Kreativiti

Salam.
JY ajak singgah minum teh tarik.
"Tak nak lah" .
Saya nak minum juice sebab hari ini sahaja dah 2 kali pekena teh tarik.
No, no, nanti susah nak.........(faham-fahamkan?)
Jadi, singgahlah kami di Food Court, JJ Air Keroh.
Just for juice.



Cantikkan? Beranika warna. menarik.
Buah campuran dalam jelly.
Oh ye, sebelum ini JY ordered Jus Kiwi.
Saya yang habiskan.


Saya suka yang ini, Soursoup Juice,
Jus Durian Belanda.
Tetapi yang menariknya....
Saya pun tak terfikir untuk buat begini.
Lihat alat untuk mudah mengambil durian belanda daripada gelas
dan
sekali gus (one shot) sedut (minum) jus nya.
Sudu plastik disumbatkan ke penyedut ('straw' yang saiz L)
Jadilah sudu panjang.
Memang saya tak terfikir.
Kreatif betul dia yang mendapat ilham ini.
Untuk menjadi seorang yang kreatif,
fikirlah luar daripada 'kotak' kita!


Itu kisah petang tadi. Ini sekarang, ya, sekarang ini. Baru balik dinner. Makan Char Kway Teow di Asam Pedas Malinja. Sambil mereka-reka posting ini, terasa haus, dahaga ah, apa sebab? Oh, oh.....Tentu ada taburan 'Pak Aji tak ada Moto' dalam Cik Char Kway Teow.
Tolong......nak air jus asam boi dengan ambra (kedondong). Mana nak cari? Air suam ajelah.
Tak kreatif langsung :(

Sakit mata



Salam.
Bukan sakit mata akibat virus
Sakit mata bila imej tak berapa menjadi,
tengok tu tak masuk 'frame'.
ejaan 'belongings' jadi 'belongin'
Mungkin tertulis 'belonging', tak pasti.

Maaf, ye,
imej ditangkap, capture, pada waktu subuh pagi tadi
waktu singgah solat di surau R n R Air Keroh
dalam perjalanan ke KL.
Masih gelap.


Sakit mata bila 'glaring mistake'
kesilapan yang sangat nyata pada bahasa
tidak diambil berat.


Pengat Pisang

Salam Maulidulrasul....
Cuti lagi esok ye...
Hari ini, Khamis, saya buat double posting. Datanglah rajin akak ni.....Sebab pisang raja dah 'bertakhta' macam minta dikorbankan. Kalau tunggu esok lusa......tau-tau lah kan?
Jadi untuk minum petang (selalu tak ada pun tea time, ikut suka awak nak minum apa dan bila :=(... saya buatlah Pengat Pisang.

Bahan-bahan
6-8 biji pisang raja
1 kotak santan (mana-mana brand boleh aje, tanpa kolestrol)
2 1/2 sudu makan gula merah (kok nak manis 8 paras sdm boleh)
1 helai daun pandan
sedikit sagu biji direndam dengan air panas.
sedikit garam (optional)

(Perhatian: kalau ikut resepi kesihatan, ganti santan dengan susu tepung skim 6 paras sdm dibancuh dengan 1 cawan air masak). Saya suka yang ori...

Cara memasak:
1. Kupas dan potong 3/4" (masih ikut 'inci") atau setebal yang dikehendaki.
2. Masukkan santan/susu, pisang, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Biarkan hingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
3. Masak hingga pisang empuk.
4. Kuah (kata Iddin "soup") hendaklah sentiasa dikacau perlahan memastikan ia tidak menjadi berkepng-keping.
5.Jangan lupa sagu biji (ada orang lata "sagu mata ikan")
6. Hidang panas atau sejuk.


