Sambal belacan binjai

Musim buah binjai datang lagi. Di Pasar Besar Melaka, harga sekilo binjai, RM10.00. Ada yang masam,ada yang manis.Yang masam kita boleh buat sambal belacan. Yang manis, boleh dimakan begitu sahaja,

Untuk buat sambal belacan binjai, cuma bakar belacan (saya guna belacan Melaka lah), Kemudian tumbuk dengan beberapa biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing), masukkan sedikit gula pasir.(garam tak masuk sebab belacan dah masin).Bila dah lumat, masukkan isi buah binjai. yang telah dibuang kulit..Tumbuk sambil lenyek-lenyek binjai bersama sambal. Gaul rata. 


Ada cara lain buat sambal binjai ni. 
Hiris beberap keping binjai. Jangan buang kulit. Jerukkan.Bila  jeruk binjai sedia dimakan, tumbuk cili (merah atau cili padi)bersama belacan bakar. . Ambil beberap keping binjai jeruk. Letak atas pinggan. Tabur sedikit gula. Sambal belacan letak di samping jeruk tadi.
Bila nak makan 'colet ' sambal tadi dengan binjai jeruk.
 Sudah tentu makan dengan nasi putih. Sedap lagi kalau ada ulam!

Masalah!!!
Buah binjai elok di 'sambal' kan cepat-cepat!
Buah binjai berbau 'harum'menyusuk hidung (macam durian juga!!!)
Kalau simpan dalam peti ais, satu peti boleh berbau.

Macam mana?
Sambal belacan binjai pembuka selera!



Rumput dan buluh serabut minda

Betul, rumput di laman serabut minda.
Rumput 'karpet' sudah tebal,  tinggi,
Dicelahan 'carpet' tumbuh pula pelbagai rumput liar....
Tinggi sampai ke lutut.


Sudah 3 kali hujung minggu,si  Mamat potong rumput kata nak datang
Kalau Mamat dapat datang, saya nak dia trim pokok buluh yang sudah 'kembang' rimbun
Saya nak minta tolong dia alih pokok cempaka tanam di tanah.
Setiap kali bila nak confirm, jadi ke tak jadi
"Hari Ahad saya datang"
Sampai harinya, tak dapat makcik, saya kerja'
Hujung minggu berikutnya,
"Tak dapat makcik, saya kerja di Johor, Ahad depan saya datang"
Hujung ketiga,
"Tak dapatlah makcik.saya kerja dua bulan di Johor
"Maaf ye makcik''
Terdiam saya. kecewa juga.
 Untuk makluman,
Si Mamat ni bekerja dengan sebuah nurseri di Melaka,
Bos dia dapat kontrak tanam pokok di Johor (tak tau daerah mana)
Terpaksalah Mamat utamakan kerja cari makan dia , kerja utama dia, kan.
.
Hai! macam mana ni, siapa nak potong rumput laman???
Panggil semula Jalil??
Tak, tak boleh. Jalil tak sihat, baru baik stroke. Beliau boleh bergerak, tapi takut, kalau silap langkah dia terjatuh nanti..alangke kecoh dibuatnya?
Panggil yang selalu potong rumput rumah jiran di belakang rumah.
Dah pernah panggil  dulu, tapi dia macam reluctant aje.
"Takut batu kena cermin tingkap"

Beli aje mesin potong rumput, eh, siapa nak buat kerja memotong rumput nanti?

Ah, tanya Khairil, jiran sebelah rumah.
Dia ada mesin.  Bila ditanya, dia okey aje.
Tunggu Khairil ajelah,
'Tapi saya datang bila saya free'
Okey, asalkan rumput saya tak serabut minda,

Siapa pula nak trim pokok buluh?
Siapa pula nak tanam semula pokok cempaka?

Tunggu Mamat,
2 bulan lagi!Hmmmm..... lepas raya lah tu!!
Alahai..........



Kosong

Satu malam di warung asam pedas Pak Haji Umar.
Masing-masing order "roti canai Najwa Latif"
Apa hal ni? Hairan saya!! Tak faham , tak faham!!
Apa specialnya roti canai ini?
:
:
:
:
:baru saya tau.
Roti canai  Najwa Latif = roti canai kosong!
Kenapa?
Kan dia ada nyanyi lagu KOSONG!!
:
:
:
Macam-macam....

