Gatal-gatal

Mengapa waktu malam tekak saya gatal-gatal?
Huk, huk,huk..terbatuk-batuk dibuatnya.
Terus ambil ubat untuk meredakan kegatalan tekak.
Minum juga air asam jawa yang dimaniskan dengan si gula batu.
Lega.
Malam terbangun juga kerana batuk-batuk,
Minum air banyak-banyak.......
lena, tidur sampai ke subuh.

Siang?
Tak pula tekak terasas gatal-gatal, tak pula batuk?


Cuaca hari ini panas tetapi berangin.
Bolehlah saya ke laman rumah.
Pokok bunga petunia sudah mula menampakkan dedaun kering.


Saya sayang petunia,
Petunia menceriakan halaman rumah
Saya tak mau dia mati kering.

Petunia disiram air, tapi takut pula kalau banyak, ia akan mati.
Tapi kata si Ah Chong (nurseri), 'dia kena siram 2 kali satu hari'
Oh! gitu.....

Lalu tangan ini gatal hendak memetik semua daun kering pada petunia ku ini.


kemudian petunia di beri baja, disirami  air, banyak sekali.
Harap-harap ia tak akan kering dan layu.
Tapi kata orang hayat petunia 6 bulan saje
Itu sebab dipanggil "pokok 6 bulan" (6 purnama, boleh tak?)
Kalu begitu, cari yang baru sahaja nanti.

Aku hairan juga dengan seorang  yang bernama "nor"
Sudah dua kali memberi komen pada posting mengenai 'perkebunan'
Panjang pula tu dengan idea yang  menarik, tapi...
"Profile not available"
Gender?
Hawa? Adam?
Garuk-garuk kepala yang tak gatal...

Kebetulan ke ini?
Mamat ni yang sedang buat projek fasa 3 di BC
minta laluan nak cuci tangan di paip air.
Waktu rihat,  nak makan.
Saya tanya "Adik apa nama?"
"Nor" jawabnya.
"Ah?????????"
Tak mungkin.

Okeylah, dah tengahari.
Jom, join saya makan Nasi Goreng Cendawan!
Tak, cendawan ni tak gatal punya, ma...
tapi bila telan ikan bilis,
gatal pula tekak..lalu...
.huk, huk, huk....

Intai-intai

Panas di luar. Sangat panas dan kering.
Nak keluar, maksud saya ada urusan di luar.  Tak jadi.
Tapi terpaksa juga menapak ke Warung Mak Leha. Nak intai  lauk apa yang ada untuk makan tengahari.
Lalu, belilah masak asam tetel (RM3), masak lemak nenas + ikan kurau (RM2), ayam goreng (2 ketul).
"Cukup tu Leha" dan keluarkan RM10  untuk bayaran.
"Semua RM9. Ambik telur asin satu, ek. Tak payah balik duit" kata Leha.
Siapa patut cakap "keep the change "  ???
Orang kampung punya pasal.

Hari semakin panas. Kipas pusing ligat.
Elok duduk diam-diam di rumah, layan blog.
Elok juga kita intai-intai kat tingkap dapur.
Ada apa. ek?

Nasi sejuk

Hari ini saya banyak free time.
Nak masak? Siapa nak makan?
Nasi semalam banyak lagi dalam periuk.
Nak buat nasi goreng...asyik-asyik nasi goreng,,,,bosan pula.
Teringat pernah terbaca di cik ternet, nasi sejuk jangan dibuang, boleh buat cokodok, cucur, jemput-jemput.
Nak cubalah.
Tekan kat en Google....'Cucur nasi sejuk'
Maka timbullah senarai posting cara membuatnya.
Ramai rupanya dah cuba membuatnya dengan bahan sampingan sendiri tapi asasnya nasi sejuk. Terimakasih kepada mereka yang baik hati kerana berkongsi resepi.


Saya  ke rumah ini untuk bantuan.

Perlu diingat adunan jangan cair. Kalau tidak,  gorengan dalam kuali  terserabai, selerak...tak bersatu. Mesti sepadu dengan tepung gandum.
Bila dah habis adunan digoreng, rasa dulu.....
Oh rangup kulitnya dan lembut cucurnya. Makanlah  dengan sos.


