semula ke Melaka, 'tempat tumpah darah kita'. Sekolah No.3 tutup seminggu akibat H1N1. Jadi, layyyyyaaaaaaannnnn kerenah dia, main bola tendang masuk gol, main spelling 'Hangman', ajak main lari rounders....sorry...'.lutut Nak Lang tak kuat.' Sekarang ni selesema sikit, pakai mask dan dah ambil pun medication. No.3 boring...Layan juga dia main....
Al fatihah
Pagi ini, terima talipon ...terkejut juga,
Jumpa beliau baru seminggu yang lalu dan pagi ini terima berita.......berita sedih,
Cg Norkhairiah, former teacher SMK Tengku Afzan, Kuantan, yang sakit kanser payu dara meninggal dunia pagi tadi di KL. Saya sempat menziarahi arwah hari Isnin minggu lalu di HTAA ,semasa di Kuantan. Keadaan arwah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.' Kami beri beliau kata-kata semangat menghadapi ujian Allah. Nampak beliau positif. Tetapi Allah SWT maha berkuasa. Al Fatihah buat Cik Norkhairiah, semoga Norkhairiah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan roh beliau bersemadi dengan aman di alam seterusnya.
Kak Nora: Al Fatihah buat Norki, teringat masa sesi fotografi di sekolah Afzan, beliau yang sibuk sebagai jurufoto sekolah baik untuk majalah sekolah dan juga aktiviti lain, serious tapi mesra.
Cetusan rasa
Salam bahagia,
Saya tertarik dengan artikel di bawah yang diambil dari akhbar Sinar, Khamis 6 Ogos 2009. Artikel ini adalah cetusan rasa Abd.Jalil Ali.
Baca dan Renung lah...
Kisah ‘Bangsar South’ dan Batang Berjuntai
Bangsar south? Seorang teman dari Kuala Terengganu yang baru tiba di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, bertanya. Belum sempat saya menjawab, guru pencen itu bertanya lagi, "Kenapa tidak Bangsar Selatan?"
Dia sebenarnya melihat beberapa papan tanda penunjuk arah yang tertulis ‘Bangsar South’ ketika saya membawanya melawat Kampung Kerinchi di Bangsar, sebelum mengajaknya ke Stadium Bukit Jalil untuk menyertai Pesta Anak Terengganu.
Bangsar South adalah sebahagian dari Kampung Kerinchi. Entah siapa yang mencadangkan nama Bangsar South tidak pula dapat dipastikan. Apa yang pasti mereka yang memilih istilah Bangsar South itu ternyata tidak peka dengan bahasa Melayu. Kalau dia peka tentu tidak ada Bangsar South, tetapi Bangsar Selatan.
Orang kita memang tidak suka nama Malaysia. Mungkin pada hemat mereka sekiranya guna istilah ‘south’ akan kedengaran lebih hebat. Nama-nama Melayu sudah tidak sesuai digunakan zaman sekarang, tidak ada nilai komersial. Kalau guna Bangsar Selatan koman sangat bunyinya.
Sebab itulah agaknya nama-nama bangunan terkenal di ibu negara lebih ditonjolkan dalam bahasa asing. Contohnya, kalau sebut PDDP tentu orang tidak tahu, sebab bangunan ibu pejabat UMNO itu lebih dikenali dengan PWTC atau Putra World Trade Center. Jarang orang menyebut Pusat Dagangan Dunia Putra atau PDDP.
Orang lebih mengenali Kuala Lumpur City Center (KLCC). Kalau tanya pemandu teksi di mana Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur, pasti dia geleng-geleng kepala. Kalau sebut PBRKL pasti pemandu teksi itu tercenggang kebingungan. Sebab KLCC yang biasa ditonjolkan.
Jika anda memberitahu pemandu teksi anda hendak ke LTAKL, pasti dia tidak tahu. Tetapi jika anda kata KLIA semua orang tahu. Sebab sejak mula lagi kita mengenalkan pangkalan udara di Sepang itu sebagai Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan bukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL).
