Rihat-rihat

Jalan-jalan di Jonker walk singgah pula di taman ini


Nampak tak apa yang ada di tengah-tengah taman warisan ini? Moh, saya close up kan.


Wah, tugu manusia  (separuh badan aje)'show off' body' lah. berketak-ketak, berketul-ketul, ......kalau yang betul, oooi, saya geli!! Tugu siapa ni, ah?
Bacalah sendiri ye, Tengoklah anugerah dan gelaran yang YB terima, dari dalam negeri hingga world you! Masa mudalah, sekarang dah pencen tetapi semangat untuk sukan bina badan masih kuat.


Di taman ini ada beberapa replika haiwan seperti gajah, kerbau, naga...semuanya yang melambangkan gagah perkasa.


Kami pun action lah . Tapi saya sangat suka bunga yang berwarna ceria ini. Nantilah saya nak tanam di pergola laman BC.
Jadi,taman ini satu tempat persinggahan untuk melepaskan penat
Lagi tempat rihat, nak  cendol ke, nak makan rojak mamak, minum teh tarik ke......tapi bukan di Jonker Walk  Pondok-pondok ini terdapat di dataran depan bangunan Pos Opis lama dekat dengan jam besau di Jalan Laksamana. Pagi lagi, kiosk belum operasi, orang tak ada kecuali penggemar bangun pagi. Hi, hi.

Lihat tu...pekerja sedang mencuci lantai dataran...kasi bersih...jangan malukan Melaka!
Cantikkan barisan rumah-rumah kedai di tebing Sungai Melaka

Kampung Ketek


Seperti biasa, setiap pagi Ahad, InsyaAllah, saya dan kakak akan 'menjelajah' bandaraya Melaka bersejarah, sebagai aktiviti riadah. Apa lagi kalau bukan morning walk sambil mengimbau kembali sejarah silam. Pagi ini kami jelajah Jonker Walk. Kalau waktu pagi di hujung minggu jalan memang lengang. Pagi ini kami nak cari Kampung Ketek. Salah satu kampung Melayu peninggalan sejarah. (Note: 'Ketek' dalam bahasa Minang bermaksud 'Kecil'). Jadi kampung Melayu ini kecil terpencil di kawasan masyarakat China. tetapi dulu, dulu, dulu, kawasan ini memang kawasan kepunyaan Melayu.

Untuk ke Kampung Ketek, kami lalui Jonker Walk . Walaupun kami lokal, tercari-cari juga kami kampung ini. Selalu lalu, tak singgah.



Di Kampung Ketek ada beberapa rumah Melayu , peninggalan warisan. Ini pintu gerbangnya mengalu-alukan kedatangan anda. Oh, rumah Melaka dengan tangga batunya tak tinggal, okey!!

Terdapat batu giling, lesung batu, batu boh, tempayan, dulang lama dipamerkan sebagai pengetahuan anak-anak sekarang. Kucing sebelah tu 'real' tau bukan batu. Kucing jadi jaga, wei. Ada seseorang tu rindu dengan tangga batu rumah Melaka. Lihatlah dia termenung mengenag masa silam.
Jika anda suka menginap di sini, bolehlah bermalam di homestay ini.
Disini juga terdapat rumah Munshi.Abdullah
Sebenarnya di Kampung Ketek terdapat perkuburan sejarah.
Dan juga beberapa lagi kubur pahlawan-pahlawan Melayu Aceh yang menentang tentera Portugis bila Portugis menyerang Melaka zaman dulu.

Kampung Ketek adalah muzium tersendiri. kawasan dan rumah dijaga.Kalau sebelum ini rumah-rumahnya  terbiar sekarang sudah diberi nilai tambah, dicantikkan. Inilah dia warisan  kita.. Untuk makluman, masih ada penghuni di kampung ini.





Dalam perjalanan ke parkir,  sempat saya potret rumah ini, rumah yang juga telah di 'upgrade' kan. Letaknya rumah ini di tepi Sungai Melaka. mengapa rumah ini menjadi kenangan? Masa kanak-kanak, inilah rumah kami! Bukan di Kampung Ketek tapi di "First Cross Street', (nama lama!)
Dekat sekali dengan Naga!
 Sampai di sini dulu......
Nanti akan saya cerita lagi

