EKSPO BUKU ISLAM PAHANG
Pagi tadi kami meluangkan masa di Kuantan Parade, Kuantan meninjau buku-buku agama di Ekspo Buku Islam Pahang. Banyak jugalah penerbit buku agama tanah air mengambil bahagian, Banyak buku yang menarik dijual dengan harga special. Ada juga promosi tudung Dr Muhaya. Itu yang tersusun bertingkat ialah Al Quran khas untuk muslimah, ala tas tangan. Ada juga gerai wakaf Al Quran. Bagi sesiapa yang berhajat untuk waqaf Quran untuk sekolah tahfiz, masjid dan seumpamanya, bolehlah berbuat demikian. Bukan sahaja ada buku agama, ada juga buku-buku resepi masakan. Pada saya , browse di internet aje lah! Mungkinkah saya ke sana lagi? Ekspo akan berakhir 6 Oktober 2013 ini.
MASUK RUMAH BARU
Pagi tadi saya hadir majlis 'masuk rumah baru' di sebuah rumah di Taman TAS Damai ,Kuantan. Hanya majlis kecil-kecilan sahaja yang di hadiri oleh kumpulan marhaban seramai 10 orang. Saya tumpang sekaki.
Kami membaca surah Al Baqarah, Surah Yassin diikuti dengan bacaan tahlil. Sementara menunggu hidangan jamuan siap , sebagai pengisian masa, kumpulan ustazah ini ber marhaban pula.
Terima kasih kepada puan rumah serta keluarga atas sumbangan dan jamuan. Semoga diberkati dan di lindungi Allah SWT. Ameen.
Kami mohon perlindungan mu, Ya Allah..
Ustazah mengetuai membaca doa |
bersedia |
Hjh Maznah dengan 'Ya Hanana' nya, |
Kenangan bersama Kak Saba yang juga suka melancong |
Ustazah dan ahli yang dapat hadir. Duduk di hujung kanan dan kiri, 'menyempil' |
Nasi baryani special order.....yummy yummy |
Dua beradik sekarang berjiran. Kiri, bonda puan rumah. Kanan, bonda blogger KENANGANKU. |
Everyday: A Day With A Road Sweeper
SELEPAS 45 TAHUN
'Kemesraan' antara kami pelajar Tingakatan 6 di Sekolah Aminuddin Baki, (SAB) Kampung Pandan, KL 45 tahun dahulu selalu terbayang.
Kami first batch Form 6 di sana. Kiranya peneroka, pembuka jalan,
45 tahun kemudian....'sound of laughter' pada Sabtu, 21 Sept 2013.....
Di Bandar Baru Bangi...jam 12.00th
Atas inisiatif Sdra Temuk (blogger Nukilan) kami berjumpa semula di satu majlis reunion di rumah Temuk di BBB. Tercari-cari juga rumah walaupun arahan pada peta jelas. Masuk saje ke ruang tamu...nampak wajah-wajah 'warga emas putih'.Gembira saya berjumpa sahabat se tingkatan. Ramai yang lelaki. Tidak semua dapat hadir. Sahabat perempuan yang hadir, 3 orang sahaja, Kak Siti, Zahrah Ahmad dan saya. Ada yang bawa spouse. Mereka dari KL, BBB. Saya seorang 'outstation'. Saya tidak pasti, tak boleh recall wajah-wajah yang saya tidak jumpa sekian lama. Air mata gembira mengalir. Terharu!!Namun demikian kami tidak lupa beberapa teman setingkatan yang telah dijemput Allah SWT terlebih dahulu. Al Fatihah buat mereka.
Semasa makan kami bercerita kisah-kisah lama di sekolah selang seli dengan gelak ketawa. "Mana ...Dia tak datang ke?" "Kau dulu macam ni......" " Ingat tak En........Pn......." 'Di mana ......." " Berapa orang cucu...." "Anak kau berapa ......" " You sihat ke?" "Where was your last posting?" "You buat apa sekarang?" Ada yang telah mendapat gelaran Dato', Dr. Prof.....dan kesemua gelaran datuk, nenek, opah, tok wan..hi ,hi, hi. Ada yang menggayakan gelagat temansemasa menjadi pelajar dahulu. . Ada yang kelihatan muda semula.! Ada yang cerita tentang 'by pass'.Terima kasih Allah kerana dengan izin Mu jua, kami dapat bertemu semula. Terima kasih . Temuk, kerana usaha anda menyatukan rakan-rakan semua. Semoga silaturrahim kita akan bertambah kukuh. Terima kasih famili Temuk, khasnya isteri beliau, kerana menyediakan sajian lunch yang enak, pelbagai dan banyak pula tu. Tapi saya tak ada selera nak makan kerana excited berjumpa sahabat-sahabat lama. Lagipun perjumpaan seperti ini, makanan menjadi secondary.!