Sekarang jika disebut Bukit Bintang, masih ada yang tahu. Tetapi kawasan membeli belah terkenal itu kini lebih dikenali dengan Star Hill. Perhatikan bangunan dan toko-toko terkenal di kawasan tersebut, tidak ada satu pun nama Melayu. Semuanya nama barat, khasnya Inggeris.
Penulis masih ingat ketika mula-mula ke KL awal 70an dulu, ada sekian banyak jalan-jalan utama menggunakan nama Inggeris. Jalan Mountbatten, Jalan Campbell, Jalan Hale, Jalan Lornei, Jalan Parry dan sebagainya.
Semangat patriotisme tinggi waktu itu, dan semua jalan-jalan yang menggunakan nama penjajah itu ditukar kepada nama Malaysia. Jalan Mountbatten ditukar kepada Jalan Tun Perak, Jalan Campbell menjadi Jalan Dang Wangi, Jalan Hale kini Jalan Raja Abdullah, Jalan Lornie (Jalan Klang Lama), Jalan Parry (Jalan P. Ramlee).
Apakah setelah setengah abad menyedut udara merdeka, semangat patriotisme kita semakin mengendur hinggakan kita menukar pula nama-nama berbau kemalaysiaan kepada nama Inggeris? Bangsar South dan Star Hill adalah contoh paling jelas.
Sebelum Bangsar South kita ada Salak South. Kita ada Bandar Tasik Selatan (Cheras) yang lebih biasa disebut South Lake City. Bukit Damansara kedengaraan tidak hebat, lalu orang lebih megah menyebutnya Damansara Height. Dataran Merdeka pun kini lebih sedap disebut Merdeka Square.
Kalau boleh tukar sahaja Bangsar South menjadi Bangsar Selatan. Kalau tidak boleh janganlah ‘wabak’ Bangsar South itu dibiarkan merebak di tempat-tempat lain pula. Takut satu hari nanti semua nama tempat dan taman perumahan sekitar KL ditukar kepada nama barat.
Lebih malang lagi sekiranya kecenderungan menukar nama asal ke nama Inggeris itu menular ke luar KL termasuk di kampung-kampung terpencil. Di kampung saya di Ulu Muar sebuah gerai di tempat makan awam Pekan Bukit Gambir sudah pun menjenamakan semula gerai popular itu menjadi ‘Selera de Gambir’. Takut-takut tidak lama lagi nama Kampung Sungai Ekor tempat kelahiran saya ditukar menjadi ‘River Tail Village’.
Betapa halnya jika Alor Gajah (Melaka) satu hari nanti ditukar menjadi ‘Elephant Track’, Bukit Pelanduk (Negeri Sembilan) ditukar menjadi ‘Deer Hill’, Sungai Siput (Perak) tiba-tiba menjadi ‘Snail River’, dan Batang Berjuntai (Selangor) ditukar menjadi ‘Hanging Trunk’.
Sahabat dari Terengganu bangga sebab katanya Negeri Penyu itu mengekalkan nama-nama asal. Dia terdiam apabila saya memberitahunya Pantai Mok Nik berhampiran Kemaman telah ditukar menjadi ‘Monica Bay’. Bila pula Mok Nik jadi Monica? Takut-takut satu hari nanti Pantai Batu Buruk ditukar menjadi ‘Beach of Rotten Rock’!
Harap-harap golongan pejuang bahasa Melayu, termasuk kumpulan yang bermati-matian berusaha memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengambil berat hal-hal Bangsar South dan ‘Snail River’. Dan,mudah-mudahn Batang Berjuntai dengan nama klasik itu terus dikekalkan.
Kak Nora: Cincin di Jasin, Melaka......'Cincinnati, Ohio, USA.
Perak ada Slim River!
Okey, jumpa lagi!

Subscribe to:
Posts (Atom)