Korban: Kepala lembu

Kepala lembu
Petugas-petugas sedang melapah kepala lembu
Nak masak  apa  kepala lembu ini?
Saya tak pernah makan !!
Lalu saya google
Oh oh oh rupanya
boleh masak
Asam pedas Kepala Lembu


dari sariyusa.blogspot.com
juga
Rendang Kepala Lembu.
Sila  ke
  zamzarinazambri.blogspot.com.
Seperti juga kepala ikan, kepala lembu berharga juga. Satu kepala boleh dijual sekurang-kurangnya RM80.00. Tetapi ,kalau kepala ikan boleh dihidangkan 'bulat-bulat' begitu, kepala lembu kalau nak masak kenalah di 'katok-katok' dahulu. Ah, dalam kepala lembu ada otak.  Peminat otak lembu gemar masak gulai lemak cili api ataupun masak kari. Otak lembu banyak kolestrol, so hati-hati. Satu lagi bahagian di kepala lembu ialah lidah. Lidah lembu boleh masak merah, masak licap, dibakar, digoreng, dicicah. Tetapi, minta maaflah, saya tak makan bahagian-bahagian di kepala lembu ini. Daging lembu pun saya cuba elakkan.
Anda bagaimana,, peminat kepala lembu?

Raya Aidil Adha: Qurban/Korban

Korban berkelompok di perkarangan Masjid Pengkalan Rama. Kata AJK, first time buat. InsyaAllah akan diteruskan tahun-tahun akan datang. 9 ekor lembu dikorbankan pada majlis tersebut.
Seekor lembu korban siap sedia, tunggu saat disembelih. Saya tak berani melihatnya.
Aktiviti bawah khemah, menimbang daging korban


Guna mesin grinder untuk tulang
melapah
Bungkusan-bungkusan daging korban diagihkan  mengikut kawasan
Guna kupon untuk dapatkan sumbangan
Makcik-makcik dengan agihan daging korban. 
AllahuAkhbar. lembu dalam gambar pertama siap disembelih.
Hari Raya Aidil Adha
datang dan pergi
Semoga amalan kita
Allah SWT, berkati.
Ameen.

Raya Aidil Adha: Solat sunat Raya

Solat sunat AidilAdha di Masjid Al Rahman. Pada orang kampung, masjid ini dipanggil masjid Pengkalan Rama sebab ia terletak di persimpangan Pengkalan Rama. Kalau anda pernah menyusur Sg Melaka, dan naik bot di jeti Taman Rempah, anda tak boleh miss masjid ini.

Pagi-pagi lagi hampir jam 7.30 pagi, kami telah berada di Masjid al Rahman.
Salah satu masjid tertua di Melaka.  Kalau di KL ada twin tower, masjid ini pun ada.
Ruang tambahan bila jemaah melimpahi ruang masjid. Solat tepi jalan! Jadi datang lah awal awal!!
Pengenalan masjid
Sempat bergambar bersama banner sumbangan ADUN
Mimbar. Sebenarnya ruang ini untuk jemaah wanita. Ruang ini adalah bahagian lama masjid, dahulunya untuk jemaah lelaki.
Pintu kayu teguh. Di sebalik pintu inilah ruang solat jemaah lelaki. Ruang baru.

Almari menyimpan  Al Quran serta kitab-kitab lain. Almari 'build in'
Ada loteng atau tingkat atas. Sekarang tidak digunakan.
Jemaah wanita mula mengisi ruang.
'Minaret' azan dilaungkan, satu kampung  boleh dengar. Nak pula mesjid ini terletak dikelilingi oleh kedai-kedai 'Ah Chong'
Azan sebagai 'wake up' call.

Sudah solat, bertemu Linda @ Kaseh.dengan bakulmya yang 'menyegat'

Itulah dia masjid kami.
Kami sayang masjid ini.
Comel cara tersendiri.

Raya AidilAdha: Bila Nek Lang masak

Dia jarang masak. Kalau masak pun yang simple , yang basic, yang tak banyak kerenah dan leceh nak itu dan ini. Kadang-kadang, dia blogwalking until dapatkan ilham nak masak apa hari itu. Ada juga buka buku resepi.  Ada masa dia malas masak. Tapau aje dari warung. Atau makan di kedai aje.

