SIEM REAP: TONLE SAP YANG PERNAH KU PELAJARI

Tasik Tonle Sap, tasik air tawar yang terbesar si Asia Tenggara. Selama saya belajar dan mengajar Geografi, inilah tasik yang selalu disebut-sebut. Tetapi kini saya telah menjelajahi Tasik Tonle Sap 
( sap = tawar) sewaktu 4H3M di Kemboja (Phnom Penh-Siem Reap)  25 hngga 28 mei yang lalu.





Di pengkalan tasik. Masa pergi musim kering. Tasik cetek. Tetapi kalau musim tengkujuh, air boleh meningkat sampai 13 m!Tasik bertambah lebar. Kawasan daratan banjir.  Nampak tak laluan macam sungai? Ia bukan sungai tetapi sebahagian tasik. Kita melalui laluan tersebut ke tasik sebenar.



Oleh kerana airnya cetek bot-bot yang yang berselisih masuk dan keluar pengkalan mesti membuat 'adjustment' ambil laluan tengah. Ada masa nak tergesel antara satu bot dengan yang lain. Air tasik macam teh tarik!!! Tetapi tak ada sampah pun!!!!

Selepas lebih kurang 20 minit ber 'bot'  menyusur 'sungai' di 'air keroh' maka berjumpalah kampung terapong



Perjalanan diteruskan ke 'lautan' tasik. Kehidupan yang paling simple. Semuanya di "laut"






Baru 1/4 tasik 'lautan' dijelajahi. Kalau diteruskan lagi......seperti "lautan" air semakin bergelombang.


Matahari sudah mula hendak menghilangkan  diri, bot kami 'u-turn' ke pengkalan membawa beribu kenangan dan keinsafan.



Terima kasih Allah kerana mengizinkan  aku ke mari.
Sungguh agongnya ciptaan Ilahi......


Banyak lagi cerita Tonle Sap ini. Gugel aje ye....

MAKAN ANGIN LAGI


Seperti biasa, saya akan buat tinjauan di alam maya  cerita-cerita  mereka yang pernah ke sana.
Semoga dipermudahkanNya perjalanan kami...Aamiin


NIKMATNYA, CUTI DAN JUS MANGGA

7.00 pagi. Jalan masih sunyi, tak pe lah saya nak 'exercise' juga.
Saya mula 'morning walk' laluan biasa.
Sampai di jalan berhampiran sekolah, 
sekolah sunyi. 
Jam dah 7.15 pgi..
Ini mesti cuti lagi. Cuti apa pula kali ini?
Singgah di BB untuk beli sarapan.
"B, mengapa sekolah sunyi?"
"Hari ni cuti" jawab BB
"Cuti apa ?"
"Cuti Hari Wesak!"
"Cuti lagi....."
Wah, beruntung rakyat Malaysia. Nikmatnya. Banyak sekali cuti am dalam setahun!!

Beli sarapan pagi ni dari BB.
Bawa pulang nasi dagang, nasi himpit kuah kacang,  lepat pisang dan karipap. Ha...untuk makan berdua.


Musim buah mangga sekarang.
Hari-hari saya buat jus mangga. Hmmmmm......teringat jus mangga sewaktu mengerjakan haji dahulu.
'Very pure, thick n sweet' rasanya. Setiap kali balik dari masjid, mesti singgah di sudut jual jus mangga yang terletak di kaki lima hotel tempat penginapan. Oh...dah bertahun lamanya. Hotel itu pun dah 'Inna lillah'

Sebakul buah mangga (ada epal hijau 2 biji)

Sebiji mangga dikupas, dikisar  bersama  ais kiub....
dapat 2 gelas. 
Sudah tentu 'thick n pure'
Sarapan: jus mangga + nasi himpit Alhamdulillah.....nikmatnya.

Update!!

Lokasi: di sebuah 'juice corner' di Makkah
Kakak saya (blogger puterihanglipoh) sedang memenuhi idaman jus mangga. Nikmatnya!!!

SEDIHNYA





Tanpa disedari, air mata mengalir....
Doa kami ...semoga roh arwah bapak dan emak aman di dunia sana.
Aamiin......