Pingat Pisang lemak kurang manis

Mudah dan cepat :=)

Sama tak serupa

Salam .
Lagi kisah kuih Melayu atau kuih Nyonya Melaka
Dua jenis kuih ini sama tapi tak serupa


Lepat kacang

Lepat kacang nama diberi
Kuih Nyonya dan Melayu asli
Bahannya kacang soya serta pulut
Di gaul rata dengan kelapa parut
Bentuknya pula tiga segi
Daun palas' baju' diberi.
Tempat lain namanya 'ketupat'
Di Melaka dipanggil 'lepat'




Kuih Lopis

Jangan tak tahu kuih ku ini,
Pun kuih Melayu Nyonya asli
Pulut dikukus bersama santan
Di seliputi kelapa parutan.
Bentuknya juga tiga segi,
Daun pisang 'baju' diberi
Sediakan juga sirap gula Melaka,
Itu caranya makan lopis kelapa.


Kuih...kuih....kuih......

Terbengkalai

Salam, salam, salam.
Makcik blogger di Klang tidak keseorangan patah kaki. Bila patah kaki maknanya kita terpaksa menjadi alternatif supaya 'hidup mesti diteruskan'. Kenalah buat penyesuaian atau readjustment. Kami (saya dan kakak) patah kaki juga , makcik blogger.
Mula-mula kipas siling buat hal. Bila putar, berbunyi...nyet..nyet...nyet... kalau irama muzik, tak apa juga.....ini bunyi yang menyakitkan telinga. Bearing dia rosak. Kena ganti dengan kipas baru. Sampai sekarang belum lagi dicari ganti. Guna dahulu kipas lantai (mengantuk bila mata ditiup angin!).
Keduanya, mesin basuh yang saya rasa baru beli (kira-kira 3 tahun yang lalu, yes, ada orang tu, mesin basuh dia dah lebih 20 tahun, masih on lagi!!!) buat hal. Dapat buat peringkat satu aje...cuci... Bila dia pusing waktu spinning , dok...dok...dok...dok...dia memekak. Cepat-cepat lari ke mesin untuk keluarkan baju yang belum berapa bersih bilasnya. Apa hal? Agaknya wire di gigit Cik Menti yang suka berkeliaran waktu malam. Dah lah tersangkut kerja mendobi. Kenalah bilas kain secara manual :-(.... Belum lagi cari pengganti.
Ketiga, salah satu paip air bocor. Paip pula tanam bawah tanah bukan atas seperti biasa. Dah lah bil bulanan melambung ratusan (selalu tak sampai tigapuluhan). Nak di baiki, melibatkan pula bahagian lain. Banyak belanja tu! Jadi, bila waktu off-peak, tutup atau kunci main tap, selalunya waktu malam. Senja, tutup main tap, pagi 'on' kan semula. Bila tak perlu air, tutup. Kena simpan air juga. Reserve air. Mujur rakyat jelata di ruma BC tak ramai. Ada catuan air nampaknya. Jelas ada penurunan jumlah bil air bulanan.
Seterusnya, menyapu halaman rumah. Itu tugas saya setiap pagi atau petang. Kerja yang tidak mendatangkan hasil (siapa kata? kan exercise tu?). Sapu daun kering, gugur lagi..Sekarang terhenti. Sebab, kedua-dua penyapu setia dah 'bersara'..longgar...kejap-kejap tercabut lidinya. Sekarang halaman rumah penuh dengan daun-daun kering 'potpourri'. Tangguh lah kerja bersih laman rumah. Ah, kena tunggu Pak Jalil, tukang mesin rumput untuk baiki semula penyapu-penyapu tersebut.
Hai....macam-macam.....

Satu kelainan


Apa hal lah tu????

Salam semua.
Satu kelainan pada majlis perkahwinan yang kami hadir semalam.


Suasana sungguh meriah seperti biasa, khemah ada dalam 10 buah. Ramai jemputan. Maklumlah anak pertama. Ada yang ambil gambar kat kita lah!!!
Apa kes?


Dia ambil gambar Cik Gayah, Cik Limah? Penuh tumpuan nampaknya?
Tengok apa tu?
Pengantin dah sampai!!!!
Dari jauh sudah kedengaran bunyi irama (macam bunyi nyamuk aje)


ooooh....irama Scottish Highlands dari bagpipes..
.

