Sayur pisang

Salam semua.
Hari ini saya cadang nak masak gulai pucuk paku dengan bunga kantan. Tapi ada orang tu nak makan gulai sayur pisang pula (macam Tapa masak. Tapah is the so-called 'royal cook' for Mshart). So dengan gulai pisang , mesti ada sambal belacan cili padi dan goreng ikan kering. Nak makan pula dalam daun pisang. Punyanya lengkap. Bagus juga tak payah cuci pinggan !Okey, boss. Buka freezer, ada pula ikan cencaru (lagi?) yang dah siap perap cili dan kunyit. Ada 2 ekor burung puyuh. Goreng cencaru dan burung puyuh. Gulai sayur pisang ni saya ikut resepi sahabat saya, Pn Norbi. Celur sayur pisang dengan air panas. cukup separuh masak. Bubuh garam sedikit. Ambil segenggam ikan bilis, 6 butir bawang merah, kunyit hidup. Blend semuanya. Satukan bahan yang telah diblend atau kisar dalam periuk dengan santan kemencar (cair) dan sebatang serai yang telah dititik serta sayur pisang yang telah dicelur atau direbus tadi. Didihkan atas api sederhana. Bila nampak dah didih, masukkan pati santan, sehelai daun kunyit dan garam secukup rasa. Masak hingga cukup didihnya dan pisang empuk. Tak tahulah, ada tak rasa macam gulai sayur pisang Chef Tapa masak?

Raya di BP

Salam semua.
Semalam, satu hari di Batu Pahat, berhari raya di rumah adik beradik JY. Sekarang kalau ke BP dah mudah dan cepat. Dari Melaka, kita ikut highway AMJ (Alor Gajah, Melaka, Jasin) by pass bandar Muar sampai simpang tiga ke Batu Pahat. Kami berhari raya di Peserai (makan soto di gerai makan anak saudara JY), lunch di rumah kakak JY di kampung, Jalan Parit Besar. Minum teh petang pula di rumah adik JY di Parit Raja. Balik, dinner di rumah seorang lagi adik JY di Parit Besar. Oh ada menu special masak asam ikan merah Parit Jawa. Ada lagi rumah adik-adik ipar yang tak sempat singgah seperti di Kluang, Pontian dan Skudai Johor Baru. Sampai Melaka semula dah lewat malam. Walaupun sekejap bertemu dan bertukar cerita, kemeriahan dan kemesraan tetap ada. Kuih muih masih banyak lagi, berderet dalam botol-botol kaca. Awal minggu raya ramai di rumah 'ibu'. Sekarang sepi sikit. Di BP, meriahnya hari raya bila adik beradik dan anak-anak (ramai juga ahlinya) ziarah raya rumah ke rumah saudara mara pada raya ke dua sambil marhaban dan membaca doa selamat. Ber'konvoi' dengan kereta. Seronok dan meriah kalau dapat ikut agenda ini yang di ketuai oleh adik lelaki JY, Bokhari. Acara ini memang diamalkan adik beradik JY untuk mengeratkan lagi silaturahim kalangan mereka. Di rumah pertama,kedua memang rancak bacaan marhabannya, makan pun boleh tahan juga. Sampai di penghujung, sudah slow sikit, mana penat dan mengantuknya. Itulah kemeriahan sambutan hari raya di BP.

.

