4T


Salam,
4T....maksudnya ' for tea'
untuk minum teh petang nanti,
Check dulu...
Pisang (rastali) hampir lembik : ada, 5 biji
Kelapa parut (dah lama dalam freezer) : ada, (sepatutnya) yang dah buang kulit ari
Tepung gandum : ada sedikit, cukup

Okey, boleh lah buat lempeng pisang kelapa,,,, 4T

Lenyek pisang + gula,
Pisang jangan hancur .
Tambah tepung sikit-sikit(campur secubit baking poder) agak-agak je banyaknya
Gaul rata, macam buat cekodok pisang
tapi jangan lembek sangat.
Hangatkan kuali leper
Saya guna kuali mini, comel
Minyakkan sikit, supaya adunan nanti tak lekat
Ambil sesenduk adunan
Leperkan dalam kuali
Tabur kelapa parut (jangan lupa telah dibubuh sikit garam)
Balikkan lempeng supaya rata masaknya.
Boleh juga ditutup permukaannya,
kepanasan wap tak keluar.

Kalau suka, gaul sekali kelapa dengan adunan pisang+ tepung
bila masak....
dilipat.

Inilah hasilnya
Lempeng pisang kelapa
saya buat baru tadi

Tak cantik rupanya
tapi
sedaaaaap.

???


Salam dan selamat pagi.
Mengapa title posting ini '????'.
Tak terjawab saya.
Pagi ini saya buatlah cucur kodok (cokodok) simple untuk breakfast: bahan-bahan hirisan bawang, cili merah, daun bawang, tumbukan ikan bilis ditambah pada adunan tepung + telur (of course air + garam) Cadangnya nak makan dengan sambal sardin lebihan semalam.
Siap.......breakfast ready..
Dia.....siapa lagi....keluarkan sambal belacan (juga lebihan semalam) tambah kicap lemak manis....itu yang menjadi bahan cicah dengan cokodok simple.
Ah? Dengan sambal belacan?
Nampak laju dan sedap dia makan. Saya tak nak cuba....
Selera masing-masing, kan.
Bila pula dia nak makan cincalok Melaka? Dah lama menunggu tu....

'Tengok ni' sambil dia tunjuk keychain yang ada nama dia. 'Tengok apa maksud nama saya!'

"bererti Anak Sungai..(part ni saya gelak)
Bersifat tenang dan cintakan kedamaian.
Pemikirannya unik dan tajam.
Tinggi daya imaginasinya.
Mampu mengutarakan idea-idea baru yang menarik dan bernas"

(Saya: Eh, betullah, tepat sekali!!!)

Sampai masanya

Salam.
Sampai masa kereta saya diberi coat baru. Coat lamanya dah mula pudar dan warna tak sekata. Nak beri coat baru di Melaka, tak biasa dengan tuan punya bengkel. Baliklah ke Kuantan. Biasa dengan tuanpunya-tuanpunya kat sini. JY lah yang kenalnya. Hari Isnin, semalam, kereta dah masuk 'butik' untuk diberi coat baru. Tapi warna, kaler sama tau! Ori punya! Identiti mesti jaga! Nah, sekarang, duduklah saya diam-diam di rumah...berapa lama??? 10 hari you saya tak ada kereta! By next Wednesday siaplah......Oh, chauffer drivenlah saya kalau nak ke mana-mana. Patah kaki juga...jadi layanlah TV, layanlah PC, layanlah dapur, Nak ajak kawan keluar, dia pula tak ada transport. Saya yang selalu drive kalau keluar dengan dia. Agaknya rakan sekelas saya , di Aqrab, tertanya-tanya mana pergi Kak Nora ni? Agak mereka tentu akak ni pergi Umrah! (ha, ha..dulu saya tak hadir kelas 1 bulan, mereka kata 'akak gi Umrah ye?')
Cakap pasal 'patah kaki' hanya simpulan bahasa aje tau, dijauhi Allah.
Sebab, kaki kiri dah mula sakit ni, jadi saya tak boleh gerak cergas dan jalan jauh, Nanti sakit. Tapi taklah serious......tanda-tanda ke'muda'an...
Itu satu sebab duduk di rumah....good girl
To famili di BC, hope semua okey, take care ya......

