Pecal n Sengkuang

Salam sejahtera pembaca ku sekelian.
Cerita makan- makan lagi.
Di sini ada  dua menu yang ingin saya perkenalkan. Mungkin ada sudah tahu dan pernah rasa,

Pertama, saya terjumpa  kiosk jual makanan di Foodcourt Tesco Pringgit. Kiosknya comel dan kemas dan menyediakan Yong Taufoo, Rojak Singapore dan ada satu yang saya belum perna cuba.

Comel dan kemas dan menarik,  Puan empunya gerai. sedia membantu.
.Nasi himpit bersama kangkung, taugeh, sengkuang, timun, tauhu dan telur rebus.
Siram kuah  kacang.
Jadilah dia LONTONG PECAL


Ini menu kedua.
Pagi tadi saya hadir Majlis Doa Kesyukuran di sebuah rumah di Taman Bukit Baru Jaya.
Ada kiosk special



Pernah rasa SENGKUANG CALIT?
Yummy yummy...
(makanan orang ada gigi !!)

Hirisan sengkuang disapu otak udang manis, Ditaburi dengan kacang tanah goreng ditumbuk.
SENGKUANG CALIT , menu lama dihidupkan kembali
dengan cara menarik.
Maaf, patut imej ini tegak. Bila upload , baring pula dia!

Pecal, nasi himpit, sengkuang boleh diubahsuai cipta rasa
dijadikan resepi baru.
Selamat berhujung minggu!




Dieya, mesti suka!!!


Just for you, dieya

Seberang Sg Melaka
Kini di buka, dekat jambatan

Nek Rock!

Bukan untuk Nek Ngah, jangan salah sangka!

'Melaka' terkenal seantero dunia

Mee mamak dan cendol

Jom kita singgah makan mee goreng dan sate di gerai tepi Sg Melaka di Kpg Jawa (kampung dalam bandar!}. Wah, ambil order cepat..kami pesan mee goreng mamak dan sate ayam dan kerang. Duduklah menunggu....tunggu...dan tunggu....Tetapi kami kecewa.. Lebih 30 minit berlalu, pesanan, tak sampai-sampai. Minuman pun tak dihantar. Bila kami tanya, kata seorang pelayannya, kena tunggu turn. Aiseh (agaknya 'I say'), hantarlah minuman dulu. Tak puas hati dengan layanan, okeylah, ambil keputusan, cancel pesanan,
Ke mana kita?

Kita  ke gerai 'Gappur' mamak cendol di Jalan Kee Ann. Kalau anda pembaca dari Melaka tentu anda kenal tempat ini, gerai tepi jalan, hampir dengan tapak  panggung Lido(dah tak de pun sekarang).

Gappur off duty. Anaknya  yang sediakan minuman
 mesra pelanggan
Sedap  mee goreng mamak diiringi  cendol kacang merah.
Sudah lama tak makan!
Di sebelah gerai Gappur, ada gerai  Minang jual  kuih apam balik 'mengkabau'
dan kuih apam 'Jepun'..boleh pilih inti kacang merah
 atau nenas.

Tak dapat makan mee gerai tepi sungai, ada alternatif...gerai Gappur mee mamak dan cendol tepi jalan.
Sambil menunggu dan menunggu pesanan di kedai tepi sungai, saya rakam gambar ini. Setentang dengan kedai ini terdapat sebuah bengkel atau kedai comel buat terompah.  Nak beli terompah, bolehlah ke sana...Sebenarnya, kalau kita rajin teroka Kapung Jawa, macam -macam ada.....

Masih kekal seperti dulu


Jalan-jalan, makan-makan

Salam sejahtera.
Dalam lawatan rombongan Cik Kiah ke Singapura, makanan disediakan oleh agen (Tn Hj Marwan)
Hari pertama....B/L/D
Hari kedua.......B/D . Lunch sendirian berhad

Hari pertama, untuk sarapan...nasi lemak (siap dari Melaka, makan dalam bas)
Bila di S'pore, Hjh Marwan menempah makanan di Restoren Hjh Maimunah,  memang  terkenal  dan popular di sana.

