Jom kita ke Pantai Klebang

Aktiviti jogging lagi
kali ini kita ke Pantai Klebang.
masih pagi lagi, tidak ramai 'joggers'
Teluk...tenang dipagari pokok-pokok ru.
Pantai Klebang ini adalah 'extension' pantai asal di persisiran Selat melaka.

 Awan meliputi sinaran matahari.

 Seorang jogger muda. 'The lonely jogger'


Langit mulai cerah


Part ni yang best!
Di sudut taman permainan kanak-kanak
'Kanak-kanak lebih umur'
teringin juga...
Tak, kami tak langgar peraturan,
kami ringan-ringan aje!
 


Hero kita ini tak boleh nampak tempat bergayut,
mesti nak gantung...hai nampaknya meninggilah Iddin

family joggers

Kami tinggalkan Pantai Klebang
ke mana lagi??
sarapan ma.....


Durian Crepe Durian Cake

Salam sejahtera semua.
Durian Crepe,
banyak sudah saya baca tentangnya
apa rasanya?
Terjumpa di Restoren Lot dekat rumah
Lalu, beli sepaket, nak rasa
Umpama bantal. Sepaket RM6.50

Bila 'bantal-bantal durian' ini dikerat, inilah rupanya.
Whipping cream + durian dalam gulongan kepingan lempeng.

Durian Cake ...lapisan adunan durian atas biskut oreo (rasanya)

Tetapi saya tetap suka makan durian begitu saje.....



Cendol Clock Tower

Salam sejahtera semua.
Jom  singgah
warung cendol famous bagi pelancong
di bandaraya Melaka.
Cendol Clock Tower (CCT) atau Cendol Jam Besar
Tempatnya strategik.
tepi Sg Melaka
Setentang dengan mercu tanda, 'jam besar'
dan tempat sejarah yang lain.
Ramai pelancong di Melaka cuti ini
Lihat trafik jam, mereka tak tau ke
susah nak cari parkir kereta musim-musim gini
Semua menuju ke pusat pelancongan.
Jalan sesak sangat.
Naik beca taman bunga aje lah!
Warung CCT pun penuh.
Memang hebat pukulan cendol ini.
Cuaca pula panas.
Jom singgah rasa cendol CCT semangkuk dua.
Nak yang biasa, dengan kacang merah
dengan ais krim....
dengan tapai tak de...
Kami pun 'join the crowd' membawa
tetamu kami hujung minggu lalu
dari kanan.. Naimah, Hendon,Noraini
rasa nikmat cendol  bersama aiskrim
coklat dan strawberry
Dua mangkuk lagi dah selesai.
Inilah tetamu kami
Cik Mek Molek KB.
nanti datang lagi, kita menyusur sungai pulak ye.
Tapi jangan datang waktu cuti.
Anda sendiri telah mengalami
'jam 'nya bandar Melaka
musim cuti!

Naimah tertarik dengan kolam
ikan koi
Satu lagi tarikan pelancong (peminat tegar lah)
Hard Rock Cafe
Coming soon to Melaka
seberang Cendol Clock Tower

Anak siapa lah ni

Salam sejahtera semua.

Amboi,amboi,amboi....
lihatlah adik beradik comel loteh ini
beriya-iya dengan gajet masing-masing
shoot sana, shoot sini
anak siaplah ni!



gelagat dua orang mak nenek comel loteh ini
saya rakam di Mesjid Solat
semasa acara Majlis Penutupan
Kem Cuti Sekolah 2012 malam tadi.
Teringat saya salah satu lagu rakyat Pahang
Mari kita hiburkan hati.....



 Sopan santun anak melayu... senyum terukir,
Senyum terukir bila di sapa...
Dalam pantun ku kirim rindu,
Rindu mengalir, rindu mengalir di dalam kata...

Lemak manis alah amboi amboi Santan kelapa alah amboi amboi
Ku pandanglah manis alah amboi amboi Anak siapa
Lemak manis alah amboi amboi Santan kelapa alah amboi amboi
Kupandanglah manis alah amboi amboi Anak siapa

Pohon sena pohon meranti
Di tengah-tengah, di tengah-tengah buluh perindu
Adik di sana abang di sini
Di tengah-tengah, di tengah-tengah rindu menderu

Lemak manis alah amboi amboi Santan kelapa alah amboi amboi
Kupandanglah manis alah amboi amboi Anak siapa
Lemak manis alah amboi amboi Santan kelapa alah amboi amboi
Kupandanglah manis alah amboi amboi anak siapa

Hujan di hulu tak reda reda
Ributlah turun, ributlah turun bertalu talu
Abang di hulu adik di kuala
Ku hanyut rindu ku hanyut rindu dalam perahu