Minta maaflah, saya tak ambil gambar cucur nasi saya. Jadi tau, jangan kata tak jadi. . Saya turunkan yang Mat Gebu punyalah. Cucur saya cuma kurang sikit gebu seperti dalam gambar di atas. Hem...

Oleh kerana banyak juga hasil gorengan cucur nasi sejuk, lalu saya edarkan berkongsi; dengan 2 orang rakan-jiran seangkatan dengan saya, Cik Senah dan Cik Jah.
'Kat mana dapat resepi?'
'Kat internet..komputer'
Almaklum, mereka tak ade komputer, apalagi kemahiran berinternet.

"Lembut, sedap. Macam mana buatnya?" kata Cik Senah.
"Guna nasi ke? tanya Cik Jah.
"Guna nasi sejuk, kitar semula,  diblend dengan air blah..blah..blah..Blend sekali bilis, bawang....."
"Ada juga idea nak buat apa dengan nasi sejuk" kata  Cik Jah lagi.
Air muka mereka gembira. Maklumlah dapat idea baru
Suka saya dapat share resepi.

Di rumah,
"Masin sikit" kata kakak.
Alahai.....ingatan untuk saya..
Lain kali perlu hati-hati bila tabur garam.
Lain kali bolehlah tambah udang, kacang peas ke, jagung ke.....

Ah Lian, Ah Lian

Pagi tadi menapak ke kedai Ah Meng lagi.
Sesampai di kedai, Ah Poh dan Ah Lian sedang menetapi surat khabar N*n Yang S++ng Po (agaknya) pada berita keputusan STPM. Sambil tu sibuk mulut celoteh apa-apa entah.
 Saya biarkan mereka.
Lepas tu...
"Ah Poh, ada gula batu tak?"
"Ada.....Rm1.70 satu paket" dan hulur saya satu paket lump sugar
Kemudian dia minta Ah Lian menerima pembayaran saya.
"Lian, awak ada duit kecik tak? Sori lah saya tak ade duit pecah"
"Ada" lalu keluar beberapa cekak duit 'kecik-kecik'. ( belum masuk bank  agaknya!)
Dalam hati saya, kalau di kedai M, marah penjual kalau kita keluarkan duit 'besar-besar' untuk bayaran yang sikit, waktu pagi-pagi pula tu. Boleh dia kata bayar karang-karang maksudnya bayar kemudian, pay later. Atau dia tanya kita balik "tak ade duit kecik?"

"Awak mau masak apa pagi ini?" tanyan Ah Lian, sambil kembalikan wang balik saya.
Saya senyum aje.
"Malam-malam sebelum tidur, awak ada pikir apa mau masak besok pagi tak?"
"Tak lah..saya buka buku masak"
"Oh tengok buku eh? Buku masak mahal mahal lah..."
"Tapi ada macam-macam boleh masak. Pilih saje."

'Gula batu ini saya mau ubat tekak gatal ......" belum habis saya cakap
"Oh... saya tau, saya tau....."
Apa yang Ah Lian tau, apa yang saya tau...,
Saya tak tau....

Masak Omputih

Dah berapa kali daging kisar keluar masuk fridge. Tak jadi-jadi juga nak dijadikan bahan.
Pagi ini, mesti buat juga.
Semak-semak bahan-bahan yang lain yang diperlukan......
Alahai...tak ade cili gling, tak ade cendawan butang (optional), buah tomato pun tinggal sebiji.
Nak masak tak?
Okeylah mesti buat juga..
Untuk mendapatkan bahan-bahan yang tidak ada dalam stock, kenalah menapak ke kedai runcit kampung, Kedai Ah Meng, di simpang sana.
Ambil cili giling/cili boh,  buah tomato dua biji....
"Ah Lian (kakak  si Ah Meng), ada cendawan butang tak?"
"Ada"
"Wah, semua ada, tak payah saya ke M*din"
"Awak nak masak apa?"  Memang Ah Meng, Ah Lian dan Ah Poh, adik beradik dah kenal lama. Kalau ke kedai dia, macam-macam soal nak tau perkembangan kami terkini. Itulah kedai runcit kampung. Mesra pelanggan.
"Nak masak  makaroni goreng"
"Oh, awak nak masak omputih eh? "  tanya Ah Lian.
"Yalah , pagi ni nak masak omputih"
"Tu mee goreng sebelah rumah tak makan kah?" (kan dah kata , mesra pelanggan!!!)
"Makan juga sekali sekala" (layan juga!!)