Ustazah main kompang





Kalau boleh saya tak mahu miss Usrah setiap Jumaat jam 11.30 tengahari melalui saluran Dekat di hati'. Dan kadang-kadang dia muncul memberi kita panduan doa melalui melalui 'Khazanah dari Syurga' setelah program'Indahnya Iman' (lebih kurang jam8.50) malam. Ustazah Asni Mansor al Hafizah, (gambar di atas) dahlah cantik, sangat ceria pula semasa menyampaikan pesanan melalui usrahnya. Penyampaiannya spontan, bersahaja, dengan mimik muka dan gesture yang berkesan. Bahasa pula mudah difahami, sesuai dengan level penonton di studio. Saya nampak selalunya, nekcik-nekcik, makcik-makcik, kakcik-kakcik. Ada sekali tu makcik bawa anakcik pun ada! Saya lihat para penonton terpegun mendengar usrahnya. Tersenyum, ketawa apabila ada yang lucu. Dan mengangguk-angguk bila ada poin yang mereka setuju atau bila contoh-contoh terkena kebatang hidung sendiri. Ustazah Asni pandai mengambil hati penontonnya seperti berdialek Jawa. Bukan itu sahaja, beliau mahir pula bermain kompang dalam menyampaikan mesej melalui nasyid yang menarik.Bila beliau mengaji, membaca petikan ayat-ayat suci, suaranya lunak dengan sebutan yang jelas. Ada lagi program ustazah terbaru "Sehiris peria Secawan Madu". Tentu best!! Tapi saya belum berkesempatan mengikutinya. Time siaran tak kena agaknya. Semasa bulan Ramadhan yang lalu ada saya lihat beliau membimbing kanak-kanak mengaji. Cara beliau menegur dan membetulkan bacaan, lembut sekali. Ingin tahu lebih tentang Ustazah Asni? Google lah!! Tapi mereka yang ada di rumah tu, jangan miss tau Jumaat. 11.30 pagi, saluran "dekat di hati". Saya suka dia....
(imej saya crop daripada amy-ameera.blogspot)

Mew,mew

Salam,
Mew, mew........a litter of kitten......mew, mew.....scary....
Where????
Right at my door steps in BS.
Siapa pula buang anak ni????
Mana mak dia?
Sampai hati dia.

Now, who wants to adopt these bundle of cuties??
Eeeeeee, not for me.....geli, geli.....

(PS. We (JY and yours truly) arrived safely in Kuantan after a 4 hr drive from Melaka. Pheeeww.....why banyak lorry on Friday? Sent JY to Masjid Negeri for Friday prayers. I drove home. And.....there...to greet me (terperanjat actually) was these kitten snuggling with mama. Mama cat stared at me as if to say "Don't you dare touch us!!!" Image taken when Mama cat not around.......)

Baikpulih

Salam.
Ye, kena baikpulih.
Apa yang nak dibaikpulih?
Kerja-kerja tukang upgrade pemasangan paip dua/tiga minggu yang lalu di rumah BC.
Udahlah hasil kerja sungguh tak memuaskan, tiada after service pulak jika ada masalah berlaku, Dah call suruh datang betulkan, tak datang. Siapa lagi tukang paip yang dipanggil kalau bukan orang kita! Next time don't call them!
Akhirnya siapa yang baikpulih saluran paip tersebut?
JY juga. Mujur JY ada skill dalam kerja paip memaip ni (eh adakah istilah ini?)
Jadi hari ini sibuklah lah JY betulkan mana yang patut,
Tapi, bang,
Saya tak dapat bantu...tak dapek den bantunyo...Selalunya kalau JY 'on-the-job', saya lah jadi pembantunya. Ambil itu, ini. Jadi dreber ke kedai hardware, beli paip, beli batang paip, beli 'EL', dan lain-lain yang sebangsa dengan nya....sampai pembantu kedai hardware kata 'tak siap-siap lagi kah?"
Hari ini, bang, saya kurang sihat,
Cuaca panas, saya selesema....
lutut pula sakit...
perlu rihat,
tapi air teh perasa strawberry dah siap tu.
nanti kita pergi lunch ye,
masak asam pedas, kegemaran abang
di warung Mak Leha
dan petang nanti kita minum teh tarik
of course dengan goreng pisang Pak Mail!
Doakanlah saya sihat
Sebab si Iddin dah jemputpaksa Tok Lang dan Nek Lang
ke sukan sekolah dia esok petang!
Jom, rihat dulu,
kita gi makan...jalan kaki aje!
Balik, kita beli air kelapa muda di sebelah rumah,
pure punya!

