KIRIMAN

Terima acar buah air tangan classmate form 6 dulu, Sapurah, yang tinggal di Batu Pahat. Sejak tamat Tkn6 di SAB KL, tak pernah kami bersua muka atau bertukar khabar. Baru-baru ini baru dapat berhubung semula dalam groupchat watsapp member classmate. Terima kasih Sapurah, semoga diberkati. Tetapi saya belum rasa lagi sebab saya di Kuantan. Imej acar buah sapurah kiriman kakak di Melaka. Satu bekas berkabus sebab baru keluar dari fridge.
Cantik tulisan Sapurah, masih sama.... Kakak juga kirim imej sayur bendir yang runcing jarinya. Lama saya tunggu pokok bendir ini mengeluarkan hasil. Ini adalah hasil pokok bendir yang menjadi. Sebab ada yang bantut,dan tak mau membesar. Kata yang pakar, 'tanam dalam pasu mana pokok nak besau' hihihi....Pokok yang menjadi ini pun hanya 2 batang. Jadilah merasa hasil pertama, buat sayur masak asam pedas ikan tenggiri. Tak pelah biarlah orang di Melaka rasa dahulu.
Suka ye, duduk jauh-jauh ini dapat kiriman, tak kiralah sms ke, watsapp ke, telegram ke......masih diingati!! Terima kasih Angah atas berita terkini ^oo^

RESEPI MUDAH

Cendawan tiram pemberian seorang sahabat banyak sungguh. Berlebihan. Dah masak sebahagian, ada lagi. Terima kasih atas cadangan resepi yang sesuai untuk cendawan tiram. Baru tadi untuk makan malam, saya masak sup cendawan, ayam goreng kunyit, buat sambal belacan cili api.Mudahkan. Untuk sup cendawan saya tumbuk 3 ulas bawang merah bersama 2 ulas bawang putih, Halia tak de stok. Sediakan sedikit kulit kayu manis dan sup bunjut. Cendawan direndam, Kemudian dicuci bersih untuk menghilangkan pasir-pasir yang tersangkut di celah-celah cendawan.Maklumlah cendawan 'fresh from the farm' belum bersih seperti kita beli dikedai. Hiris daging ayam sikit. Potong wedge sebiji buah tomato, nak beri warna pada sup nanti. Itu saje bahan-bahannya. Tak pula saya masuk sayur-sayur lain, nanti jadi sup sayur pula. Daun bawang dan sup, tiada stok. Bila dah siap semua, panas sedikit minyak. Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Bila dah naik bau, masukkan air ikut banyak yang kita hendak. Masukkan sup bunjut dan hirisan daging ayam.Biar mereneh (betul, term ini?) Kecilkan api, masukkan cendawan dan tomato wedges. Rasa garam ye. Ini dia sup cendawan tiram saya...
Bila dihidang, komen 'juri', lain kali tak payah tumis, terus guna air....

PENCINTA ILMU

Saya petik
'Kata pujangga, 
"Tidak dinamakan manusia kecuali kerana lupanya." '

Kerap dengar
dalam kelas Bahasa al Quran
(Kakak cikgunya)
"tak ingatlah Kak N. Dah usia gini"
"Hari tu ingat, hari ni lupa"
Ini masalah lupa pelajaran nahu BA.
Berulang diajar, lupa!
Aduhai....sabarnya cikgu .

Bagaimana pula dah usia gini
dah warga emas
nak ingat ayat-ayat Al Quran
Baru nak menghafaz ayat-ayat lazim
Atau
beberapa ayat dalam sesuatu surah.
Atau
nak hafaz sesuatu surah Al Quran
Ada kaedah dan tekniknya.
Ah...mungkin buku ini boleh membantu!!!
Baru kita tahu
Hebatnya kuasa hafazan.




Sesuai untuk semua peringkat umur.

PANGGIL CIK MIL, CIK TEH DATANG

Tentu anda  pernah mengalami peristiwa yang sama.
Tadi kami (saya dan en suami) ke sebuah restoren di Jln Beserah, Kuantan.
Saya masih kenyang, Rasa penat dan mengantuk pun ada.(sebab hari ini telah melalui satu perjalanan yang jauh dari Melaka ke Kuantan melalui KL)Tak lah order makanan. 
Saya minta 'Milo Tarik kurang manis'
Yang datang Teh Tarik ada rasa manis.
Nak dikembalikan.....atau
Minum dan rasalah kesannya nanti
:
:
:

Akibatnya dah jam 11.45 malam, mata segar, tak mengantuk..
Rasalah.....
Itu yang hadap PC update posting Sekilau1.
HuHuHu.....