Saya sempat juga ronda-ronda kawasan taman Temuk yang selalu beliau cerita dalam 'Nukilan' nya. Memang menarik dan bersih. Pokok dan tanaman lain tersusun kemas seperti mana yang dinukilkan.
Sekitar reunion....
Akhir sekali, penghargaan kepada En Suami, JY, kerana membawa saya (drive) dari Melaka ke BBB.
walaupun " Saya tak kenal dia orang" sama batch tapi lain sekolah. Jumpalah dulu, entah-entah ada yang kenal sama melepak di Dataran Sastera (Arts Concourse) UM.Hi Hi.
Semoga sahabat-sahabat ku dipanjanglan umur, dimurahkan rezeki, dapat kita berjumpa lagi. Ameen.
Terima kasih ya Rabb.....
Kami first batch Form 6 di sana. Kiranya peneroka, pembuka jalan,
Tingkatan 6 SABS 1966/1967 |

Hjh Siti Zubaidah Abd Mulok (tengah) kira macam my kakak. Kanan dan kiri, tetamu, isteri kepada dua orang classmate |
'Yob', Mohd Shahibi Shariff (kiri )bersama Temuk (nama blogging beliau) |
Nordin (depan), Shahrudin (tengah) Aziz Awab menunggu |
Sedang susun atur 'famili picture' |
Bersama isteri Temuk, Hjh Sharifah Zaleha (kanan) |
'Famili kecil ku' bersama JY, Yob, Mr n Mrs Temuk, Kak Uni, n Shahrudin |
Menikmati makanan di bawah khemah yang dihias indah |
AFTER 45 YEARS...HAPPY LAUGHTER...HAPPY REUNION |
Di bawah arch di taman Temuk. Arch ini pernah dikisahkannya. |
Terima kasih tuan rumah |
walaupun " Saya tak kenal dia orang" sama batch tapi lain sekolah. Jumpalah dulu, entah-entah ada yang kenal sama melepak di Dataran Sastera (Arts Concourse) UM.Hi Hi.
Semoga sahabat-sahabat ku dipanjanglan umur, dimurahkan rezeki, dapat kita berjumpa lagi. Ameen.
Terima kasih ya Rabb.....
Sebelum bersurai, hingga jumpa lagi, In Sya Allah |
HANOI : RUMUSAN
Sampai di sini dulu perkongsian trip 4H3M saya di Hanoi, Vietnam. Banyak lagi nak cerita tetapi cukup, nanti anda boring pula. Berikut rumusan saya:
Mudah urusan di Hanoi (Vietnam), Tak perlu isi apa-apa card sebelum kapal terbang mendarat Imigresen pun lancar.
RM diterima.. ,Jangan bawa banyak 'dong' Kalau tak habis, nak tukar semula ke RM , mungkin tak terima. Kalau nak belanja besar bawa lah USD. Ada gerai di pasar hanya terima dong.
Kedai-kedai di Hanoi disusun ikut jalan.(kawasan). Bererti, jualan cenderamata dan kraftangan satu jalan, begitu juga 'jalan' beg (banyak backpack), kasut, dsbnya.
Kerjatangan di sini, menyulam gambar pemandangan. Sangat halus sulamannya. Harga pun ikut nilai hasil. Kata pepatah "hanya johari kenal manikam" va, va, va....
Bangunannya kurus (macam orang dia juga), agak rapat dan kebanyakannya ada beranda.
Hanya terdapat 2% penduduk Hanoi beragama Islam (menurut En Lam pemandu pelancong). Ada sebuah semasjid, tak sempat kami pergi pun. Restoren halal di sini boleh dikira.
Ada tak de, sempat juga bergambar dengan 'si cantik manis, tinggi lampai, Miss Vietnam' di airport, ha ha ha....
Tambahan
Jika ke Hanoi, pilih pakej nak bermalam di cruise Ha Long Bay atau hanya day trip.Kalau bermalam munkin lebih banyak aktiviti lagi seperti berenang, menikmati keindahan matahari terbit, pengalaman tidur di kapal, singgah di rakit nelayan dsbnya. Pakej kami day trip sebab nak kejar masa. Kalau tidak kami tak sempat ke Tam Coc untuk bersampan. Lagi pun trip kami 4H3M.