Jadi bila masak sesuatu yang special, riuhlah sekampung. Raya AidilAdha yang baru lalu, dia telah ditugaskan untuk masak. Nak masak apa? Nasi Bukhari!!!. Alahai, itulah satu-satu masakan special yang dia tahu. Raya AidilAdha kan disambut sederhana sahaja. Maka tak ada ketupat, tak ada rendang. Jadi Nasi Bukhari jadi pilihan.

"Nek Lang kena bangun pagi-pagilah, macam mamim nak masak nasi bukhari' kata si Iman.
"No. balik solat baru masak", jawab dia.
You see, Mummy si Iman inilah yang selalu bertungkuslumus didapur pagi-pagi raya untuk masak hidangan istimewa.raya. Kali ni dia relaks. Ada pengganti.

Tapi breakfast (late onem after solat sunat Raya) nak makan apa? Takkan nak tunggu yengahari?

So, pagi-pagi. 4.00 pagi. semasa  yang lain masih sedap berselimut, dia telah bangun untuk menjalankan tugas.Malam sebelumnya dia telah siap bahan-bahan Nasi Bukhari.

Mulalah dia masak. Buka tingkap di dapur untuk keluarkan bau harum bukhari. Lebih kurang jam 5.30 siap masak. Bila MsHart bangun, dia bersuara" Wah, bau wangi. First time Ati tak bangun pagi Raya untuk masak!'

Rupanya news dia masak dah sampai kepada  mereka yang terdekat. Bila Nek Lang masak, satu yang luar jangkaan.  Maka riuhlah di rumah BC pagi Raya Aidil Adha semalam, macam Raya Aidil Fitri!!!
 Nak rasa air tangan Nek Lang. Terasa malu pula diri ini!

 Nasi Bukhari resepi A passion for food
 Lauk Ayam Bukhari
 Jemput makan, pelawa Iddin
  Penyeri meja, kek pelangi, special request from MsHart, Chocolate Chips, fav budak-budak,
Siapa yang buat kalau bukan Ngah, . Yang merah dalam gelas tu, Jelly Kelapa,  teka siapa buat??? Yang hujung tu chocolate cupcakes, pemberian orang. Ada juga Norli SIL Mshart beri ketupat, kuah lodeh serta rendang ayam dan sambal tumis udang.

 Maka 'menjadi' lah raya AidilAdha kami tahun ini.
Kepada yang menjadi 'tester' masakan raya ini, terima kasih. Alhamdulillah...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H

Roti tampal, roti berinti

Roti tampal
mudah buatnya
dadar dalam kuali adunan hirisan bawang (nak cili / sardin pun sedap) bersama telur
kemudian tampal roti pada dadar telur bawang tadi
Ambil masa tak sampai 5 minit, siap, terus makan panas-panas.
Nak makan bersama sos tomato pun sedap/
Roti berinti
berinti kacang merah.
Siapa yang buatnya kalau bukan peminat buat roti di rumah BC
mengambil masa juga nak dapat roti berinti kacang merah
Ada seni membuatnya, kalau tidak tak jadi macam ni.
Nampak sedapkan?
Ini rupanya roti kacang merah
Lembut dan manis.
Sedap.
Kalau rajin dan berminat semua jadi, 'kan?


Pokok buluh ku : dulu dan kini

Masa mula ditanam
tahun 2010

Rumput menghijau,
buluh masih 'anak-anak' muda
Tujuan barisan rumpunan buluh melindungi pancaran sinar matahari petang
dan landskap ala-ala Jepun.

Tengoklah sekarang
tahun 2012

Tanah gersang, rumput hijau dah hilang
Pokok dah meninggi
Daun-daun kering buluh menutupi tanah
lalu rumput mati.
Buluh-buluh perlu di trim supaya kemas.
taklah tercacak sana sini
 takut-takut tercucuk mata atau hidung.