Nak lapor juga

Salam semua.
Saya pun nak kongsilah apa saya buat raya seminggu yang lalu "What I did last Raya".
Hari Raya Pertama: Pagi setelah solat sunat Raya, ziarah perkuburan arwah emak, bapak dan kakak. Duduk makan ketupat, lontong: pagi, tengahari, malam. Layan tetamu. Bersalaman dengan jiran tetangga yang datang bersalam 'touch and go'. Malam, penat.
Hari Raya Kedua: Berhari Raya ke rumah jiran. Selebih masa duduk rumah layan TV.Kemas-kemas halaman rumah. Tetamu my sis yang tak pernah miss hari raya ke rumah kami, datang berhari raya.
Hari Raya Ketiga: Mula puasa 6. Ibu saudara dari KL datang bersama anak lelaki dan famili. Riuh di rumah dengan anak-anak 4 orang. Pagi saya ke pasar nak beli sayur nangka sebab dah lama tak makan gulai nangka. Oh ye, sepupu perempuan dari Shah Alam serta keluarga pun singgah juga. (Hubby dia orang Melaka). Dapatlah tetamu-tetamu dari KL jamah gulai nangka ku.(Komen: garam kurang) Malamnya, kami sekeluarga, 2 buah kereta, ke gerai ikan bakar di Alai, dinner di luar raikan tetamu. Bawa tetamu ronda-ronda bandar Melaka waktu malam. Oh riuhnya!
Hari Raya keempat: Tak puasa hari ini. Ke pasar bersama emak saudara untuk beli bahan masakan makan tengahari. Beliau 'terperanjat' murahnya harga sayur di Melaka! Balik rumah 'sinsing lengan' membantu masak di dapur. Masak gulai kubis, goreng ayam (2 ekor, habis!)berlada, goreng cencaru belah belakang, sambal belacan. Dapat call, bapa saudara and famili pula nak datang. Oh lagi giatlah di dapur. Petang tetamu-tetamu dari KL balik. Malam, pergi berhari raya di rumah Leka (blogger Ummi Soleha), ke rumah 'saudara' my sis, Kak Nya Cik and of course singgah di rumah 'jiran' dia (anak Kak Nya Cik) , rumah blogger Ummi Hanis, Pat. Malam tu riuh dengan gelak ketawa. Sempat Pat goreng mee hoon. Sedaplah tapi kenyang, Pat, aunty makan sikit je.
Hari Raya Kelima: Sambung puasa semula. Kemas-kemas rumah. Petang pula adik sepupu sekeluarga singgah on the way to KL dari Muar( wife dia orang pagoh, Muar). Jamu cucur kosong aje cicah sos. (Sebab dia orang dah kenyang). Saya tunggu JY dari Kuantan. Naik bus. Hari tu line Celcom buat hal. Susah hati juga tak dapat contact JY. Sampai juga beliau dengan selamatnya malam tu.
Hari Raya Keenam: Tunda puasa lagi. Selsema. Tidur.Malam ke rumah MsHart di PT. Ada merewang. Bantu sikit-sikit chief cook. Apa hal? Oh nanti ada program 'full swing' 3 dalam 1, esok harinya. Ada kenduri tahlil, ada majlis pertunangan, ada 'rumah terbuka'. Nanti adalah cerita dalam blog Mshart.
Hari Raya Ketujuh: Memang penat hari ini. Tetapi penat dalam kesukaan. Sibuk bantu menyiapkan juadah. Macam-macam ada. Juadah untuk majlis pertunangan dan tahlil berbeza dengan 'open house'. Kenduri , jamu nasi, open house pula kalah hidangan dihotel. Daripada ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis hingga goreng kway teow dan mee. Catering tak main. Semua dimasak secara gotong royong. Ramai tetamu, jiran tetangga setaman, rakan pejabat MsHart dan MrKindHart, hadir. Nampak semua orang di rumah penat. Lewat petang balik BC, tak dapat nak tolong mengemas. Hari Ahad nak kemas semuanya kata MrKindHart. Saya pula InsyaAllah nak berhari raya di BP dengan adik beradik JY pula.
Meriahnya berhari Raya seminggu yang lalu. Raya jangan tak raya, okey!

Dengan 1A21

Salam semua....


Sudah semestinya budak-budak tiga orang ini dapatkan Nek Lang dan bersalam di pagi raya. Tapi salam aje, skrip ucapan kena diajar. Alamak, background tak kemaslah.




Pertama dengan No3, Iddin yang dengan Nek Langnya macam kawan-kawan, kejap bergaduh, merajuk, kejap lagi baik. Kalau 'harta' dia hilang, cari Nek Lang.

Kedua dengan No2, Amal, 'the drawer' a.k.a the artist in the family, the dreamer, likes to write too, sekarang dalam proses menulis satu cerita horror...oh yes, bintang air mata ini dah sama besar dengan Nek Lang!

