Tiananmen Square n The Forbidden City, dua lagi tempat bersejarah, terletak di tengah-tengah Beijing. Oh.... mesti pergi, sah ke Negara China! Ramai pelancong dalam dan luar negeri. Tiananmen Square, dataran ketiga terbesar di dunia. Di sinilah berlakunya rusuhan Tiananmen Square Protest 1989. Terdapat juga Mao Zedong Mausoleum, National Museum of China, Great Hall of the People, dan Monument to the People's Heroes.
|
JOM IKUT SAYA |
|
TIANANMEN SQUARE |
Kami menapak ke kompleks Forbidden City...kompleks istana Emperor China masa dahulu
Kompleks di Raja ini juga sangat luas. Kami tidak pergi ke semua bangunan, cuma ke tempat yang menarik sahaja seperti pejabat di Raja, bilik tidur Emperor..penat tau berjalan. Harus hati-hati jangan asyik ambil gambar, leka..tercicir nanti dengan rombongan. Layan gambar, okey. Semua gambar kredit kepada kakak sebab saya terdelete yang saya punya. Harunya!!
|
Di kompleks Istana Forbidden City |
|
Berbaris ke Tiananmen Square |
|
Patung ku sangka dia..The Forbidden city |
|
Menunggu masuk istana |
|
Dalam Forbidden City, ada kawasan sedang di 'renovate' |
|
Saya bukan pengawal ye. |
Imej sekumpulan pengawal, muda-muda belia remaja, berbaris untuk menjalankan tugas. Mereka akan berdiri tegak macam patung, tak bergerak pun. Bayangkan, ada seketika saya lihat di simpang jalan, pengawal yang sedang mengawal sebuah bangunan di bandar Beijing, berdiri tegak, muka nya toleh ke kanan ke kiri macam wiper kereta. Hai, membosankan! Nak buat macam mana? Tak nak buat, ramai lagi pengganti!
Dalam ramai-ramai manusia di mana-mana pun di China, susah kita nampak wanita mengandung. Yelah, amalan one baby masih berjalan. Juga kanak-kanak pun boleh dikira, sukar nak lihat kanak-kanak berlari sana sini, tak macam di negara kita. Di sana nampak yang dewasa dan warga emas yang memang emas,hee, hee...semuanya satu bangsa!!
|
Penyeri Tiannamen Square. Kompleks Museum seberang sana. |
|
Sukanya mereka |