Rekacipta

Balik-balik cerita kolam koi, lumut....kolam koi, lumut.....tak ade crita lain ke makcik?

Well, siapa suruh buat kolam ikan, kan dah banyak kerja...tapi saya suka!!!

Ni, petang tadi MrJY telah menggunakan 'out-of-the-box' dia lah. Macam mana nak ubahsuai 'dustpan; menjadi pengaup lumut yang banyak terdapat di dasar kolam(dasar???) maksud saya lantai atau base. Dah macam karpet hijau kehitam-hitaman lumut tu.
Maka, setelah berfikir panjang, ukur sana sini  'dustpan'
gergaji buat lubang, lekatkan net, skrew...
.....dan jeng, jeng, jeng
terdapat lah
Nanti, sekali sekala, kaup aje lumut itu macam ini. Kan nampak bersih??
Alat ini tak terdapat di kedai tau! Sendiri mau fikir!

Iddin : Otak Tok Lang bergeliga!!
Memang kreatif,,,tak terfikir dek saya.

Ada satu lagi inovasi
Alat ini memudahkan kerja saya....

Lain kali ajelah ye?

Ops Lumut


Lah...siapa pula rajin sangat bantu membasuh kolam ikan koi di laman rumah BC? Tak sempat tunggu petang, tengahari buta pun sanggup turun padang eh, turun kolam. Mujur ada topi apek sebagai pelindung.. Ini baru panjat bangku batu. Kemudian panjat pula ke atas tembok, baik-baik jangan tergelincir. Dengan berus sabut, dia memberus kolam takungan air terjun. kaut lumut, mengalir ke dalam 'net'.  Kaut pula lumut 'hitam' yang menebal di dasar kolam.  Lepas tu, dia cuci pula takungan sistem penapisan aliran  air.  Sudah tentu tuan punya kolam turut membantu.Saya berendam sambil tercari-cari mana  'filter' perangkap lumut san sampah yang ada di dasar kolam.  Banyak lumut  terperangkap. Banyak lumut terapung-apung. Air dah tak jernih, maka itulah tercari-cari, Koi-koi menyorok.Takut agaknya!! Saya tak tahu tentang cuci mencuci ni. Yang saya tahu, bila nampak aras air dah  melebehi had biasa, dah sampai masanya  filter mesti dibersihkan. . Tentu lumut dah tersangkut. .... Saya cuma cubit-cubit bersih lumut  pada tembok air terjun.
Jangan risau, kata hero saya. Nanti air kotor tu masuk ke dalam tapisan ini dan air bersih akan masuk ke dalam kolam semula. Ada kitaran air. Tunggu sampai tengah malam nanti, air akan jernih semula. Ini yang lecehnya dengan kolam ikan, mesti selalu dibersihkan . Macam mana ye, orang yang ada kolam renang? Oh mereka upah aje, takkan nak cuci sendiri.
Kata saya, kan elok kita upah aje orang cuci kolam ini?
Jawab dia, tapi kita mesti tau juga caranya. Boleh buat sendiri.
Tapi, kolam ini akan berlumut semula. Tengoklah  dalan masa seminggu.

Anyway, cara kita tak sama dengan cara 'tukang cuci kolam berbayar'. namum kolam kembali bersih dengan air yang jernih.

Bagaimana kalau saya buat pergola di atas kolam ini.
Kolam akan terlindung daripada cahaya matahari.
Sekurangnya lumut tidak menebal. Sikit lumut okey, nampak natural.
Air pun tak panas.
Saya juga tak akan menjadi pencuci  lumut! Sejuk ma, berendam....


Setelah di bersihkan...ceria..

Waktu malam
Koi dengan lumut.

Riang gembira

Ahad yang lalu
Ada perjumpaan 'morning coffee' ahli-ahli perkumpulan perempuan bukit baru.
Amboi...makcik-makcik yang hadir bukan main lagi seronok menari dan menyanyi.
Orang Melaka kan...suka lah menari. Bukan apa, menghiburkan hati, berjumpa kawan-kawan, makan-makan, berebut-rebut.

Pagi Selasa. Pagi tadi. Breakfast.
Lagi perjumpaan. Kumpulan taichi atau senaman pagi pula.
Makan-makan, menari-nari lagi di rumah salah seorang ahli, Kak Saoyah (saya panggil kak Sokyah)
Kak Sokyah sediakan minuman dan kuih raya (banyak lagi!)
.Sukanya dia..dari kiri: Yang benar, Rahmah (hos berikutnya), Kak Sokyah, Zainun

Ketawa-ketawa, bertukar cerita. Bergambar (Oh dia orang suka benar ambil gambar!!!)
Main menu Mee Rebus (Mee Kari).

Dikir Barat, relaks.....Pengerusi (duduk di sofa dua dari kiri) senyum tengok anak buah gembira!