Teringat saya..waktu di sekolah dulu.
Kalau ada acara Scottish dance, Angah dan saya pasti ambil bahagian,
dengan pleated skirt corak kotak-kotak,




Kumpulan bagpipes (seramai 7 orang) mengiringi mempelai.....satu kelainan...
tak ada pukulan kompang....
Belum pernah saya lihat . Mungkin sudah biasa di KL



Pengantin lelaki berpakaian Scottish lengkap. Pengapit pengantin lelaki juga begitu
Yang pengantin perempuan serta pengapit, masih anggun dengan kebaya moden.


Mempelai melangkah perlahan ke dalam rumah untuk acara renjis dan tepung tawar
diringi dengan irama lagu bagpipes.


Tiga mak dara ini tak mau ketinggalan,
dari kiri: Dr Zurina Khalid (Innah, ingat dulu kecik-kecik kita main kahwin-kahwin!)
Mami Siti Zainin (hujung minggu ini sibuklah terima menantu)
and of course Angah (always with her trade mark smile)

Kami pun kembali ke BC,
hujung minggu ini drive semula ke KL,
apa lagi, kenduri kahwin adik sepupu....


Moyang

Salam semua.
Hari ini hari Ahad. Hari ini saya sefamili hendak ke Shah Alam memenuhi jemputan kahwin kawan sepermainan, masa kecik-kecik dulu. Bukan dia yang nak kahwin tapi anak dia. Menjelang cuti-cuti sekolah dan 'bulan Maulud' kata orang Melaka, sibuklah kita memenuhi 'panggilan' orang. Sebenarnya mula cuti CNY dah mula kenduri kahwin ini. Pagi tadi dah ada jiran sekampung menjemput. Minggu hadapan sepupu di Cheras, 3 minggu lagi anak dara pangkat cucu , pula.

Malam tadi, bimbinglah Iddin, Tahun 2, buat maths exercice. Dia yang serah diri.

Iddin: Cepat Nek Lang. Tuition maths...addition and subtraction...
Saya: Bagus Iddin, rajin. Belajar betul-betul, kalau pandai nanti, dapat kerja bagus, dapat duit banyak, boleh jaga Nek Lang.
Iddin: Bila Iddin kahwin, Nek Lang jadi moyang!!

Wah, Iddin, dah pandang jaaaauuuuuuh ke depan. Ke situ dia, nak kahwin...Kahwin, dapat anak, Nek lang jadi moyang, jaga cicit. Wa kah, kah....Tak larat Nek Lang, Iddin oi...

Alahai cucu Nek Lang..

Hilang gelap

Salam bahagia.
Hilang gelap, timbul terang. Tukar lagi langsir 'rumah' (langsir rumah sebenar belum ganti-ganti). Masih lagi pilih 'polka 'dot', corak yang tak dimakan zaman...evergreen...Ini yang termudah dan termurah, dah lama offer kat template. Tengok 'langsir' rumah ' saudara mara siber' bukan main canggih lagi, bercorak-corak, berwarna-warni. Ingin sekali nak tukar langsir seperti mereka tetapi belum-belum lagi. My 'supposed-to-be designer' ajak ke 'PYZAM' nak pilih 'kain' dan 'pattern' yang sesuai dengan jiwa pengisian rumah saya. Kita ni pun tak adventurous, nak singgah 'kedai 'sana sini untuk explore apa yang ada. Taklah saya tahu di PYZAM banyak pilihan, buat kita susah buat pilihan yang tepat. Ada 'kedai' lain kita boleh singgah ke? Yang ada di PYZAM ini pun dah buat rambang mata. Pilih punya pilih, okey, dah dapat satu yang sesuai. Dah cuba ' jahit' tinggal nak 'pasang' sahaja tapi, ooopppsss, projek terbengkalai. Bukanlah, tersangkut!!! My 'designer' not sure proses memasang 'langsir' . Yalah kerja jarang-jarang dibuat, mudah lupa. Tak apalah biarlah saya dengan 'template' polka dot saya yang light, light ni. Esok-esok jemu, tukar lagi....kan saya tak ade kerja....selamat berhujung minggu :=)

Alapayung di Naza



Salam.
Ala payung lah payung, ketipang payung.
Payung sutera nak dara muda...aaahai
Mari minumlah minum, air sirap bandung
Lemak dan manis bersoda pula!

Minuman berikut, tak pasti nama,
Tetapi yang memesan kata, sedap rasanya,
Elok, tidak manis juga.