PERKONGSIAN: KHASIAT KACANG PANJANG

Maklumat dari FB
hihihi....jangan marah
akak boleh ber Fb,  ya adik-adik
pesara tegar
 ^____^

Saya: Abang ada kencing manis?
Abang: Check baru ni, dua doktor tu bertelingkah, Sorang kata ada , sorang lagi kata tak de.
Saya: Tengok cuba baca ni...
Abang: Boleh cuba...jom ke pasar cari kacang panjang.
Saya : Eeee, boleh telan ke?

Saya pula sekarang rajin memang serajinnya makan ot. Dulu 2 sudu sebagai cubaan, sekarang 4 sudu. Cara saya....4 sudu oat + 1 sudu madu + susu rendah lemak secukupnya. Ambil sebagai sarapan sebelum 'berkebun' di laman. Kalau lapar, sebelum tidur, makan lagi. Moga-moga boleh membantu mengurangkan kolestrol.



Itu saje perkongsian kali ini,


WW: KONICIWA


Amal ada keluarga angkat di Nagoya, Jepun!


KENANGAN MUSIM BUNGA

Pagi tadi setelah sarapan Mee Rebus Johor di Permatang Pasir (sebenarnya ronda cari pokok-pokok berbunga, tak de) kami melencong  ke Bukit Baru. Apa lagi nak bergambar kenangan musim bunga di Melaka. Konon-konon di Korea..ha ha.....perasan!







Hebat....tak bergambar kenangan...rugi!

JALANRAYA ADA BUNGA

Tak pernah tengok jalan raya berseri ceria seperti ini. 
Tahun ini,menjadi pula pokok-pokok ini berbunga....putih, unggu, pink... cantiiiiiikkknya.
Musim bunga, musim 'spring'   
di Malaysia??

Imej pokok-pokok berbunga lebat ini saya rakam dari dalam kereta tengahari tadi dalam perjalanan ke Air Keroh.
Tak dapat nak tengok dengan dekat  kuntum bunganya,
adakah 'sakura'? 'cherry blossoms'?
tertanya-tanya juga....
Kalaulah ada pokok-pokok ini di tepi jalan rumah saya, 
tentu berseri tetapi
hai, penatlah pula nak sapu bunga-bunga kering yang gugur ke laman. 
Lapisan bunga yang gugur tebal seperti carpet!







Ini baru di Bukit Baru Melaka
Moh kita ke tempat lain, 
(bukan Korea atau Jepun)
cari pemandangan 
'spring' di Melaka
boleh 'posing posing'
Pemandangan yang ingin ku lihat!!!

SAYA ANAK MELAKA


Kisah & Sejarah Di Sebalik Kesibukan Jalan Bendahara

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 9:45 AM

Jalan Bendahara atau Wolferstan Road di Melaka adalah kawasan sibuk yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.
  (Ubah saiz teks)
JALAN Bendahara di Melaka yang merupakan salah satu daripada jalan utama di bandar bersejarah ini dinamakan selepas Tun Perak, yang terkenal
sebagai sebahagian besar dalam istana Kesultanan Melayu Melaka memegang jawatan tersebut.

Ahli-ahli sejarah telah mengesan perkataan bendahara sebagai perkataan  Sanskrit  'bhandarin' yang bermaksud penjaga kedai.

Perdagangan memainkan peranan penting dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, dengan Bendahara memainkan peranan sebagai bendahari diraja ,
selain menjadi ketua pegawai mahkamah, pemimpin tentera dan golongan petani.

Kedudukan Bendahara adalah yang kedua di bawah Sultan dari segi status, kuasa, dan pengaruh.

Tun Perak memegang pangkat tersebut di bawah empat raja yang memerintah iaitu Sultan Muzzafar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Ri'ayat Shah dan
Sultan Mahmud Shah.

Namun, terdapat juga satu lagi jalan utama yang dinamakan Jalan Tun Perak iaitu dari persimpangan Jalan Malim ke Jalan Gajah Berang/Jalan Hang Tuah.

Jadi, sebagai tambahan untuk memperingati Tun Perak, boleh juga dianggap bahawa Jalan Bendahara telah dinamakan bagi mengenang jasa mereka yang
lain yang pernah memegang jawatan itu tetapi tidak begitu terkenal seperti Tun Perpatih Tulus, Raden Bagus, Raden Anum, Tun Perpatih Besar, Tun
Perpatih Sedang dan Tun Perpatih Putih.

Namun, penduduk yang telah lama tinggal di Melaka mengenalinya dengan namanya yang terdahulu iaitu Wolferstan Road.