Agaknya sudah diberi tugas olehNya
aku exercise, menyapu daun-daun kering buluh
supaya badan berpeluh, badan sihat.
Rutin ini aku lakukan bila melihat daun-daun kering
menutupi laman yang dulunya hijau,
kini kering berpasir.
Namun rumpun buluh dapat melindungi sinaran matahari petang.
Bukan landskap ala-ala Jepun yang jadi
sebaliknya  ala-ala kampung gitu.


Class '62 bila berjumpa.....

 'Ngah, agaknya bila dia orang datang berkumpul nanti, bising tak macam kawan-kawan Amal datang hari tu?' tanya saya pada kakak pagi Jumaat 19 Okt 2012.


Keratan akhbar Melaka Hari Ini, Jumaat 19 Okt 2012
 Sebelum mereka sampai, apa lagi 'katerer Pak Abu (Melaka style)' sibuk siapkan itu dan ini.
Fruit salad
Cut fruits
Cup cakes, kuih kasui, fruit tartlets
Macam-macam ada...lontong, sate, meehun goreng,
shepperd's pie, apple crumble, jelly merah
Jamuan 'dinner+ tea' ini adalah untuk class reunion kakak. Dah 50 tahun mereka tinggalkan alam persekolahan.. Sudah tentu bila berjumpa. nenek-nenek granny ini banyakalah cerita.
Sambil makan,     pop-pet, pop-pet....
Tengok tu...apa yang di'story'kan tu nek cik oi!


Yang gelihatinya bila dah bergambar ramai
 Nek Ngah  n Class of '62 (Form 5)
Nak bangun punyalah susah,
sakit lutut!!!!

Apa-apa pun, reunion class '62 CHIJ Melaka 'was a success', walaupun tak ramai yang  hadir.
Cuaca lembab tidak menghalang semangat mereka berjumpa, makan-makan dan mengenang kembali waktu mereka bersekolah 50 tahun yang lalu.  Sememangnya mereka 'bising' macam jugalah Amal dengan kawan-kawannya. Ha, ha...
 Amal n  class of 2012 (tahun 6)

Dah siap sedia nak bersurai, tapi ada lagi cerita belum habis.

Dalam pada reunion Class '62,
sempat juga ada reunion sampingan
saya bersama Audrey Lim, batch saya di CHIJ
Rupanya Audrey ialah teacher Form 4 En Sor (Pak Abu Melaka style)
Reunion bersama Masako Kudora ('Joyce' kepada kami)
macam satu keluarga dengan beliau.
Reunion bersama Janet Yong. Kami bertiga mantan pensyarah
di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.


 Itulah kisah reunion, bila lagi nak gather-gather macam ini, ye?








Dah siap dah

Apa yang dah siap ye?

Eee, hebatnya bangunan ini. Dah siap dah!

Letaknya di seberang jambatan dekat  bangunan Aeon Pringgit


Inilah dia Apartment Yayasan Melaka,
atau Apartment Pelajar di Jalan Tun Ali.
Bangunan yang didirikan di 'depan' mata (saya agak 2008) telah siap untuk disewa
Ia memberi kemudahan tempat tinggal pelajar-pelajar
UITM Kampus Bandaraya Melaka serta  pelajar-pelajar IPT yang lain.
Satu lagi mercu tanda Bandaraya Melaka
Ikon baru mencerminkan kepesatan pembangunan di negeri Hang Tuah.
 Bila saya terpandang aje bangunan ini teringat saya negara jiran kita!
Eh. saya berada di sana ke?
Yang ini pun dah siap
ROTI......ROTI
panas, panas
Fresh from the oven!!!!
Kakak saya yang minat baking, baking
buat roti bun berinti kelapa.
Untuk siapa???
Ada lah makcik dan kakcik order
Lain kali buat roti berinti kacang merah pula ye, kak N?
Ngah, buat roti manis, ada 'orang' tu minta.
Hai sebenarnya kakak saya ini kerja-kerja hobi dia ikut musim.
Sekarang musim buat roti
Jangan marah ye Nek Ngah,
Nek Ngah memang serba boleh

Hujan lebat di Melaka sekarang.
Apa macam?
Musim hujan dah tiba....
Dah siap payung??