Hai? Skrin video pun kosong?

(Guna  firefox skrin kosong,guna chrome okey aje)



Turki: Kalau dah cikgu, cikgu juga......

Kebetulan semasa kami melawat beberapa buah muzium. kelihatan anak-anak sekolah juga sedang 'outing' bersama guru-guru mereka. Apa lagi saya 'snapped' lah gelagat mereka. Seperti kita di Malaysia, kanak-kanak ini dari kecil lagi sudah didedahkan dengan sejarah negara, tokoh-tokoh agama, serta pemimpin mereka, esp 'Father of Modern Turkey', you know who!

Berbaris ikut cikgu.




Di Ankara. Muzium Kamal Ataturk. Eh, budak ni, apa yang ditengok tu?
Ini hah, Pak Guard yang tak boleh bergerak. Masih kami sampai, nampak beberapa petugas sedang menyapu (atau menggaruk mana-mana yang gatal kat badan Pak Guard) Tak boleh ambil gambar dekat-dekat, takut terkena kat dia!
Ambil kesempatan bergambar dengan Cikgu, lupa nama dia.
Dzu, mantan guru, pun nak bergambar dengan Turkish school girl
Nek Ngah pun begitu. Turkish boy excited tengok kami
Riuh rendah mereka nampak kami dari Malaysia
Sepanjang perjalanan di Turki, tercari-cari juga saya bangunan sekolah. Tak kenal pun mana satu. Kalau di negara kita sekolah-sekolah kan sama bentuk bangunannya. mudah kenal.  Tapi nampak juga bangunan ini.

Salah sebuah Universiti on the way to airport
Okey......

Turki: Tempat-tempat menarik yang lain

Menyusuri Bospurus, Istanbul, optional., semua  pergi, satu kapal cik kiah punya tau
Topkapi Palace, Istanbul, hebat
Hagia Sophia, Istanbul...,asal gereja, kemudian jadi masjid.Sekarang muzium
Blue Mosque, Istanbul. Kami solat jamak qasar zohor asar di sini.
Sempat masuk Underground City, tapi yang sihat-sihat aje yang masuk. Main bongkok-bongkok dalam gua.
.Mousoleum dan Museum of Atuturk, Ankara
.Geremome Open Air Museum,  Pasabag Valley, Cappadocia,bukit-bukit batu 'bertopi' akibat hakisan
.Mawiana Museum, Konya
Bermalam di sebuah Butik Hotel Bolu, kawasan peranginan, sejuk!
Sila layari U Tube atau tanya aje Mr Google. yang boleh beri maklumat lanjut tentang tempat-tempat yang Cik Kiah lawati, ye....


Turki: Jalan-Jalan, makan-makan

Antaranya (antara aje) tau

Mula-mula, Cik Kiah-Cik Kiah 'Turkish' seronok makan local dish. Biasalah, breakfast di hotel, Banyak choice, dari cereal hingga ke dessert (manis-manis belaka!!). Lunch and dinner, di restoren-restoren yang telah ditetapkan. Adakala dinner di hotel. Kalau di hotel ada pilihan. Di restoren, selalunya, untuk starter, sup (macam-macam rasa) dengan roti, diikuti dengan main dish, seperti kebab, ikan bakar,  and more grilled., Salad tak tinggal. Manis rasa timun dan tomato.Cik Kiah suka! Last, dessert. Selalunya buah , ada pilihan, oren (besar punya), buah kiwi, epal dan ada tembikai. Heran juga mana datang tembikai. Ada juga manisan lain seperti baklava. Hari-hari akhir, ...........tengok gambar yang last sekali tu. Not again!. Nasi lemak, roti canai, teh tarik. sudah memanggil!!!
Cik Kiah yang ini, apa lagi, sesampai aje di bumi Hang Tuah, terus ke kedai makan dekat rumah. Order "nasi putih, masak asam pedas ikan pari, tahu sumbat, sambal belacan dan teh o limau!'