Waktu lunch  di Hh Maimunah Restoren
Menu makan tengahari
Masakan Minang..gulai nangka,  ayam goreng, oreng kangkung, sambal belacan,kentang goreng cili
rendang daging, telur dadar
Menu makan makam
Minang lagi. Antaranya...Tahu goreng cili, lobak cina goreng, pergedel, gulai pucuk ubi, 

Hari kedua,
Sepatutnya kami breakfast di Hajah Maimunah. Menunya .nasi lemak, lagi. Gerai-gerai makan di Pasar Geylng Serai (dekat aje) 'memanggil' kami untuk mencuba masakan orang Singapura. Akhirnya kami sekata, nasi lemak ditapau saje. Bila lagi orang Melaka nak rasa masakan orang Singapura, kan? Ramailah Cik Kiah mendondon ke gerai-gerai yang terletak di bahagian atas Pasar Geylang Serai. Apa teringin nak makan, makan. Saya dah rasa Mee Rebus Singapura, Soto, Lontong . Kali ini nak cuba Mee Siam S'pore.

Beratur di Warong Solo...macam-macam ada

Ini rupanya Mee Siam S'pore.

Puas dapat merasa masakan orang Singapura


Untuk lunch, kami makanlah nasi lemak Hjh Maimunah yang ditapau tadi.
Sebelum bergerak pulang ke Melaka, Cik Kiah-Cik Kiah semuanya merasa pula Murtabak Singapura, juga terkenal. Tapau, bawa balik lagi, umtuk suami, untuk anak, untuk cucu.Terlupa pula  nak ambil gambar murtabak ini.

Makan malam di JB... kali ini Cik Kiah dibawa makan di Singgah Selalu....menu ala Thai.


Okeylah. Sekarang dah time makan .

Jalan-jalan, 'shopping-shopping'

Jam 12 malam tadi sampai ke rumah.
2H1M di Kota "mengaum"...S-I-N-G-A-P-U-R-A

Dah saya katakan. saya cuma jalan-jalan tukar angin, memerhati aktiviti shopping
Cik Kiah yang lain, habis shopping.......berbelanja sakan
Sempat juga tinjau apa yang ado di Pasar Geylang Serai

Singgah Joo Chiat...beli
Singgah Pasar Geylang Serai, beli
Singgah Orchard Road , beli
Singgah Bugis Street beli, beli
Singgah Mustapha, ronda dan beli
Singgah Arab Street, beli
Oh ye, singgah di Merlion Park pun beli!
Beli apa? Aiskrim sandwich roti!!

Apalah yang cik Kiah beli di Kota Singa ini? Kan di negara kita ada....

Tekstil...oh...di Singapore kain ela  seperti  cotton, lace dsbnya...import.tak sama kualiti dengan yang ada di negara kita.
Cokelat,...yang tak terdapat di negara kita...beli untuk cucu-cucu dan budak-budak di rumah
baju...,yang siap, T shirt 'I love Singapore juga untuk suami dan anak-anak cucu.
cenderahati..seperti .fridge magnet,  3 for SD10, juga untuk anak-anak, saudara dan rakan-rakan
kopi...kopi campuran kopi Malaysia dan Indonesia..sedap sangat hingga boleh gigit serbuknya

Pak Amin (tour guide Spore) mempromosi kopi  paling sedap!
Lagi?
Beg shopping...nak isi barang-barang yang telah dibeli (beg sudah beranak dah)
Beg tangan.....berbagai fesyen buat  kenangan...
Murtabak Singapura......mesti beli , orang di rumah nak rasa juga

Apabila  berbelanja, jangan tukar SD ke RM
Nanti tak jadi beli!
Tapi Cik Kiah kita berbelanja, ikut kemampuan
Hanya beli apa yang patut sebagai buah tangan,

Cuaca di S'pura...hujan...ada kala lebat, ada masa renyai, ada masa redup....
Non, mari kite berpayung

Itulah sebab acara banyak indoor...shopping...
Kalau tak beli, 'window shopping ' aje

Rombongan Cik Kiah ini kurang minat  melawat tempat 'tourist attraction'
Atau mungkin tak sempat?
Hanya berfoto di Merlion Park, wajib dalam lawatan


Memang sahlah "shopping tour'
Sekali sekala ke negara orang, ke seberang laut....

Selamat tinggal..lepas ni ke mana kita?