Remote oh remote, mana kau?

Salam semua.
Bila remote hilang, kecoh satu rumah.
Remote saya maksudkan ialah remote control (BM: alat kawalan jauh) TV.
Malam Jumaat bagus letaknya di depan mata.
Esok pagi, 7.00 pagi, saya nak tengok program, lah program tanyalah ustaz, cari-cari remote tak ada. Mana perginya? Tanya budak-budak yang sedang bersiap-siap nak ke sekolah, semua geleng kepala.
Remote ini selalu 'menghilangkan' diri...samada disembunyikan atau salah letak.
Kita selongkar tempat-tempat yang selaku jadi sasaran.
Puas cari dicelah taburan cushion (throw cushion) atas day bed, ...tak ada.
Cari di atas almari, tak ada.
Mungkin di selitan sofa, di celah-celah sofa,...yang jumpa kertas tisu, balut gula-gula, pen, pensel, klip rambut, kayu ais krim...budak-budak ni, suka selit-selit barang-barang di antara 'bantal' sofa, tak ade. Selalu ada.
Mesti ada somewhere...but where?
Ambil penyapu....sapu bawa sofa, bawah day bed....pun tak ada.
Hey, mana poi nya? Tekan manual kat button pada decoder astro. itu pun si Iman yang buat.
Okey..dapatlah tengok program agama. Taklah den tukar-tukar channel sebab nanti jam 11.30 ada pula program usrah
Habis program, 'asklah ustaz', tak senang hati...mesti ada somewhere. Ulang mencari, hampa, penat mencari, tak jumpa.
Tak apa, kat tes*o ada.
Pergilah ke tes*o. Ada satu aje yang tinggal! Jenis yang sama dengan yang 'hilang'
Senanglah hati...kalau jumpa yang hilang...simpan yang ini...in case hilang lagi..
Hinggalah budak-budak bertiga balik sekolah....
Nek Lang remote dalam beg sekolah Amal...entah siapa letak ke dalam beg Amal.
Aisay man, sabau aje lah.
Remote TV selalu menjadi rebutan...siapa lagi 'controller' TV lah. Maka berlaku perang saudara.
Jadi cadang si 'controller', Nek Lang, satu untuk Iddin, satu untuk Nek Lang. Maksud dia, mudah dia tukar ke channel fav dia bila , selalu kakaknya, sedang tengok Korean drama.
That's not good, very no, no...okey.
So 'orang tengah' kena lah soft talk kat dia...keep one as spare, in case the other one rosak.
Next time letak di tempat yang sepatutnya, ye children...