Littleton Pipe Wolferstan tiba di Tanah Melayu sebagai kadet di pejabat kolonial British pada 3 Disember 1889 dan telah berkhidmat dalam pelbagai
jawatan di Pulau Pinang, Singapura dan Kedah sebelum dilantik sebagai Residen Melaka selama empat penggal antara 1910 dan 1920.

Tugas terakhir beliau dalam perkhidmatan penjajah ialah sebagai Residen Majlis di Melaka yang mana ia lebih dihormati.

Pada 9 Mac 1922, seminggu sebelum Wolferstan bersara, satu majlis makan malam dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Cina Melaka dan  Persatuan Orang Cina Peranakan-British sebagai memberi penghormatan kepadanya.

Dalam ucapan penghormatan, pemimpin SCBA Tan Cheng Lock, (kemudian mengasaskan MCA) berkata Melaka pada waktu itu sudah berkembang dan
mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah perkhidmatan perubatan yang lebih baik, lampu elektrik, jalan raya dan sebagainya.

Selain kaya dengan budaya dan masakan, Jalan Bendahara juga kaya dengan sejarah, yang melibatkan gabungan kesucian dan unsur duniawi yang
dikaitkan dengan kebaikan dan juga kezaliman.

Salah satu tempat ibadat di negeri itu ialah gereja yang terletak di jalan tersebut dan di hujung jalan pula terdapat tempat untuk bersuka ria dan melakukan maksiat.

Di permulaan jalan, iaitu di persimpangan Bunga Raya Pantai, terdapat Gereja St Peter yang merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia yang
dibina pada 1710.
Gereja St Peter merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia terletak di Jalan Bendahara.
Gereja itu menjadi tempat yang paling sesak semasa sambutan keagamaan bagi penganut Katolik tempatan dan masyarakat Portugis Melaka.

Di persimpangan Jalan Munshi Abdullah, terdapat Dewan Persatuan Kebajikan Meng Seng yang dicat dengan warna kelabu.

Tidak ramai yang tahu sumbangannya dalam sejarah masyarakat tempatan dan kepada kelahiran negara.

Persatuan itu yang ditubuhkan pada Jun 1923, pada mulanya terletak di sebuah rumah kedai di Lorong Bukit China sebelum berpindah ke Kee Ann Road
dan kemudian ke Bunga Raya.

Penduduk tempatan telah pergi ke dewan persatuan itu untuk bantuan perubatan, persembahan kebudayaan dan membaca buku yang disediakan oleh
perpustakaan bebas. Terdapat juga sekolah malam untuk orang dewasa.

Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1941 tetapi tidak lama selepas dirasmikan, pendudukan Jepun telah mengubahnya dari tempat yang mulia
kepada sebuah lubuk hitam.

Ia menjadi tempat Kempeitai dari Jepun yang amat ditakuti dan tempat di mana kalangan pemimpin Cina tempatan dibunuh termasuklah anggota
jawatankuasa persatuan Ong Teck Ghee, Lim Tai Tian dan 50 ahli biasa.

Dewan ini juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk merdeka. Pada awal tahun 1954, Tunku Abdul Rahman pulang dari London dengan rasa sedih
dan kecewa selepas misi pertamanya gagal mendapat kemerdekaan.

Tunku memanggil mesyuarat tergempar di Melaka bagi meneruskan perjuangan dan satu-satunya tempat yang cukup besar untuk menampung bilangan besar
orang-orang yang hadir adalah di dewan tersebut.

Dewan ini memainkan peranan penting kepada penduduk Melaka, juga terhadap sejarah kemerdekaan negara.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Apabila helaian kain dihulurkan untuk mengutip derma, orang ramai memberikan barang kemas mereka, rantai
emas, cincin, kerongsang dan barangan lain seumpamamnya termasuklah jam tangan dan wang tunai.

Jumlah wang yang dikutip amat memberangsangkan dalam usaha yang sama di seluruh negara, membolehkan Tunku membuat satu lagi kunjungan yang lebih
berjaya pada April 1954.

Di seberang jalan permulaan Jalan Bendahara dulunya terdapat dua mercu tanda besar.

Di sebelah kanannya adalah Capitol Theatre yang agung dan sebuah banglo yang indah milik Chan Koon Cheng, seorang pedagang terkenal Melaka yang
membina kekayaan sebagai seorang penanam getah.

Rumah agam Chan Koon Cheng kekal hingga ke hari ini, lengkap dengan pintu masuk dengan pengawal patung singa, dengan ciri seni bina indah walaupun
ia menjadi cawangan CIMB.