Let's go Western, saya suka Fish n Chips

Dan ini dessert aiskrim, ada ceri, ada payung juga!

Semua ini di Naza, sempena special lunch date, from special people to a special person.

Sampai di sini

Salam semua.
Last episode of the great escape:
PD 1 malam 2 hari.

Pose jangan tak pose, puas ke????


Inilah merz VVIP yang MrKindheart order,
siap dengan dreber.
Pak Supir, tolong load barang-barang....bila lagi kan?



Tunggu Pak Supir........mau pose lagi
"Tak ada yang tinggal?" askedMr Kindheart
"Tapak kaki, adalah"


Belum puas,
Pak, boleh bawa kami putar-putar kampung,
last round




At last, tengok orang harapan daddy,
belum disuruh sudah bantu.

Maka retreat kami pun berakhir di sini.
Pulanglah kami ke Melaka dengan kenangan yang manis.
Selamat tinggal 'water house'
Nak datang lagi ke?
InsyaAllah, panjang umur, murah rezki, sihat tubuh badan....
Nak rendam dan renang .
(Oh, how I love the pool)l

TQVM to our kind sponsors.
Lepas ini ke mana kita?

Jom 'explore'

Salam semua.
Masih nak buat laporan dua hari satu malam di PD
Kali ini mari 'explore' apa yang ada di persekitaran 'water house' ini.


Oooooppps ada khidmat refleksologi ke? Ada amoi lor..
Bukan itu Iman sedang mengurut jari-jari kaki
seseorang...sejuuuk...katanya ....cramp...


Dah okey, mari kita terjah perkampungan rumah air
melalui lorong-lorong,
brisk walk Cik Limah dan Cik Gayah :=)


Barisan rumah, tenang dan aman.
Bangunan tinggi ialah main buildingnya


Pagar dihiasi dengan pokok bunga kertas


Nak lihat matahari terbenam?


The sun is setting....
kata Angah "Kat Melaka pun ada!!!"
Tak heran :-C



Waktu malam di kolam renang "sendiri punya"
Nampak pelampung tersandar?
(Kata budak-budak:Nek Lang babylah guna pelampung!)


Semestinya International


Peace No War.... no homework, no housework


Nak naik basikal boleh mummy?
Barisan basikal untuk di sewa..RM10/1 jam


Public swimming pool


Rumah yang ada tanglung merah tu,
ada perkhidmatan Spa n Reflexology


Tak cukup renang dalam private pool,
nak juga enjoy di kolam yang lebih besar.

Okey, ada lagi cerita ke?
Ada....

PD 2

Salam.
Nak cerita lagi.


Moh, saya tunjukkan apa yang ada lagi dalam apartmen mewah ini...
Amal dengan nek lang dah sama tinggi.
"Nek Jah' dengan cucunya.


Washroom,
bakul berhias orkid itu bukan sebahagian hiasan washroom tau,
walaupun toiletries lengkap disediakan.
Pak Abu masih bawa yang sendirian berhad dari rumah,
bertambah seri washroom!
Buat macam rumah sendiri bila berada di sini!


Kitchen corner
tak, kami juga tak bawa microwave oven dan kettle,
yang periuk nasi tu kami punya serta hidangan berbagai lauk pauk.
Sedap lagi makanan home cooked!
Jimat belanja.



Little Iddin (Maths teacher kata "I'll change your name to Irene if you keep on talking!")
excited tengok samada air laut dah pasang dan tinggi mana!
"Iddin nampak ikan"




Cosy corner
Sofa menjadi katil Iman
"Sukalah sofa ini, so comfortable"
Nampak lantai berkaca? Nampak bayangan air?





Mana boleh duduk dalam bilik aje....
Sempat riadah di Gym,






Of course, 24 jam berenang, aktiviti utama,
macam itik dapat air.
Bangun pagi terus lompat ke dalam kolam.
Tak kisah demam, janji dapat air, ubat kan ada?
Apa kata kita buat kolam renang kat apartment idaman nanti?


Mana tak mimpi jadi jutawan????

Bersambung.....

(terima kasih angah untuk gambar-gambar ini)