Last but not least dengan No1, Iman, the growing up teenager, sekarang malu nak peluk Nek Lang seperti waktu kecil dulu.
"Iman ni? Dah besar dan kurus!" kata mereka yang dah lama tak ketemu Iman, macam tak percaya!
1A2I....You know what? Nek Lang loves you three!
Salam Hari Raya...
Tugas saya pagi ini mengemas halaman rumah. Seperti biasa saya tidak boleh lihat daun-daun kering bersepah di halaman. Kalau tak pagi, petang saya 'kasi sapu' semua daun-daun kecil yamg bertaburan. Sudah tu saya layan pokok-pokok pasu yang ada, cabut rumput rampai, rumput liar, merumput. Rumput liar ni segar sama dengan pokok-pokok pasu sebab dapat 'makanan' yang best hingga ada pokok sendiri tak dapat makanan sepatutnya. Lihat pokok bunga kertas ini yang telah saya 'tebang'( sebab tak mahu berbunga). Ada tumbuhan 'pucuk' merah macam bentuk bunga pula.


Ini ialah sudut yang menceriakan halaman rumah. Imej diambil setelah hujan lebat di bandar Melaka pagi tadi. Cuaca masih gelap. Nak hujan lagi nampaknya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam.


Ramadhan akan meninggalkan kita. Hiba rasanya.Syawal menjelang tiba. Gembira pula. Sudah tentu masing-masing ada sebab mengapa hiba dan gembira. Melalui alam maya ini, saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mengapa sambut? Sebab Syawal belum tiba, esok lusa. Tentu masa ini para pengunjung dan pembaca blog saya ini, khasnya umat Islam sedang sibuk membuat persiapan, mana yang nak balik kampung, mana nak kemas rumah, mana nak ke pasar, mana yang buat last minute shopping, mana yang ke bengkel servis kereta....macam-macam lagi lah hingga tak dapat nak up date posting. Macam mana pun, eloklah juga saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Selamat berhariraya bersama keluarga, saudara mara, jiran-jiran, sahabat handai. Lepas tu kita puasa enam pula. Yang mana memandu, orang sekarang kata 'drift', hati-hati di jalan raya, okey.

Ready to go!


SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI AMALAN KITA.....



Dodol Melaka

Salam...
Macam-macam cara pusat membeli- belah memeriahkan suasana menyambut hari raya, lima hari lagi tau. Di T****o Melaka, ada Bazar Ramadhan yang menjual pelbagai kuih 'tunjuk-tunjuk'. Ada yang terbaru: ikan bilis dipakaikan 'tali pinggang'. 'Roll'kan tepung, belit ikan bilis, seekor-ekor. Kemudian goreng. All hand made. Rajinnya. Sesuailah dengan harganya. Satu tarikan special ialah stall yang menjual dodol Melaka. Siap peniaganya kacau dodol on the spot.Demonstrasi kepada pengunjung khasnya anak-anak muda. Lihat imej-imej ini. Mengacau dodol cara lama dengan menggunakam kawah. Kayu pendayung,' pengayuh' mesti teguh dan kuat. Pernah terjadi, kayu 'pengayuh' tu patah. Bayangkan apa terjadi kepada tangan 'si pengayuh' tu. lecur kena dodol panas yang sedang mendidih! Satu masa dahulu, orang kampung rajin kacau dodol, hidangan utama hari raya. 'A must event' di kampung menyambut raya. Mereka mengacau dodol secara bergotong royong. Sekarang munkin ada juga yang mengamalkan budaya gotong royong ini...kacau di tengah malam menjelang subuh. Sekarang, semua beres. Beli aje kat kedai...nak bungkus macam mana...bentuk tiga segi? Dalam anyaman daun upih? Balut daun pisang? Perasa pula dah pelbagai...strawberry, durian, yang asli....





Dodol dibungkus dengan plastik kemudian diletakkan dalam bekas anyaman. Bahasa tempatan (local) ialah 'tampin' Ada seni dan budaya orang kita.

Tetapi saya tak suka dodol....manis sangat!!!!

Diam-diam

Salam semua.