Malangnya teater Capitol telah musnah. Teater filem yang paling meninggalkan kesan dari zaman kanak-kanak saya kini terbiar.

Tetapi sebelum ia dijadikan pawagam, bangunan ini mempunyai sejarah yang berwarna-warni sebagai Dewan Tarian Capitol yang dibuka pada tahun 1936.

Terdapat tarian setiap malam,dengan tarian rancak, Foxtrot, tango dan cha cha menjadi kegilaan ketika itu.

'Tea dance' diadakan pada hari Khamis dan Sabtu.

Lantainya telah diterangi oleh lampu oren dan hijau yang tersembunyi dalam siling, satu pencapaian teknologi pada masa itu, manakala sistem bunyinya
dikatakan antara yang terbaik di negara ini.

Penulis Inggeris dan penyair Hugo Williams mengabadikan dewan ini dalam bukunya 'All the Time in The World'.

Jalan Bendahara juga dipenuhi dengan bar dan hotel dan pada separuh jalan di sebelah kiri terdapat apa yang dipanggil penduduk tempatan sebagai "Pulau Kelapa", sebuah kampung setinggan di mana maksiat menjadi perniagaan utama.

Semasa pertengahan 60-an, Jalan Bendahara juga mendapat kemasyhuran kerana mempunyai bangunan paling lama yang tertinggi di bandar iaitu rumah pangsa majlis perbandaran sembilan tingkat.

Dalam era 60-an, bangunan rumah pangsa ini menjadi bangunan paling tinggi di Melaka.
Hari ini, Jalan Bendahara, atau persimpangannya dengan Jalan Temenggong, adalah yang paling terkenal dengan adanya "Little India" Melaka.

Kebanyakan perniagaan tradisional India yang menjual barang kemas , pakaian sari dan pakaian lain, barangan runcit, barang-barang sembahyang
dan bunga, terletak di kedua-dua belah jalan.

Kedai-kedai makan daun pisang yang paling popular di bandar ini juga boleh didapati di kawasan itu.

Kedai yang tertua adalah Sri Lakshmi Villas yang dibina pada tahun 1962, yang menyajikan makanan vegetarian dan bukan vegetarian sebagai tambahan
kepada tosai, idli dan makanan tradisional lain. Ia dimiliki pemilik yang sama, K. Periakaruppan aka PK, 79.

Restoran daun pisang tertua di Little India, Melaka.
Lebih dari lima dekad, restoran itu telah melihat perubahan Wolferstan Road yang kini menjadi kawasan sibuk bagi penduduk tempatan dan tempat
yang mesti dilawati untuk pelancong.

PK memiliki Sri Lakshmi Villas, restoran tertua Selatan India di "Little India" Melaka.

PANG PUNG PANG PUNG

Pang pang pang pang....
begitulah riuh dan bingitnya suasana bila  dia  memukul kompang waktu dulu, beberapa tahun dulu.
Pantang nampak kompang, dia mula memukul, hentam saje lah....
pang, pang, pang (pung nya tak de!!!!)
"Iddin...bisinglah, sakit telinga....' jerit kami bila dia mula memukul.
Terpaksa kami sembunyi kompang atau pun kata 'kompang tu Nek Timah yang punya, nanti rosak!

Tetapi lihatlah sekarang, "Iddin kepten kompang sekolah. Kata Ustz (guru pembimbing) Iddin boleh selamatkan kawan kalau dia orang salah pukul"
Oh....dalam diam jadi ahli kompang di sekolah rupanya dan jadi ketua pula tu, Hebat Iddin ini!
Kali ini barulah sedap pukulannya
Pang pung, pang pung...........pang pang pung pung
Pagi tadi pasukan kompang sekolah Iddin telah mengambil bahagian dalam pertandingan kompang. Seperti biasa mummy dan daddy ambil masa untuk memberi sokongan dan semangat kepada Iddin dan rakan-rakan. Nek Langnya terlupa......


Iddin no 3 dari kanan

Kata mummy ' sekolah kampung hebat-hebat' tetapi pasukan Iddin pun hebat juga.
Wah , banyak juga sumbangan Iddin kepada sekolah....olahraga, merentas desa, wakil boling sekolah, jadi kepten bola sepak sekolah, jadi kepten pasukan kompang sekolah....ada lagi nek lang tertinggal?
"Ah, nanti Hari Guru ambil bahagian menyanyi pula lah...hiburkan cikgu-cikgu..."

Okey, aktiviti kokorikulum dah sampai target. Lepas ni mesti tumpu kepada UPSR pula, okey.