Di satu pagi

Sempena menyambut Tahun Baru Cina tahun in, replika seekor naga melingkau telah digantungkan di jalan masuk Jonker Walk di bandar Melaka. Dengar cerita, trafik jam waktu nak naikkan naga ini di awang-awangan.
Hebatkan?
Bagaimana ye mereka gantung naga ini?
Berapa lama naga ini akan tergantung? Sepanjang tahun naga ini ke?
Di melaka bukan saje ada ulau melingkau tepi pagau,
So, kalau you all nak lihat kehebatan orang melaka, datanglah tengok naga melingkau di Jonker Walk!!
You all nak tau lebih lagi mengenai naga CNY ni bolehlah ke sini
Berhampiran, ye, sangat dekat, dengan naga ini.ada ......
Sebab ramai pelancong luar singgah di Melaka, maka sudah tentu cafe yang terkenal antero dunia terdapat di sini.. Oh, warnanya pun merah sama dengan
 tangga batu rumah Melaka, sama dengan

bangunan stadhyus, jam besau, memang ceria bandar melaka ini, bukan? Orang kata 'makan gambau'
Mengapa tak de kerete ? Sunyi sepi?
Tak, kami waktu itu morning brisk walk sepanjang Sungai Melaka, matahari baru nak jengokkan diri
dan bayang-bayang awan bermain di muka sungai

Itu sebabnya jalan masih sepi
Inilah dia jalan Tun Cheng Loke, dulu namanya Heeren Street. Sunyi juga.
Di sinilah saya dilahirkan , disalah sebuah klinik swasta,Ong Maternity.
 Itulah kisah di satu pagi, sambil jalan-jalan riada diri.






Berita bergambar: Masterchef Muda



 Hotel Naza Tyla  Melaka 15 Januari 2011, petang Ahad
 Ada program  Kelas Masakan untuk kanak-kanak 7- 12 tahun.
Eh? Mana dia peserta wanita? Bila nak mula ni? Tak sabau kami!


Mula-mula demo dari chef-chef. Perhati betul-betul, okey.
Baik, Chef!
Resepi  pertama,  Omelette...telur dadar ., pegang sudip elok-elok, jaga terpercik minyak

Resepi kedua,  roti telur berinti, 'french toast'. 
Nabil menyapu jem, Iddin, mentega. Ah, lain kali bolelah buat sendiri, ye!
Hati-hati Naufal dan Juri (berbaju belang) bakar ikut bentuk roti
 Resepi ketiga, Nasi Goreng China

Mmmmmm rasa tak garam nasi goreng  tu?
 Balik nanti,  bolehlah masak untuk  ayah dan ibu
En Johari pun berminat siap ambil catatan.

Dah masak, apa lagi, jom kita makan...apa rasanya?
Hurray...kami boleh masak, Terima kasih Chef!
Terima kasih Hotel Naza Tyla. apa kata lain kali buat lagi kelas seperti ini,
kami nak jadi Masterchef Muda
Mummy, Naufal pandai buat  roti telur
Nasi Goreng Iddin sedap mummy.

Chips n Koi

Chips
 Saya jumpa apa yang dikatakan 'Arrowhead' di JJ Peringgit pagi tadi.
Teringat saya Cg SAK ada entri mengenai "Arrowhead Chips". Rupanya nama dia dalam bahasa Mandarin   'China Ngarku'
Ini rupanya, ngarku,bentuk ubi-ubi kecil
 Kata adik yang menjual  'Sedap makcik, digoreng macam kerepek ubi'

Balik rumah, saya ikutlah cara membuat 'Arrowhead Chips' seperti yang diajar oleh Cg SAK. Memang sedaplah. Saya tak tambah garam. Rasanya, asli manis. "Ngarku' hanya ada setahun sekali, itu pun pada musim tahun baru China. Hari raya kita, tak ada pula dia!
Terima kasih Cg SAK atas kerepek perasa baru.

Koi
Ada seekor koi dalam kolam laman BC. Ada kala saya lihat dia 'keseorangan' (boleh ke?). Dia melekatkan diri pada dinding kolam yang berlumut, sambil terkumit-kumit mulut dia. Bila time makan, boleh pula dia berenang ligat bersama koi lain berebut makanan. Kemudian dia kembali ke tembok kolam. Lama saya perhatikan, begitulah keadaannya.

Satu pagi saya lihat dia terbaring di lantai kolam. Ingatkan  dah mati.
Koi yang sakit terlentang, tak tau mengapa

Bila dicuit, dengan segera dia timbul, berenang dengan laju sambil  berpusing-pusing. Badannya tak tegak tetapi senget , Stail kuaklentang! Lepas tu, dia baring semula.
Nampak tak koi yang badan putih tu? itu cara dia berenang
Apa kes koi seekor ni?
Adakah dia kekeyangan? Adakah dia sakit? Adakah air kolam tercemar?Saya teliti  sifatnya masih lengkap!
Bila dia terbaring selalu saya agak dia dah mati, tapi bila disentuh, dia'terjaga'
Masih bernyawa!

PS. Maaf ye, entri saya sebelum ni yang menceritakan pertama kali saya memukul kompang dalam hadrah telah terdelete. Itulah dia, jari lebih cepat dari mata, tak baca betul, tertekan 'delete'