Sudah lama saya mendiamkan diri. Ada saudara siber tanya samada saya sakit sebab dah lama tak update 'rumah' saya. Ada. Saya ada duduk diam-diam di BC. Maklumlah bulan puasa. Baik duduk diam-diam.Routine bulan puasa diamalkan sebaik mungkin. Tambah lagi Cik CPU saya sakit pula kena virus, buat hal dia. Hantarlah dia masuk 'wad' pergi 'check up'. Now sudah okey nampaknya. Diam tak diam, sudah masuk ke malam 22 Ramadhan kita berpuasa. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik daripada puasa kita pada tahun-tahun yang lalu. InsyaAllah. Anda bagaimana, dah buat persiapan raya?

Budak-budak di rumah ni asyik tanya Nek Ngah bila nak buat kuih.....

Eee gelinya





Salam semua.

Terkejut saya pagi Sabtu yang lalu. Mana tidaknya, nak angkat tong sampah semula ke dalam rumah, nampak benda ini, ulau melengkau tepi pagau (kata orang Melaka). Tapi bukan tepi pagar. Dalam longkang besar luar rumah. Geli. Panik. Gempar. Takut. Dia hidup ke?. Masa itu saya sorang-sorang di rumah. Called jiran sebelah rumah. Dia kata hidup lagi. Cuma dia tidur kekenyangan. Lalu pula Mamat Posto. Adik ni kata dah mati, tengok tak bergerak. Mana satu ni? Called my sis yang sedang tadarus dengan geng dia.. Dia kata baca A'uzubillah banyak-banyak. Maybe syaitan's friend. Called JY di Kuantan. Kata dia panggil perhilian. Called Mr Kind Hart. Kalau rumah terbakar, panggil bomba. Kalau ada ulau tepi pagau, panggil siapa? Pertahanan Awam! Lambat pula penyelamat ini sampai. Takut si ulau tu jaga dan menyusur. Jiran-jiran sebelah sebelah dah mula kerumun. Rupa-nya ulau tu dah mati. Heeeee......gempar sekejap.

Anyway, terima kasih kepada penyelamat dari Pertahanan Awam. Tapi jangan buang ular tu dalam tong sampah makcik. Buatlah kebajikan bulan puasa ni. Campaklah dia di-mana-mana yang patut!

Sambal lada ikan kembung ala Melaka

Salam,
Lang, nak makan apa berbuka nanti? Soalan cepu emas daripada kakak.
Tati nak hantar Laksa Nyonya (ooooh sedapnya) untuk berbuka, jawapannya.
Sahur?
Masak nasilah....
Problem....lauknya apa ye?
Bukalah freezer, ah, nak masak resepi simple kegemaran Iddin (hope so), Ikan Kembung Goreng Cili atau pun di panggil juga Sambal Lada Ikan Kembung, style Melaka.
Bahan: (untuk 2 orang)
3 ekor ikan kembung
14 tangkai lada merah (sebab, nak banyak sambal, 10 pun memadai)
5 ulas bawang merah (sebab, bawang merah saya saiz M, kalau saiz S, 10 cukup)
1 inci belacan
sedikit asam jawa. ambil airnya
serbuk kunyit
garam halus
gula
minyak masak
Cara memasak
1. Perap ikan kembung bersama kunyit dan garam.
2. Blend belacan, cili dan bawang sampai lumat. (Kalau tak mahu lumat sambalnya, tumbuk
bawang dan belacan sampai lumat. Lada ditumbuk kasar sedikit)
3. Panaskan minyak. Goreng ikan yang sudah diperap. Goreng separuh masak. Angkat dan letak ke dalam piring.
4. Dengan minyak yang sama, tumis semua bahan yang telah ditumbuk, hingga keluar minyak.
5. Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga sambal mendidih.
6. Masukkan ikan dan garam dan gula secukup rasa (agak-agak orang puasa, jangan banyak sangat).
7. Sebatikan ikan dengan sambal. Perlahankan api.
8. Angkat. Hiaskan dengan racikan daun bawang dan sup (kalau ada)


Ini dia ikan kembung dua beradik, seekor dah dimakan waktu sahur. Sayur?...salad je!
Itu style melaka, Kalau style orang awak (Minang), cili merah ditumbuk kasar dengan bawang merah, tak ada belacan. Air asam jawa diganti dengan asam keping. Pada sayalah, sambal lada ini digaul rata bersama nasi dan tambah kicap lemak manis sikit.....sedapnya!!!