Ke Singapura lagi

Salam sejahtera semua.
Benar, saya akan makan angin ke Singapura sekali lagi, hujung minggu ini, naik bas.
Kali ini bersama rombongan Cik Kiah Bukit Baru, Melaka pula.
2H1M di Kota Singa. Apa ada di sana?
Macam-macam ada. Tapi saya saja suka-suka, relaks-relaks. Pesara katakan...
Program kali ini agak berlainan dengan program ke Singapura bersama Cik Kiah Kuantan.
Tapi kalau dah Cik Kiah, shopping  tak tinggal.
Okeylah....3.00 pagi hari Sabtu kena bangun..ooooo...nak bergerak jam 4.00 pagi nanti!!!

2 1/2 jam sampai lah.



Jom naik keretapi

Kesiannya budak-budak ini....
Tak pernah naik keretapi.
Naik gerabak keratapi antik dan statik ini pun bolehlah!
Keretapi zaman dulu!!

Bye, bye...
Bye mummy....iddin pergi dulu...ke akademi bolasepak
Dua beradik merasa diri dalam keretapi sebenar...kesiannya

Kukusan Inovasi

nak kukus 3, 4 butir je. Kukusan yang ada, besar.
Buat ginilah.
dan ini hasilnya,
eh, 5 butir kuih pau pelbagai rasa untuk minum petang.
Terima kasih Cik Hjh Kamariah, penyelamat keadaan.
Terima kasih juga pemberian kuih pau air tangan sendiri.

Koi: Makan time!!!

Ku tunggu dan menunggu.......ah..dia datang....
macam kilat koi  'rushing' sekumpulan menanti makanan
ada yang buka mulut di permukaan air,
jinak...
Makan time!!
Rebut, rebut
 berebut bijian pellet makanan ikan
kejat, kejar...siapa dapat dulu!
Jom ramai-ramai  'rush' pula ke air terjun.
sana banyak makanan  terkumpul

Suka perhati telatah  koi waktu 'feeding time'


13.1.2013: Hari bersejarah Nur Aisyah

Baju comel hadiah Nek Yan (emak abah)
Baju cute hadiah Oppa (emak ibu)
Tak taulah mana satu Aisyah nak pakai  masa majlis berendoi nanti.

Ibu, Aisyah nak pakai empat-empat baju tu lah. Tukar-tukar, macam pengantin.

 Kan hari tu nanti majlis meraikan Aisyah. 
Famili semua nak perkenalkan Aisyah kepada saudara mara dan sahabat handai. 
Berendoi...first time naik buaian...
Aisyah suka di buai dalam 'cradle in the garden'
 berendoi, diringi nazam...nazam berendoi.
'nazam dimulakan dengan Bismillah.......'

Lepas tu ada majlis cukur jambul diiringi pula dengan selawat nabi dan marhaban
Yang sebelah tepi tu, atuk saya, Sibuk ambik gambar
Tok Lang sedang gunting sikit rambut Aisyah sambil berdoa.

Ada hadrah. 
Sedaplah iringan muzik dimainkan oleh nenek-nenek LKPI Melaka Tengah

Ada bacaan doa selamat dan kenduri akikah. Eeeeeee......sukanya Aisyah.
Nenek-nenek kawan-kawan nek Ngah menjamu selera dengan masakan Tok Tapa.

Ini abah dan ibu. Aisyah sayang abah dan ibu
Sedapnya, dalam dakapan ibu/
Ini pula bersama Mami T, Nek Ngah, Nek Lang dan Uni Iman. Love you all!!
Aisyah dah tukar baju!

Terima kasih semua kerana meraikan Aisyah dengan acara gilang gemilang ni. Aisyah tak akan lupa hari bersejarah ini. Doakan Aisyah panjang umur, sihat selalu. jadi anak yang solehah, berjasa kepada orang tua dan dalam lindungan Allah SWT sentiasa. Ameen. Terima kasih kepada Datuk, Nenek, Tok Wan, Oppa(bukan Gangnam style tau!)...semualah, tak dapat nak senaraikan stu persatu.  Terima kasih, thank you...semoga Allah SWT membalas segala budi baik kalian.

Hebat!

Si durian belanda

Salam sejahtera.
Tahukah anda?
Maklumat saya ambil dari  email website Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

dulu n kini

Salam sejahtera.
Dari atas Bkt St Paul,
dulu....padang Banda Hilir....padang bola sepak di Melaka, aman tenang
kini....lihatlah...Dataran Pahlawan ganti padang...shopping....sibuk, sesak



Gabungan peninggalan bangunan sejarah dan moden.
Boleh anda kenalpasti bangunan-bangunan tersebut?