Jadi, ini bahan-bahannya.


Ini hasilnya, masak omputih!!!!

Hirisan daun bawang dari herba korner

Fasa 3

Fasa 1...siap

Fasa 2...siap

Fasa 3......dalam proses...


Tanya seorang sahabat, Kk Wan,.."Awak ada?"
Apa yang "awak ada" tu Kk Wan?
Tunggu sebulan lagi.....

Masak apa tu?

Dah lama tak ke dapur.
Dah lama minat kat buku ini.

Imej di ciluk dari si Muffinbiru. Boleh eh Ezza?
Ada 365 resepi! Pilihlah mana-mana satu, satu hari satu resepi.
Sangat membantu orang-orang macam akak.Beli juga lagi sebuah sebagai hadiah pengantin baru yang mungkin baru nak berjinak-jinak di dapur (dan pening kepala nak masak apa hari ini)


Oh .bawang yang akak semai dulu, bagus hasilnya. Daun bawang dah meninggi.Nak buat apa ah?
Bagus sebagai salah satu bahan untuk Bergedel daging. Akak goreng kentang yang sudah dihiris, Kemudian lenyek dia sampai hancur.. Goreng hirisan bawang merah, Goreng daging kisar. Dalam bekas, campur semua bahan gorengan. Tabur hirisan daun bawang (tanaman sendiri) Daun sup tak ade. Tak apa. Tabur serbuk sup. Gaul rata. Kemudian ambil seceput-seceput, bentuk adunan supaya menjadi bulat dan leper. Celup dalam putih telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Goreng dalam minyak. Angkat dan tos. Jangan lupa rasa masin tawarnya.

Bergedel daging siap untuk digoreng
 Iddin sangat suka asparagus.


Buatlah juga untuk dia, asparagus goreng Tapi kali ini, tak masuk belacan. Just  hirisan bawang merah, putih dan cili merah. Tumis.  Masuk udang ke dalam tumisan Gaul rata. Tambah sikit sos tiram. Bubuh sedikit air.  Masukkan asparagus. Rasa ..masin, tawar? Masak hingga asparagus enak rangupnya.Senang aje.

Kedua-dua resepi diilham dari buku 1H1R. Terima kasih Chef Hanieliza

Gerenti jadi punya....

Oja dan Man

Seperti yang dirancangkan, kami sekeluarga ke Bandar Tun Hussein Onn untuk majlis perkahwinan 'Oja dan Man' (Rozanna dan Azman). Bila dah berjumpa, mulalah buka kisah-kisah lama semasa tinggal berjiran di Taman LKNP, Bukit Setongkol, Kuantan.. Terharu dibuatnya. Mama Roza (dengan rasa bangga) perkenalkan saya 'cikgu nilah yang jaga Roza masa dia kecik-kecik dulu). Roza pun ayu, cantik ,comel, senyuman dia masih macam dulu lagi

Bersedia, mula!

Wajah manis
Selamat pengantin baru Oja dan Man. Semoga bahagia hingga akhir hayat.
 Aunty dah tunaikan janji dan harapan Oja. Terima kasih sekali lagi ingat aunty. Jaga diri baik-baik. ya...