Kata pengerusi. Perjumpaan 'gather-gather riang ria' berikutnya di rumah Rahmah. Isnin akan datang.
Lepas taichi, kita breakfast di rumah Rahmah pulak.(Rahmah dah fikir panjang, risau juga,  apa nak disediakan!)
Ha.. Rahmah...awak sediakan nasi lemak. Yang lain datang bawa tambahan seperti kuih.
Berkali-kali Rahmah pesan saya, jangan balik Kuantan dulu,' tunggu lepas rumah saya , boleh balik'.
Kalau ada rezeki.....

Ini pula Idah. Alhamdulillah, Idah akan menjadi tetamu Allah ke tanah suci musim haji ini. Idah sahabat sepermainan semasa kanak-kanak dulu. Sebelum makan-makan, kakak telah mengetuai bacaan doa selamat semoga Idah selamat menunaikan haji, selamat pergi dan kembali.

Rupanya Idah ada suara emas...sempat dibuli oleh pengerusi menyumbang sebuah lagu "Pujaan ku dosa kah aku...." nyanyian S Effendi. lagu lama...

 Pengerusi buat pengumuman lagi. Ini ala tangkap muat!
Lepas rumah Rahmah hari isnin, perjumpaan berikutnya kita ke rumah Norlia pula.
Norlia, siap sedialah awak, ye...
Kalau rasa gembira, tunjukkan tangan....kata Norlia

Wah, kalau begini...kalau dalam seminggu, ada dua rumah...sampai hari raya haji lah perjumpaan riang gembira warga emas ini. Elok juga ada get together macam ni, mengeratkan lagi persahabatan dan silaturrahim.

Kalau nak badan sihat, hati mesti riang, beb.
Tapi makan mesti jaga juga tau.

Katak Koi!

Sudah menjadi rutin sekarang.
Memberi makan ikan koi yang masih kecil. Ikan-ikan ni tau pula 'puan'nya datang. Dengar aje tapak kaki berkerumun mereka di satu sudut kolam. Terjulur-julur muncung masing-masing nak tangkap pelet-pelet makanan mereka. Saya campak pelet sikit aje. Terhibur hati saya melihat koi berlumba-lumba berebut-rebut pelet tadi. Sambil menunggu 'time' makan lagi, saya perhatikan koi akan makan lumut yang melekat di tepi kolam. Bilalah nak besar koi saya?
Jom makan, koi....Koi suka main-main di bawah pancuran, rekaan JY

'Oh hujan oh hujan, mengapa kau turun?
Macam mana aku tak turun, kodok panggil aku'

Ah tentu anda tau kan lagu ini?
Memang benar, sering terdengar bunyi koir  serak-serak bising, mengganggu ketenteraman sekeliling.Bising'Krukkkk.krukkkk...krukkkk!!!!
Tanda hari nak hujan. Ini berlaku di laman rumah BC. Bingit bunyi koir ni. Kadang-kadang selepas hujan, terdapat beberapa katak tersangkut dalam kolam ikan koi. Maka tanggunjawab siapa nak tangkap 'PATI' kolam koi? Akak jugak......Buang sifat geli dan takut. Dah terpaksa. Kadang-kadang saya cari berudu, tangkap dan campak jauh-jauh dalam longkang. Kalau tidak bertambah populasi katak, lebih dari koi. Kenalah rajin banyak ye?
Katak oh katak ..... mari sini...oh sembunyi ye?.
PS. Gambar-gambar peminat  ikan koi tu, kakak yang 'tangkap'. Boleh ek angah? Terima kasih.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 54 dan 
SELAMAT HARI MALAYSIA

Jalur Gemilang berkibar megah di laman BC sejak bulan Ogos yang lalu.

Selera kampung

Satu petang kami ke Tambak Paya, sebuah kampung terletak antara daerah Melaka dengan Jasin
Seorang sahabat, Pn Rokiah binti Sujud, jemput kami berhari raya di rumahnya.


Hidangan khas ubi rebus dengan sambal tumis. Kalau tak suka pedas, ada kelapa muda gaul dengan gula melaka. Sedap makan ubi rebus tika hari hujan dengan kopi panas
Pn Rokiah ini juga pengusaha kuih bahulu. Saya nak sangat rasa kuih bahulunya.
Tapi dah habis stok. Tak pe, kita makan aje ubi kayu rebusnya.
Enaknya...ubi empuk, sambal nya pedas!
Dari kiri, bersama Kak Asmah, Jah,  di hadapan rumah Pn Rokiah (baju jingga)

Pergi kampung, lalu kakak bergambar ala-ala gadis desa, siap ada bunga lagi disisip di telinga.

 Bila pula nak makan masak asam rebus sayur keladi?
Atau masak asam rebus turi simpul dengan keledek?
Ke selera kampunglah nampaknya!!