Lemak manis alah amboi amboi Santan kelapa alah amboi amboi
Kupandanglah manis alah amboi amboi Anak siapa
Lemak manis alah amboi amboi Santan kelapa alah amboi amboi
Kupandanglah manis alah amboi amboi anak siapa

Pucuk Paku n tempeh

Salam sejahtera semua.
Setiap hari hujan.
Kalau tak pagi, petang atau malam.
Pokok-pokok tak perlu siram.
Kain di jemuran...
Jemur pagi waktu matahari terik,
Tiba-tiba..cuaca berubah
Hujan...
Meluru ke luar, cepat-cepat,
nanti kain yang sudah kering ,
basah semula.
Musim hujan, tentu banyak banyak sayur pucuk paku
(di pasar le).
Mari kita masak gulai pucuk paku,
Lama tak makan gulai pucuk paku dengan perencah udang.
RM2.00 seikat. Hmmm...
Tempeh dari Tjg Malim pun ada.
Moh kita goreng tempeh, campur kentang dan ikan bilis
Kita buat sambal goreng cili hidup.
Cili hidup, merah dan besar aje harap,
tapi tak pedas pun!.

Gulai pucuk paku dan sambal goreng tempeh(+ kentang n ikan bilis)
Bagi mereka tak suka lauk-lauk tadi,
kita beli aje ikan goreng kunyit.
(sebenarnya, malas nak menyiang ikan!!)
Gulai pucuk paku kalau tak habis
Esok pagi kita keringkan (macam rendang)
makan dengan nasi goreng..
Sedaaaaap.
Cuba try!


Morn walk di Air Keroh

Salam sejahtera semua.
Dah lama juga kami tak morn walk. Dah lama juga tak pergi ke Hutan Rekreasi di Air Keroh. Jom , apa kata kita ke sana untuk morn walk pagi Ahad. JOM......

 Bersedia, awas. apa?
Buggy? Basikal?
Tak!!
Monyetlah! Inikan kawasan dia!
 Tak jumpa monyet, jumpa.... 
 Dalam hutan ini ada 'kampung buku'
Oleh itu ada disediakan satu laman ditempatkan replika watak-watak
daripada buku cerita kanak-kanak.
Ingat kisah sang kancil  menipu sang buaya
'jantan betina, aku ketuk'
'Nek Lang, ambik gambar Iddin'
Terjatuh Nek Lang, tanah licin...
 Si bujang ni happy dapat naik  'dolphin' sumpahan.
Ke mano tu jang oi?

Bagi penggemar orkid,
ada juga jualan pokok orkid, RM15.00 sepasu.
Tak beli sebab tak sabar tunggu dia berbunga kembali!!!
 Salah satu hentian untuk 'exercise' . Tengok aje. Tak nak cuba?
 Pemandangan yang indah, aman dan sejuk.
Deretan pokok berdaun kipas gergasi
Kalaulah ada basikal, ye Iddin....
 Di sini boleh juga sewa basikal, tapi
'daddy tak kasi'
 Ada pokok-pokok dikenali namanya
 Yang mana satu puncak si 'samak pulut'?
Kanopi pokok-pokok.
 Ada juga 'canopy walk' di hutan ini....gerun nak cuba.

 Riangnya, 'complete' satu pusingan
ada tak satu jam?
Sudah tu, apa lagi???? 
Makan time.....kalori yang kurang, tambah semula.
Hmmmmm.

Best!
Elak pergi lewat, sebab?
Tau-taulah, 'kan ini kawasan hutan!

Saya pemalu

Saya bukannya tak mau jumpa kawan-kawan nenek.
Saya takut,
Saya tak biasa dengan mereka
 Jarang jumpa dan ada yang tak pernah jumpa.
Saya takut nek.
Saya bimbang.
Tadi saya dengar
Kawan nenek kata
"Buat macam dia tak de.
Buat tak tau (kata orang, buat donno)
Tak payah tegur-tegur dia
last-last, dia masuk kain nenek dia, sembunyi"
Nenek ni dah faham perangai saya.
Kalau saya tak biasa dengan seseorang saya akan lari
takut ada, malu pun ada!!!
Tetapi ada juga kawan nenek seorang ini saya biasa tengok,
ada dia jalan-jalan naik kereta sama nenek,
Pernah juga datang ke rumah nenek
Dan saya pun ada ke rumah dia, kawan nenek ini lah!
Nenek ini suka nak bergurau dengan saya
main 'cak-cak' lah (main sembunyi-sembunyi),
gamit-gamit (panggil dengan isyarat jari) saya .. 
Nah, tengok dia photo shoot saya!
Mula-mula saya tak tau, tak sedar gambar saya ditangkap.
Bila saya sedar, mulalah saya slow-slow, gostan sembunyi belakang kerusi
tapi mata mengintai dicelah-celah bilah-bilah kerusi
Nak senyum, saya malu
nampak mata saya?
nenek ni masih lagi nak bergurau dengan saya
dia terus 'kejar' saya
lepas ambik satu-satu gambar
dia tunjuk imej wajah saya.
saya suka, tapi saya masih malu....
saya nak tersenyum. tapi control, nampak mata, cukup
Nenek saya pun kata
"Mari, Rayan, ambik gambar dengan nenek"
Saya bersama nenek saya, Hjh Khadijah Khalil.
Nenek jaga saya dari saya baby  lagi.
Saya sayang nenek
Nenek sayang saya.
Bila nak bersurai, nenek bimbing saya,
salam semua kawan-kawan nenek.
Maaf ye kawan-kawan nenek
 semua
Rayyan malu laahh!!


