Salam semua...
Amal suka prawn fritters. Kalau makan kat Pi**a H*t, dia pasti order prawn fritters. So for lunch today, prawn fritters a.k.a udang goreng tepung. Resepi asas...redah aje, main agak-agak. Udang yang telah dibersih, buangkan kulit dan benang hitamnya. Ekor tak payah cabut (tapi saya dah tercabutkan ekornya!). Perapkan udang dalam seasoning: sedikit tepung jagung di bancur dengan putih telur dan garam. Perapkan dalam masa 30 minit. Buat batter pulak. Buat adunan tepung gandum,tepung beras, ..agak-agak sukatannya...sedikit baking powder, garam, dash of pepper...tambah air sikit, sikit..jadi batter. Biarkan sebentar. Yang mahir memasak tentu ada tambah bahan-bahan lain. Akak simple aje. Sampai masa, celup udang tadi seekor, ekor ke dalam batter....shshhhhhh.......goreng dalam kuali,deep fry, sampai kuning emas. Masaklah dia. Minta-minta Amal suka prawn fritters Nek Lang, nanti boleh buat lagi kalau Amal kata "Aye, aye, nek Lang".
Kemudian ingat nak masak ikan gelama goreng taucu. Cili hijau tak ada, guna cili merah yang ada 6 tangkai. Ikan gelama 5 ekor. Fikir pulak. Kak Iman tak suka taucu. Dia minat kentang goreng cili. So tukarlah resepi. Ikan gelama dengan kentang goreng cili. Caranya: tumbuk kasar cili dengan bawang merah. Tapi akak blend, malas nak tumbuk, nanti terpercik air cili. Tengok ada lebihan sambal belacan, tambah ajelah kat cili tadi. Kentang ambil 3 biji, hiris tebal, bersih dan goreng hingga kuning. Ikan gelama dah perap dengan garam kunyit, pun goreng. Goreng pulak cili tadi hingga masak. Masuk sekeping asam keping dan garam secukup rasa. Bila masak, masukkan kentang goreng dan ikan gelama, sebatikan dengan gorengan cili. Masak dah. Hopefully kak Iman pun suka.
Oh ya, si Iddin pula. Dia suka ikan gelama. Senang budak ini. Dulu suka ikan kembung, sekarang gelama. Akak ketepikan aje 2 ekor yang siap goreng. Jadi yang goreng cili 3 ekor aje. Iddin sukakan?
Itulah kisah saya di dapur pagi Selasa ini. Masak fikirkan kesukaan ramai. pening juga ye.
Time masak
Posted by
Kak Nora
at
Tuesday, June 30, 2009
4
comments
With Bibik
Salam semua....
'Mari masuk, Nyah, welcome, welcome,' said the Bibik, "sedap Nyah..."
Same pose with Grannny Bibik

Food, glorious food....
Thanks Mr Sor for the (birthday?) dinner
Posted by
Kak Nora
at
Sunday, June 28, 2009
0
comments
Dancing lights? Dancing water?
Salam semua...enjoy the dancing lights and partner, dancing water, lampu menari-nari, air menari sama , (dancing fountains, colourful indeed) berwarna warni, mengikut muzik..... tarikan terbaru di Melaka, Bandaraya Warisan Dunia. Letaknya di satu tempat di tebing Sungai Melaka. Kalau anda menyusur(naik bot) Sungai Melaka waktu malam, pemandu bot tu tentu singgah kat tempat ni. Ramailah juga pengunjung dan kami pun menyamar menjadi pelancong tempatan! Kata yang pernah ke sini, kali ini tak hebat pertunjukannya...ada malam-malam lebih hebat lagi. Begitu ke? Tempat lain pun ada juga seperti The Mines. Lagu-lagu mengiringi 'dancing partner' ni , memang mengancam, tergoyang-goyang kaki (sayalah) macam nak menari aje. Jangan tak singgah sini ye kalau anda datang ke Melaka ni. Melaka tak tidur lagi!
Posted by
Kak Nora
at
Saturday, June 27, 2009
0
comments
Sesama sayang
Salam semua....
Ah, ni ceritanya petang Jumaat yang lalu, LKPI Perhubungan Negeri Melaka dengan kerjasama LKPI Daerah Melaka Tengah dan Hospital Besar Melaka telah mempersembahkan Program Sesama Sayang di Auditorium Hospital Melaka. Tujuan program ini ialah untuk menghiburkan para pesakit, bukan semua tau, yang terpilih sahaja, daripada setiap wad. Sebenarnya, program ini memang program bulanan hospital dengan NGO. Bulan ini, turn LKPI.Jadi pesakit bergilir-gilir setiap bulan untuk NGO yang berlainan. Apa peranan akak? Oh jadi tukang tangkap gambar, jadi penari, jadi penyampai teka teki (tapi tak habis kerana kesuntukan masa) dan jadi mak sibuk. Hampir tak dapat pergi, sebab perut memulas. Terpaksa ambil ubat dan sapu perut dengan pati halia. Barulah lega sikit. Of courselah, yang menjadi star petang tu ialah my sis . The crowd terhibur sangat tengok telatah dia, kalah yang professional. Yang performed pun not bad juga. Lihatlah foto-foto berikut, antaranya,