RABU YANG SENYAP

Pagi. Selak langsir tingkap. 
Dah pukul 7.15 pagi.  Mengapa jalan raya sunyi dan senyap? Sepi?
Agaknya murid-murid sekolah berhampiran ikut jalan lain.
Rancangan saya , pagi ini nak ke mesin ATM di UTC.
Pukul 9.00 pagi keluar rumah.
Jalanraya lengang, Tak banyak kereta seperti hari-hari sekolah biasa.
Di 'traffic light' pun tak ada  kenderaan berderetan panjang menunggu arahan lampu isyarat.
Mengapa kedai-kedai tutup? Buka pukul 10.00 pagi nanti agaknya.
Saya terus ke parkir UTC.
Nampak parkir kosong Tak ada kereta parkir. Saya  cuba cari kalau-kalau  ada papan maklumat  mengatakan 'parkir nak digunakan, sila parkir di tempat lain' atau pun 'tidak boleh parkir di sini lagi'
Mana manusianya?
Turun kereta  dan dengan yakin  melangkah ke bangunan UTC.
Dari jauh nampak Pak Guard UTC, melambai-lambai tangan dengan isyarat  pangkah (cross)
'Tutup...tutup' teriak dia.
"Mengapa?' saya jerit kembali, hairan,
"Hari HOL!" dia menjawab.
"OMG!! Cuti Hari Hol? Patutlah senyap sepi!"
Seorang pekerja pasaraya berdekatan lalu  dan  berkata kepada saya "Kak, hari ni cuti umum, public holiday, Hari Hol Pahang......" sambil tersenyum.
'Terima kasih adik, akak ni pesara, hari-hari cuti. Tak tahu pula hari ni Hari Hol Pahang'
Saya beredar dari parkir UTC..... malu juga rasanya.
En suami pun tak tau hari ini cuti Hari Hol. Hihi...
Itulah dia kisah saya dengan Rabu yang senyap.
LOL!

dari FB Kuantan

PERTEMUAN 3 BLOGGER

Pertemuan ini tidak dirancang sama sekali. Allah yang menentukan.
 Sabtu yang lalu.
Makcik blogger ni kan suka ke sana sini menemani suaminya PA (the ol' rascal), Bila saya tahu mereka berada di kawasan 'Ganu kite '(Marang) saya pelawalah mereka  singgah Kuantan dalam perjalanan pulang nanti.
Lama juga saya tunggu 'calling-calling'  makcik ni. Dah hampr senja.
'Dah ada di Kuantan tunggu  pengurusan check in hotel.' mesej LINE dia.
Rancangan makan malam bersama diganti dengan sarapan esok paginya, Ahad.,
Kami berjumpa di hotel. Aduh......dipeluk saya erat....memang mesra sentiasa ^oo^

Ezza@makcik blogger  in the house!!!
  Kami ke 'cendawan farm'
dengan beg 'herrot' nya
PA dengan 'close shot;nya


bimbit hasil tuaian  cendawan  tiram 

PA berminat ke?



bergambar kenangan, barulah seimbang
kalau tidak, begini rupanya.,

Ezza semakin besar, saya gitu-gitu juga
Pertemuan yang mesra, dah seperti  saudara , saya 'alang'  Ezzah...'anak saudara'
Terima kasih Ezza dan PA, sudi singgah rumah Alang.
Lain kali In Sya Allah,  kita jumpa lagi,  okey!

PENCARIAN PASU 'STRAWBERRY'

Sudah lama saya mencari pasu stawberry. Rupanya begini....


Pasu tinggi yang mempunyai beberapa lubang sederhana besar di sekelilingnya.  Bukannya saya nak tanam strawberry tetapi ......saya cari imej dari google...ah...macam imej ini



 Unik, bukan?
BFF saya ada 3 pasu ini di laman rumahnya. Siap ditanam dengan pelbagai pokok dicelah-celah lubang yang ada. BFF kata pasu dibeli di Ipoh. Di Kuantan, ada tak?
Kami pun merayau ke nurseri-nurseri di bandar. Tau tak, penjual di nurseri kami singgah tak pernah dengar dan tak tahu 'strawberry pot' tu apa!!!! LOL...
BFF teringat dia pernah lalu di sebuah tapak yang menjual pasu sahaja. Letaknya di pinggir bandar.