Mak nenek

'Mak nenek'...siapa ye?
Mengapa dipanggil 'mak nenek'?
Yang saya tahulah 'mak nenek'  adalah gelaran kita beri kepada kanak-kanak khasnya'perempuan yang suka bercoloteh atau suka bercakap banyak tanpa berhenti, banyak soalan (pening  orang dewasa melayannya).  Selalu kita dengar "Hish,  budak ni macam mak nenek" atau "Mak nenek mari sini"
  "Mak nenek" selalunya  orang perempuan yang berumur, agaknya suka berleter, suka cakap banyak...agaknya lah.
Nah, saya ada sekumpulan kanak-kanak ini, saya gelar mereka "mak nenek' ...tak berhenti bercakap, ketawa, mengusik kawan, berebut tempat hingga saya terpaksa beri arahan suruh berhenti bercakap dan bergurau dan duduk diam-diam sambol  menunggu waktu solat.. Mereka kanak-kanak belum matang tetapi harus diberi teguran menghormati masjid dan waktu solat serta azan. Mereka belum lagi boleh menghayati walaupun telah diberi teguran oleh ustazah. Ustazah siap bawa rotan. InsyaAllah satu hari nanti mereka akan mengerti.

Suka bila diambil gambar.
Gambar di bawah
Ini dia mak nenek ku.....
Saya saf pertama, mereka  saf kedua
betul-betul di belakang saya.
Mana tak kena tegur
Hisssssh......Tolong senyap
Mak nenek...the restless, usik mengusik


Tapi 'pak datok' tak de pula ek?

Baru perasan....

hari ini

12.12.2012


Nak mandi hujan

Salam sejahtera semua.
Cuaca di Melaka kejap panas, kejap hujan.
Bila panas, dia bergayut di besi penyidai kain belakang rumah.
Bila hujan, "Nek Lang, nak main hujan"
Kalau dah dapat kebenaran 'daddy' apa lagi,
TERJAH
"Main di belakang rumah" kata Nek lang.
(supaya saya boleh awasi dia tidak bergayut pada besi yang basah!)
So, here he comes
Sukanya dia, walaupun bersendirian.
Satu ketika dulu, hujan, dia nak main, tak dapat kebenaran,
Apa lagi , marajuk....
Hai buruk rupa kalau merajuk, tau En Iddin.

Peace Nek Lang!!
Saya di tingkap dalam rumah
 Okey, nak ke Masjd Selat. ambil dia dari Kem.
Jumpa lagi

Masih kau ingat?

Dah besar budak-budak ni. Ooops dulu bolehlah panggil budak. Sekarang..belia remaja. Enam  tahun dahulu mereka adalah pelajar saya. Bukan di sekolah tetapi di pusat tuisyen, e-pembelajaran. Adik beradik ini semuanya bersekolah di madrasah/tahfiz
dari sekolah rendah  hingga sekarang.
Lihatlah mereka.
Dulu cikgu tinggi daripada mereka.
Sekarang mereka dah overtake cikgu!
Cuti sekolah, mereka bantu di kedai makan keluarga.
Nak tahu di mana?
(Hai promosi lagi)
Di Asam Pedas Selera Kampung
berhampiran Menara Taming Sari.
terima kasih masih  ingat cikgu
Mari bergambar bersama 'teacher'

Farhan (tengah): Cikgu, kelas tuisyen ada lagi?
Saya: Tutup dah, awak semua tak de...cikgu pun tutup kedai....Masih belajar Bahasa Inggeris?
Farhan: Ada belajar sikit-sikit.

Semoga anda adik beradik menjadi anak yang soleh dan soleha
Aamin......