Roza si "janji manis mu"

Lagu "Janji Manis Mu" menjadi kegemaran Roza, anak cilik yang akak kenal pada awal tahun 90'an. Akak berjiran dengan keluarga Roza. Waktu itu dia belum bersekolah lagi. Selalu dia bertandang di rumah akak kalau dia lihat akak ada di rumah. Daripada dia lepak-lepak, akak ajar dia membaca. Roza juga bersekolah di tadika tempat akak bertugas. Jadi dia macam "Mary had a little lamb" . Akak "Mary" , dia "lamb. Ke mana-mana akak pergi, dia ikut. Emak Roza, Pn Salmah, selalu hulurkan akak makanan bila dia masak yang sedap-sedap. Dia pandai masak.  Boleh dkatakan keluarga Roza rapat juga dengan akak. Oh ye, keluarga dia juga suka berkaraoke. Setiap petang dengarlah suara anak beranak "tarik suara". Juga akak tak boleh lupa jeritan "AJK Sambutan" (Roza dan adik) "Abah balik eh, abah balik eh" sambil terlompat-lompat dan bertepuk tangan , menyambut kepulangan abah  dari tempat kerja. Gembira hati abah bila anak-anak sambut di muka pintu.

Bila akak bertukar ke Bandar Pusat Jengka,  perlahan-lahan lost contact...hingga lah semalam 6 Feb 2010.
Nombor  yang tak saya kenali, tak ada dalam register saya.
"Hello, siapa tu?"
"Aunty, ingat lagi tak Roza?"
"Roza?. (Ingatkan rakan blogger)
'Roza yang tinggal di Taman LKNP, Cenderawasih"
Ah , baru teringat..terkejut benau-benau. . Tak sangka.."okey, okey, awak di mana?
"Di Kuantan, depan  rumah aunty, tapi tutup aje. Aunty, saya nak kahwin...ni nak jemput aunty."

Oh kisahnya.Dah nak kahwin si Roza. Kami  bertukar SMS untuk bertanya khabar. Maklumlah hampir 16 tahun tak berjumpa. Kami tertanya-tanya juga mana menghilang keluarga Che Kama?
"Kami sekeluarga dah pindah KL. Abah  meninggal dunia tahun lalu (Al fatihah), Along dan Angah  dah berkeluarga, adik sedang belajar.
 Bagaimana dia tahu no hp akak?   "Dari jiran sebelah rumah di BS. "
Katanya lagi "Tak sangka dapat juga saya nak jemput aunty ke majlis kahwin saya. Memang berhajat dari dulu lagi bila saya nak kahwin, nak cari aunty sampai dapat."
Part ni yang aka terharu......cari aunty sampai dapat.
Kebetulan akak ada jemputan majlis perkahwinan anak  dua sahabat di Melaka pada hari yang sama. Kata Roza" Tak kisah..janji saya dah dapat jemput aunty. Tapi, seboleh-bolehnya harap-harap aunty dapat datang"

Harapan dan hajat Roza, anak cilik yang agak manja juga dengan akak. Masih terdengar dia menarik suara "Janji Manis Mu" Masih teringat dia belajar membaca..A, B, C...dan seterusnya boleh membaca cerita-cerita  mudah.

Terima kasih Roza, masih ingat Aunty. Semoga majlis yang diatur akan berlansung dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah aunty akan hadir kenduri majlis perkahwinan Rozanna binti Kamarulzaman, Sabtu ini di Cheras.

Tanaman herba pasu

Dua pagi hari yang lalu, akak nak masak nasi goreng cina untuk sarapan. Buka lah fridge cari bawang merah. Apa sudah jadi???
Daun bawang sudah mula menunjukkan diri!! Akar pun mula tumbuh. Akak  dan orang-orang di rumah ini jarang masak. Ini lah akibatnya. Tsk.tsk.tsk....
Satu hari, nampak ubi kentang dah menunjukkan 'mata', cepat-cepat bersihkan, potong 'wedges'. Goreng.


 Okeylah, kite tambah koleksi sudut 'taman herb pasu' di bawah pokok betik.
 Moga-moga akan dapat menuai daun bawang. Cik bawang merah, besau dan kecik....disusun kemas-kemas dalam pasu....
Tak lama lagi tinggilah daun bawang hendaknya.



Ada yang keputusan  daun bawang? Sila, sila...kalau tidak, daun bawang pun akan layu juga
sebab
kami jarang masak!