Turki:Penjual jalanan

Antaranya
Makcik mama sedang mengait buat tatting, halus kerja tangan beliau

Begitu juga makcik mama ini, tapi dia guna tali rafia
Di luar Grand Bazaar, jual buah berangan dan minuman
 Sedang bakar ikan, tak ada sos
Penjual gasing, teringat Iddin , nak beli tak?
Roti,roti,,,,,pelbagai rupa, rasa. Tak beli pun.
Jagung bakar,  buah berangan...... panas
Deretan gerai jual buah segar dan kering
Tengok tu, penjual minuman, air  teh agaknya
Ais krim, AIS KRIM MADO, namanya,.....lazat
Ada lagi...... yang jual cap, T-shirt, poskad, buku mengenai tempat-tempat penting di Turkey....tetapi tidaklah pula mereka mengejar atau memaksa kami beli. Tidak seperti lawatan ke Istanbul pada satu masa dahulu. Pada masa itu teringat saya, turun aje dari bus, budak-budak sudah menunggu,menunjukkan jualan, merayu kami beli.

Jom rasa ais krim ini. Ais krim kon 3 lira...RM6!!!!
Photo credit: My sis. Ceritalah Nek Ngah

Cik Kiah dan shopping sakan

Seperti biasa, setiap kali berhenti, Cik Kiah-Cik Kiah "Turkish" mesti nak keluarkan lira.
"I will tell you where to buy and where not to, " pesan Mr.Cihan, tourist guide kami, yang ada kala sabar ada kala 'berleter' sikit  kat Cik Kiah-Cik Kiah ni.
Tapi ada Cik Kiah kisah? Suka hati akulah!! Pening, pening Mr,Cihan, tak boleh nak cakap apa. Kalau dah perempuan tu, shopping mesti di hati (bukan dekat lagi), walaupun seutas 'key chain'.
Walaupun kita ganda dua wang kita di Turki, 1 Lira = kurang lebih RM2 Malaysia, Cik Kiah-Cik Kiah yang ingat mereka di 'kampung' tetap membeli untuk anak-anaklah, untuk suami lah, untuk murid-muridlah, staflah, cucu, .....semua ahli keluarga dan sahabat dalam lis membelibelah Cik Kiah. Budaya ini memang wajib setiap kali melancong.
 Di Turki, kebanyakan kedai tidak meletakkan tanda harga. Dan juga kita mesti pandai tawar menawar, tawar separuh harga daripada yang diletakkan. Kebanyakan kedai terima mata wang lira, USD . RM tak nak. Tapi ada sebuah kedai di Grand Bazar terima RM!
Layan gambar-gambar Cik Kiah-Cik Kiah bershopping sakan.
Di Spice Bazaar dan Grand Bazaar..Istanbul

Di gerai-gerai tepi jalan, countryside
 Di kedai-kedai terpilih, a must dalam touring.  Ada yang benarkan kita bergambar, ada yang 'no picture'seperti di cotton product, Turkish cotton. 
Antara tempat 'mewah'.

Carpet, harga ?? Cantik tetapi tak mampu kami. Cuci mata je lah
Pilih Turkish Delight , pilih bawa balik Malaysia
Pilih batu turquoise


Nampak 'tin' teringat seorang collector 'tin'. Dalamnya, beberapa Turkish Delight
Pilih handbag leather.
 Antara cenderahati,
Di Turkey sahaja dapat 'mata-mata biru' ini
Mestilah gembirakan, dah beli hadiah untuk mereka di rumah.Ada lira lagi Cik Kiah?
Of course, happy,  terserlah pada wajah anak murid ku.(masa mengajar di Melaka dahulu)
'kastam' nak check sebelum naik bus. 'Kajol' dan Saadiah penuh tangan
Multipurpose, kata Faizah
Nak habiskan lira, beli poskad di hotel. 1 lira, 2 poskad
Hai, beg tambah sendat, beranak pun ado..

Puas, rasa puas

Sedap shopping, tak payah nak fikir convert- tukar lira, balik nanti buatlah kira-kira sendiri!!
Ada penjual di Bazaar, nampak aje orang Malaysia, akan menyapa " Malaysia? Aku cinta kamu!"
Mana dia orang belajar entah??