MBB

Salam.
Hari ini 15 April, rakyat Melaka cuti.
Rakyat Melaka menyambut Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Betul ke bunyi 'hari jadi' Melaka tu?
Maka rakyat Melaka pergilah bersuka ria ke lokasi-lokasi yang dah dirancang acara sambutan.
Pelbagai acara ada, tapi saya tak ambil tahu.
Antaranya Pesta Gendang Nusantara.....ini saya tahu.
Dengar daripada seorang teman yang rumahnya dekat dengan lokasi persembahan...kuatnya pukulan gendang, ganggu waktu malam, sukarti dur (bunyi Jawa, istilah diperkenalkan seorang teman)
Semalam, kami (siapa lagi kalau bukan the small little family) gi join the crowd tengok pesta tahunan ini di di Dataran MBMB, yang di sebelah JJ Air Kroh. Kononnya nak tengoklah Abang Jam Abdullah perform dan kemudian nak tengoklah percikan bunga api memeriahkan angkasa. Sebenaunya saya malas nak menyeksa diri tapi nak support juga, Melaka Oh Melaka punya hal, pergilah juga tengok gelagat manusia.
Punyanya ramai umat Melaka, yang VVVVVVip tu doklah bawah khemah.
Yang marhain (umat biasa, biasa) berdiri, duduk, bersila.....orang tengok orang,....tak jelas..jadi tengok skrin besau je..macam tengok TV.
Sempatlah tengok performance dari Jambi, India, Uberkistan (maaf kalau salah ejaan), Singapura......
Tapi sedang sedap performers pukul-pukul gendang dan rancak menari, gerimis pula(kebetulan lirik pantun yang sedang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jambi ada "hujan gerimis").....sudah tu, turun hujan rintik, rintik ...mulah umat marhain lari mencari tempat teduh...yang bawah khemah sedaplah duduk. Kami memang dah nak balik....penat berdiri...Jam Abdullah pula tak muncul-muncul.......selamat tak kena hujan!!

Apa jadi pada persembahan pun tak taulah.
Baik balik rumah.....sedapti dur!!

SELAMAT HARI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH (dan kini) BANDARAYA WARISAN DUNIA.

Batminton

Salam.

Ye, begitulah ejaan 'badminton' pada dia.
Dia ingat 'batman' yang main 'badminton'
Okey, sekarang musim batminton di BC, inspirasi LCW, angin Thomas Cup dah serang BC.
Tapi berapa lama?
Dia suka juga 'football'. Dah beritahu mummy bila dia sekolah menengah nanti nak tukar ke STM(atau HSM) bukan ke sekolah menengah daddy dia. Sebab? HSM sekolah sukan football.
Penat Nek Lang layan dia main football. Dia belum tau lagi demam Piala Dunia hampir tiba. Kalau dia tau....abislah Nek Lang.
Sekarang minat ke batminton. Baru 'cukai' mummy beli sepasang raket. Pasangan dia siapa lagi kalau bukan Nek Lang. 'Net' nya 'towel rack' yang boleh diangkut sana sini.
Hari ini, dia tak sekolah (bersebab).
Jadi berbatminton lah dengan Nek Lang. Marathon you.
Dari jam 11 pagi. Rehat, tidur, sekejap. Bangun...sambung main. Kemudian dia bersiap-siap nak ke Sekolah Fardhu Ain.
Tak jadi (bersebab juga, masalah 'negara'!) Sambung main batminton. Berhenti sebab hujan lebat.
Teduh aje hujan , sambung lagi main. Memang berpeluh dibuatnya :)
Penat pungut bulu ayam. Pukul-pukul tak dapat sambut. Samalah tu. Sorang tak nampak bola , pukul angin dan tak kuat lari(saya lah tu). Sorang kuat lari , tapi tak sampai nak pukul (dialah tu) Main sambil gelak-gelak.
Oh penatnya. Tapi saya enjoy, keluar peluh, turun berapa kg, entah, maklumlah, marathon.

Well, Iddin, this is the way to hold the shuttle cock (bulu tangkis aka bulu ayam). Nampak di hujung dua jari, bukan nya lambung dan pukul macam tennis!!
Bila cuti kita main lagi ye? Tak payah Nek Lang gi jogging ke, taichi ke....Tapi main 'badminton' ye bukan 'batminton'. Nek Lang takut pukul 'bat'
Tahun depan, projek satu murid, satu sukan. Iddin nak pilih sukan apa? Football? Badminton?
Bukan lari dalam guni okey!

Terima kasih kepada En Google, kerana imej-imej di atas.