.

Tetapi,
walaupun jarang ke dapur, bila 'emergency', ke sudut inilah dicari daun kunyit, daun kari, ulam pegaga, daun pandan, daun bawang, daun limau purut..
berguna juga!
Jadi, akak mesti rajin menjaga tanaman herba pasu ini.

Naik pangkat

Akak naik pangkat? Mana ada...pensioner.....naik pangkat apa?
Tapi kan...
MsHart, anak saudara saya. MrKindheart hubby dia. Kedua-dua mereka panggil saya 'Alang'
(sepatutnya 'Mak Lang' kan?)
Iman, Amal, Idin, anak-anak mereka, panggil saya 'Nek Lang' (betul lah tu)
Mereka ini ada seorang sepupu (anak saudara MrKindheart) yang panggilan manjanya, Jaja.
Jaja pun panggil saya 'Nek Lang'. Betul lah, kan?
Emak Jaja (kakak  MrKindheart)  dan bapak Jaja panggil saya 'Alang' juga

31.1.11...baby 3 in 1 dilahirkan. Jaja menjadi ibu kepada seorang bayi comel, Mohd. Affiq Nauffal bin Mohd. Fairuz, baby pertama. Comelnya!!!

Maka sudah pasti....

MsHart dan MrKindheart dipanggil 'Nek Tam dan Tok Tam' ('Tam' singkatan untuk Hitam walaupun yang dipanggil berkulit cerah)
Iman...Kak Iman,  Amal...Kak Amal...Iddin...Abang Iddin (suka sangatlah tu)
Jaja jadi 'Mama'..... Fairuz.. 'Papa' (munkin ada panggilan lain agaknya)
Emak Jaja, Norli...'Tok Mak', Bapak Jaja, Rahmat.. 'Tok Ayah'
(kalau ikut orang Melaka  'nenek' dan 'datuk')
Bila ada orang baru, maka terjadilah perubahan gelaran pangkat dalam keluarga
(walapun bau-bau bacang)

Dan akak?
Naik pangkat jadi "Moyang".hu, hu, hu....

Panggil 'Nek Lang' okey ya Mohd Affiq Nauffal.
('Nek Yang' pun alright juga!)

Sesudah hujan

Hari hujan, tengoklah pokok petunia akak, tunduk, berat kena pukulan air

Hari ini cuaca cerah,  panas, petunia akak segar semula..
Begitu juga tanaman lain.

Sudah lama akak tengok  sudut laman yang belum diapa-apakan lagi.

Ia sudah di perkayakan dengan rumput rampai liar menjalar.. Asyik kerja bertangguh.  Nantilah hari cerah akan akak kemaskan, sakit mata melihatnya. Tak boleh tunggu.

Petang semalam, dalam cuaca redup akak rajinkan diri mencangkul,  mencabut, 'menebas'. Tinggal pokok bunga keembong unggu di tengah tegap berdiri. Okey, kawasan  agak  clear walaupun tak seberapa kemas lagi. Nampak tak  dua batang cangkul mini parking tepi tu? Itulah senjata akak gunakan untuk berperang dengan 'mat rumput'. Sesuailah dengan akak. Yang nampak sebelah pagar, rumah jiran!


Pagi tadi, akak dapat inspirasi. Ada sebuah bakul anyaman comel, kakak akak dapat sebagai cenderhati (diisi dengan gula-gula pelbagai) majlis kahwin rakan. Terbuang bakul itu begitu saje. Sayang, nak menghasilkan  bukan main susah lagi Bakul ini bukan bakul rotan  tetapi bakul daripada kertas.  Kertas digulung-gulung, dianyam,,,ada caranya..lihat di sini.
Daripada terbuang begitu saje, akak alas bakul  dengan  kertas kitchen towel, bubuh tanah dan tanam pokok 'lidah jinn'(betul ke namanya?). Lebih sesuai  kalau dapat  pokok berjurai. Di laman akak tak ade tanaman spesi berjurai (periuk kera adalah!) 
Ada daun berlubang! Natural! Cantik juga kan lidah jinn dalam bakul