Bila sampai di sana. tutup pula. Kami jengok ke dalam kawasan berpagar dan 'scan' antara pasu-pasu yang ada. Ha.......ada !!Kami ulang kali kedua. Pintu pagar bermangga lagi. ....
Lalu BFF siasat dari pengawal kilang yang terletak bersebelahan. BFF dapatkan  info tuan punya dan contact no.
Satu pagi, seperti yang dirancangkan, saya ke sana .  Dan inilah tuan punya .....

Puan Hajah bersama cucu, Farhanah. Sebenarnya beliau ada gerai makan yang 'berkhidmat' untuk pekerja-pekerja  kilang di sebelah. Tapak pasunya buka separuh hari sahaja, pagi. Pasu-pasu yang ada adalah stok lama. Bolehlah, harga pun berpatutan. Farhana menerangkan mereka sekarang menjual anak pokok di pasar tani. Pasu-pasu dipesan dari Ipoh rupanya.

Walaupun pasu strawberry 'Ipoh mali' yang ada tidak seperti dalam imej google,  pada saya, bolehlah.... Saya suka juga pasu-pasu berbentuk  'bakul'

Sekarang dah ada pasu, nak tanam pokok bunga apa ye? Jenis daun? Berbunga?

SENAMAN PAGI LAGI

Sabtu. Pagi. Kali ini saya brisk walk di Perkampungan BS sambil merakam suasana waktu pagi  Masih pagi lagi. Masih sunyi. Aman. Segar. Lagi pula hari Sabtu. Tenanglah jalan mendaki  bukit.

 Penduduk  masih di dalam rumah. Kedengaran juga bunyi suara TV...Tanyalah Ustaz......
tetapi anak ayam turunnya enam dah keluar cari makan!
Hah,,,,ini dia pokok mempelam atau mangga. Muda lagi, belum masak. Ada beberapa pokok di tepi jalan.


Bergayutan mempelam muda. Entah masam entah manis. Rezeki siapakah mempelam ini?
Ada juga pokok jambu air. Tetapi buahnya masih kecil

 Pokok rambutan pun sedang berputik
 Nampak juga pokok ciku yang buahnya tidak begitu lebat.
Begitulah kalau kita ada halaman sendiri. Boleh tanam pokok apa yang kita suka. Tetapi kemungkinan besar pokok-pokok yang terdapat di halaman 'jiran-jiran ' di bukit ini dari biji buah yang dicampak satu masa dulu atau dibawa oleh burung. Kalau yang ditanam sendiri dari tunas sudah tentu buahnya dijaga dengan baik, di balut dengan kertas supaya tidak dimakan unggas atau burung.
Setelah 30 minit naik bukit dan turun bukit, saya singgah di kedai BB untuk beli sarapan.


 Setiap pagi siap sedia pelbagai kuih dan makanan. Kuih tradisional dan moden seperti piza dan donut yang dijual, telah siap sedia dalam plastik. Makanan 'berat'juga siap berbungkus, bukan dengan  'old newspaper'. Pilihlah apa yang berkenan,ikut selera kita....ada nasi kerabu, pelbagai nasi lemak, nasi impit, nasi minyak, mee/mi hun/kwayteow goireng, laksam, laksa......siapa cepat, dia dapat. Lambat, habis. Sememangnya, BB menjadi tumpuan lebih-pebih lagi sesi persekolahan.


Laluan balik ke rumah, ikut jalan besar. Ini lah Masjid perkampungan ini. Dengar berita tak lama hendak diroboh. Masyarakat sini akan dapat masjid baru!
Salah satu landskap di perkarangan masjid/ Pokok bunga kertas lebat bunganya.

45 minit senaman pagi. Segar badan rasanya. Tetapi hujung minggu dan hari cuti sahaja yang sesuai mendaki perkampungan ini. Hari lain, sibuk.......