Album

Salam.
Pada satu ketika dulu, foto-foto atau gambar-gambar disimpan dalam buku album.
Album besar, kecil, tebal, nipis.
Cover album pelbagai corak
Album gambar ini pula. Ada yang 'sticky' dan 'poket/slip in,
Yang 'sticky album' , gambar dilekatkan di atas muka surat
kemudian muka surat tersebut dilitupi dengan helaian plastik nipis.
'Album poket' pula sudah siap mempunyai ruang berpoket untuk sisipkan gambar.
Ada juga yang kita lekatkan gambar,
guna selotape atau bucu khas .
Ada guna gam aje!!!
Klasik kan?
Banyak juga gambar kami...
Ratus juga belanja tapi berbaloi you!!!
Gambar famili, gambar lawatan, gambar bersama kawan-kawan, gambar dengan rakan kerja,
pelbagai occasion, merata tempat,
gambar semasa kecil, semasa bayi pun di simpan dengan baiknya dalam album.
Itu baru di BC.
Di rumah BS, banyak lagi.....
Seronok tengok semula bila terkenang masa dulu-dulu.


Buku Album gambar kenangan tersusun rapi di dalam almari besar di BC


Tak cukup dengan album,
seterusnya, ada perkembangan penyimpan gambar-gambar.
Supaya lebih jelas, dimana dan bila peristiwa gambar diambil
Maka, muncullah album seperti buku skrap (di baca: 'folio')
Gunakan folder yang ada ruang untuk selitkan dokumen
Ada gambar, ada cerita di bawahnya...tak payah cakap-cakap ulang-ulang, beritahu,
tak payah nak tanya...
jadi adalah 'folio' melancong...yang rajin...kakak lah, sebab dia yang banyak makan angin ke negara orang.


Nah, ni rupanya album lama.
Sticky album
Gambar dah pudar, kaler pun dah turun.
semua disimpan dengan baik,
Anak-anak, cucu-cucu boleh tengok ,
timbullah gelak ketawa, rasa hairan, timbul soalan' di mana', dengan siapa' ini siapa'
Seronok bila buat pengkisahan semula.
'Oh, mummy rapat dengan Nek Lang' begitu kata Iddin
Dia lihat gambar mummy waktu kecil bergambar sakan
dengan Nek Lang dia (yang muda remaja, waktu itulah)
'Ini gambar konvo Nek Lang'
Wah cerianya!


Sekarang, zaman tekno, zaman ICT,
kehebatan digital dan internet.
boleh dikatakan jarang gambar-gambar kami print,
(mula-mula dulu rajin!!)
tak ada album gambar.
Sebab semua simpan dalam thumb drive atau CDR
banyak pula tu boleh simpan.
Bila nak tengok, cucukkan saja kat USB port, keluarlah gambar.
atau mainkan CDR
Atau pun masuk download dalam 'my pictures', 'picassa'
Buat story dalam blog, FB...mudah...cepat, segera, instant..
kawan-kawan marah bila gambar mereka saya ambil tak 'cuci-cuci'.
'Mana gambar? Mana gambar?'
Belum 'cuci'
Malaslah nak ke kedai...tak kuasa akak.
Sekarang, malas nak ambil gambar dia orang,
buat mereka sakit hati aje.


Nak tengok gambar,
buka saje My Pictures...view slide show
atau tunjukkan kat TV melalui kamera
(kan dah digital sekarang?)

Well, kita ambil gambar begitu banyak...gambar digital..
simpan dalam CDR atau thumb drive atau komputer.
Bila nak lihat semula perlu buka komputer atau TV.
Oh, sekarang no problem.
Kita ada Picture Book Pocket Digital Photo Album (saya ambil dari En Google, TQVM ye ), tapi mesti tau cara nak buat pula digital album tu.
Kawan-kawan tau,
Saya rindu dengan penggunan buku album.
Kita boleh buka, lihat, rasa, bau gambar-gambarnya.....bila-bila masa...
Jadi, nak 'cuci' tak gambar-gambar digital?
Kalau rajin ke kedai....
Untuk difikirkan...apakata kalau komputer kita rosak..gambar semua dalam CPU...habis lah
Apa kata ..kalau masa akan datang,
program My Pictures ke Picassa ke dah tak sesuai lagi..
Apa kata (berapa banyak' apa kata' dah)
CDR dan thumbdrive hilang..
Macam-macam kemungkinan..
Macam mana anak cucu kita nak lihat gambar kita
seperti kita tengok gambar orang lama
dengan adanya buku album :=)