Ros Raya

Bunga Raya (jenis Hawaii) ini saya beli sebagai tambahan pokok penyeri laman. RM1.00 sepokok. Bila dia menguntum, tak sabar menunggu bunganya kembang. Pertama kali, ia menghasilkan bunga yang agak besar. Warnanya pink pekat. Cantik. Tapi sayangnya, tahan satu hari sahaja. Esoknya ia layu. Eh, tak tahan rupanya bunga raya ini. Tidak mengapa tunggu kali ke dua. Pun begitu juga. Kembang. Layu. Gugur. Bunga Raya ini manis ke? Saya lihat banyak geng semut berlari-lari pada wajahnya!
Hari pertama kembang mekar
Hari kedua,.......sedihnya

Di laman rumah ada lagi pokok penyeri laman (dan penyeri hati). My new love. Ros kampung. Bukannya specie yang mahal-mahal, bukan dari Cameron Highlands tapi yang 'kampung-kampung'.  Ros kampung ini RM5.00 sepokok. Pokok ros perlu dijaga dengan kasih sayang. Perlu banyak cahaya matahari, Cepat meninggi. Kalau dah tinggi agaknya elok saya letak pada tiang pagar. Tentu ia akan membesardan melingkari pagar.Tapi masih juga kuntum-kuntum yang di datangi ulat.



Ros Raya penyeri laman. Penyeri hati. terapi diri.

HR Puasa 6

Alhamdulillah...hari ini saya berhari raya pusingan kedua setelah dengan sabarnya menghabiskan 6 hari berpuasa sunat Syawal.
(Refleksi: Satu ketika dulu, zaman budak-budak dan remaja, selalu lihat yang amalkan puasa 6 ni orang-orang 'tua'. Sekarang kita dah masuk kumpulan ini......!!)
Apa makanan special hari ini? Dah lama tak masak soto ayam.  Bahan-bahan asas untuk membuat soto ayam sudah ada. Ke Mydin bersama kakak selepas sarapan untuk dapatkan bahan lain seperti serai, bawang, taugeh, daun sup dan daun bawang. Soto ayam makan dengan nasi himpit! Bestnya! Oh ya, saya guna rempah soto Mak Siti.


Kakak pula sibuk buat biskut mazola (sebab stok dah habis!)
Sedang saya tekun memasak, tiba-tiba "Eh! Ada tetamu datang! Siapa agaknya?"
Rupa-rupanya, kakak (yang juga sambut Raya puasa 6) telah hubungi kawan-kawan tanpa pengetahuan saya. 'Surprise" katanya.
Zaitun, Khuzaimah dan Zainun (kakak Zaitun) tetamu kejutan saya, datang dari Air Keruh, nak rasa Soto Nora.
Alamak...apalah rasa soto ayam saya ?

Soto ayam lengkap dengan bergedel, bawang goreng, su'un goreng, kicap cili api

Rasa soto ayam lah!!!
Mujur tetamu suka hidangan yang disediakan.

Sedaplah!!

 Terima kasih Ton, Khuzaimah dan Kak Non berhari raya di rumah kami





Minggu Pertama HR 2011

Bergambar sakan!!!
Kuih Raya: Tart Nyonya (dijamin halal!), biskut, kacang sedap, (oops ada tinggal botol aje ni!)
Di belakang tabir untuk 'photoshoot' gambar famili. Jurugambarnya, in-house aje tapi pro!
Jejaka idaman . Maaflah sudah ada yang punya! Dari kiri: Sor, Lan, Cik Din. Senyum menawan ah!
.Bersama keluarga sepupu, Suzana  dari KL (husband, Hj Fadhil n Su , staf LUTH). 
Kunjungan Ani n famili dari Kuantan.
Makan time....orang KL idamkan masak asam Melaka.
Apa lagi ..... asyik kat TV
Ini geng Cik Din, cucu Nek Lang,  (Iddin baris kedua kiri) Yang besar tu Johan, BFF Cik Din
Bila lagi nak bergambar ramai seperti ini? Bersama famili uncle Hamid (adik bongsu arwah mak), yang berbaju belang.Datang dari KL juga.
Kalau tak raya tak sampailah Nani (cousin) n famili from Shah Alam  Tapi Nani InsyaAllah mesti datng punya jumpa cousins in Melaka.  Menu: Masak asam daging Maheran (SIL),tu di hujung meja.Sedap you!
Ini Janet Yong, Kata Angah 'My classmate since standard 2! Di belakang tu, salah seorang bekas anak murid Janet. "I didn't know I taught her before".
Bersama Sh Dina, anak saudara. Lama tak jumpa!
My cousin Roslan n famili mesti singgah, kalau balik dari Pagoh (kampung Nor, wife dia)
Amirul posing di kolam ikan.
Ada lagi kuih raya

Itulah dia kenangan raya minggu pertama Syawal.
Minggu kedua......start puasa sunat syawal, InsyaAllah.
Mingu ketiga?????
Unpredictable plan...hi, hi, tapi undangan majlis kahwin dah mula sampai.....
Apa-apa pun "Selamat Hari Raya" kepada pengunjung 'Sekilau one',
Ada masa 'jumpa' kita lagi, ye!