Hari pertama Sampai aje, sightseeing bandaraya Hanoi,singgah ke pusat membuat kraftangan 'lacquer'
Chexk in di hotel setelah makan tengahari,
Petang jalan-jalan singgah tempat bersejarah Temple of Literature, diikuti dengan shopping cenderahati, (1 jam aje diberi)
Malam tengok pertunjukan water puppet .Memang hebat tetapi tak faham bahasa!
Hari kedua: Bertolak ke Ha Long Bay,4 jam perjalanan.Cruise dan explore gua.
Balik ke Hanoi 4 jam lagi.
Hari ketiga : Ke Tam Coc. Nak rasa buah tempatan .Singgah pasar beli buah,
Jalan-jalan ke Mouseluem 'Uncle' Ho Chi Minh, Luar aje, jangan tidak. Tak pergi pun ke rumah dia.
Then bertolak ke Tam Coc 2 jam perjalanan. Hujan . Ambil masa tunggu hujan teduh. Lepas tu, balik ke Hanoi, 2 jam lagi..
Hari ke empat: 'Terbang' balik ke Home-Sweet-Home. Morning flight.
Itulah catatan travelog adventure 4H3M di Hanoi.
Terima kasih kepada kakak saya kerana foto yang beliau rakam.
Next trip, ke mana kita??????

'Tipah tertipu' |
Mohd Fadli, tour leader, En Lam, tour guide tempatan (mengira USD) |
Bergambar ramai di Temple of Literature |
Jika ke Hanoi, pilih pakej nak bermalam di cruise Ha Long Bay atau hanya day trip.Kalau bermalam munkin lebih banyak aktiviti lagi seperti berenang, menikmati keindahan matahari terbit, pengalaman tidur di kapal, singgah di rakit nelayan dsbnya. Pakej kami day trip sebab nak kejar masa. Kalau tidak kami tak sempat ke Tam Coc untuk bersampan. Lagi pun trip kami 4H3M.
Hari pertama Sampai aje, sightseeing bandaraya Hanoi,singgah ke pusat membuat kraftangan 'lacquer'
Chexk in di hotel setelah makan tengahari,
Petang jalan-jalan singgah tempat bersejarah Temple of Literature, diikuti dengan shopping cenderahati, (1 jam aje diberi)
Malam tengok pertunjukan water puppet .Memang hebat tetapi tak faham bahasa!
Hari kedua: Bertolak ke Ha Long Bay,4 jam perjalanan.Cruise dan explore gua.
Balik ke Hanoi 4 jam lagi.
Hari ketiga : Ke Tam Coc. Nak rasa buah tempatan .Singgah pasar beli buah,
Jalan-jalan ke Mouseluem 'Uncle' Ho Chi Minh, Luar aje, jangan tidak. Tak pergi pun ke rumah dia.
Then bertolak ke Tam Coc 2 jam perjalanan. Hujan . Ambil masa tunggu hujan teduh. Lepas tu, balik ke Hanoi, 2 jam lagi..
Hari ke empat: 'Terbang' balik ke Home-Sweet-Home. Morning flight.
Terima kasih kepada kakak saya kerana foto yang beliau rakam.
Next trip, ke mana kita??????
HANOI: PENJAJA JALANAN
Posting sebelum ini mengenai keadaan berserabut di bandaraya Hanoi.
(sila 'backroll' ye, kalau belum baca)
Kabel berserabut. Beca pun begitu. Apa lagi dengan motosikal dan kereta.
Takut nak lintas jalan
Jom kita lihat apa yang menarik perhatian lagi.
Menjaja seperti imej di atas biasa di Hanoi. Kakak minta izin penjaja pisang untuk memikul (menggalas? mengandar??)2 bakul buah-buahan seorang makcik. Kata kakak ''Eee beratnya" Jadi boleh kita bayangkan kekuatan makcik tadi memikul sambil mengimbangkan bakul yang berat itu berjalan kaki. Tak ke sakit bahu, makcik? Ada pula yang menggantung jualan keliling pinggang berjalan mencari pembeli. Ada yang mengguna basikal (tua) dengan dua buah nyiru isi buah-buahan atau sayur, terikat di bahagian belakang basikal tuanya.. Kereta tolak ( dan tarik)pun ada untuk memindah barang agaknya. Gigih sungguh semangat mereka!!
Ada tidak lagi cara menjaja, seperti yang kami lihat di Hanoi,di negara kita?