Gaya mask


Salam.
H1N1 menyerang lagi....gelombang kedua.
Kita harus berjaga-jaga.....dinasihatkan guna face mask jika kita selesema dan berada di tempat orang ramai
Semalam, ' residential drawer' (baca: residential artist) BC, Miss Amal, 'membayangkan' cara-cara mengguna facial mask. Dia sedang menunggu Iddin bersiap. Pada masa dia melukis (pada papan putih) dia sendiri pakai mask (nak ke sekolah fardhu 'ain). Tapi saya tak sempat nak ambil gambar dia sebab sibuk layankan Mr Iddin . Dia pun nak ke sekolah fardhu ain walapun kelas dia bermula jam 4.30 petang. Kelas Amal, 2.30petang. Di atas ialah lakaran yang dilukis oleh Miss Amal,.... gaya mask. Di bawah pula...zooooom in!




Anda nak cari mask brand "Hello Kitty" ke?
Macam-macam Amal, ilham datang bila-bila masa....

BFF


Salam.
bila singgah di R nR Seremban,
patung-patung teddy ini
menarik perhatian.
Teddy siapa,
kalau bukan Teddy Mr Bean.
Cuma replika 'teddy'.
Ada berbagai saiz,
dari yang kecil, sederhana dan besar.





Yang di bawah ini,
imej teddy saya ambil daripada Mr Google.
Comel juga kan
walaupun dia gelap




Mr Bean dan 'Teddy', sangat rapat.
his best friend, his BFF
ke mana pergi mesti ada 'Teddy'
Pada Bean, 'Teddy' seolah-olah hidup.
Kesian Mr Bean,
seorang berjiwa kanak-kanak,
karektor yang menghiburkan, melucukan,
buat kita ketawa,
semualah....kanak-kanak, remaja, dewasa,
tak ketinggalan
'super dewasa'
ada kala juga
kesian tengok perangainya
sampai kita geleng kepala!!!
Rasa-rasanya Mr bean ni lonely,
so Teddy,
BFF dia,
teddy pun teddylah!







U6A

Salam.
Antara gambar-gambar saya jumpa
Gambar-gambar zaman sekolah
tahun 60'an.
Kelas Upper Six Arts,
perintis Tkn 6 di SAB, Kpg. Pandan, KL.
Lihat uniform, putih melepak
(bersinar seperti baru!)


Saya dibarisan kedua, nombor tiga dari kanan.
Nak tau.....di belakang saya, seorang penulis blog juga,
mengisi masa pencen yang ada.
Antara classmate saya , ada yang telah pergi...Al fatihah,
ada yang kesihatan terganggu, yang masih sihat.....terus berkhidmat,
ada yang relaks-relaks aje (macam saya), jaga cucu,
atau attend kelas-kelas tambah ilmu mana yang kurang.
Bila tengok gambar ini, perasaan suka ada, hiba pun ada.
Peristiwa-peristiwa 2 tahun di SAB tetap jadi kenangan.


Waktu free, berkumpul dengan kawan-kawan di rumah sewa mereka.
Seronok waktu itu.

Menarik

Salam.
'Arca' (boleh ke dipanggil 'arca'?) menarik...
Saya tak tau area mana di highway
nama highway pun tak tau, sorry ye.
tetapi dekat-dekat area Cheras
(maklumlah orang out stesen)
Arca pili air seolah-olah tergantung,
air datang dari langit (di baca: awan)...
mencurah tak henti-henti!
ke sebuah tangki gergasi
Pili air tegak, teguh!



Zooooooooom in,
ini rupanya


Sungguh kreatif...
Menarik bukan?