Posted by
Kak Nora
at
Saturday, June 27, 2009
0
comments
Hospital
Salam semua.....
Ini bukan cerita gempar..hospital....tapi petang nanti saya bersama dengan ahli-ahli LKPI Melaka ada acara di hospital. Apa acaranya?
Jumpa lagi dengan laporan seterusnya!!!
Oh ye sebelum itu, jawab teka teki ini:
Ayam berkokok, harimau..........
Posted by
Kak Nora
at
Friday, June 26, 2009
2
comments
Adam
(Gambar diambil selepas majlis. Angah, I used your picture okey.)
Posted by
Kak Nora
at
Thursday, June 25, 2009
2
comments
Back in action





Rupanya kalau nak jadi top lah dalam action song ni, mesti pilih lagu yang sesuai dengan tahap pelajar-pelajar. Ada sekolah yang salah pilih lagu...... lagu tadika, lagu Barney, tak sesuailah dengan sekolah rendah. Props pula ambil 20% daripada full marks. Patutlah ada sekolah tu, awal-awal lagi dah score 20%....penuh prop (yang sesuai denga tema lagu dia). Kreatif betul!Siapa? Teachers ,of course!

Me: Next time when you are in upper standard (upper formlah), you can also take part in percussion band. Look at the abang-abang. See how they perform. Enjoy!!!
Iddin : Iddin pun ada main juga kat sekolah. Iddin main yang ketuk-ketuk tu (tak mau kalah punya)
Me: That's good.
Baiklah, till next time. Bye.
Posted by
Kak Nora
at
Tuesday, June 23, 2009
0
comments
Hibernate
Salam semua,
Hi, hi....to all, saya nak 'hibernate' atau kat keyboard komputer ada 'sleep' dari blogging kejaplah. Nothing interesting to share. Kalau ada, then I will 'wake up' (again, ada kat key board).
Okey. bye, bye.
Posted by
Kak Nora
at
Tuesday, June 16, 2009
2
comments
Before and After
Salam semua....
Esok lusa mulalah semester baru sekolah. Bermakna kenduri kahwin pun dah mula reda. Cuma saya nak sharelah episode di bawah khas bagi pengantin-pengantin baru dan juga untuk penilaian pengantin-pengantin lammmmaaaaaaaaaa!!!! (that means berapa punya lama dah!).
Marriage Life Before and After
Before marriage,
Darling here....Darling there....
After marriage,
Baling here......Baling there.
Before marriage,
I die for you.
After marriage,
"You die, up to you.
Lagi lama married,
You die, I help you.
Before marriage,
You go anywhere, I follow you.
After marriage,
You go anywhere, up to you.
Before wedding,
"You are sweet and kind just like Cinderella.
After wedding,
"You are worse than godzilla.
Before wedding,
Roses are red, violets are blue,
Like it or not, I'm stuck with you.
After wedding,
Roses are dead, I am blue,
You are on my head, I will sue you.
Before wedding,
Every makan he brings you to Shangri-la.
After wedding,
You want to go, he says, you wait lah.
Before wedding,
She looks like Anita Sarawak.
After wedding,
Don't know whether katak or biawak!
Apa macam? Betul ke? Ada kah pasangan seperti ini? Oh...tidakkkk!!
Don't worry, just for laugh...
(Episode diambil daripada penulis empunya blog 'When the TIGER roars'.)
Posted by
Kak Nora
at
Saturday, June 13, 2009
2
comments
Tinggal kenangan
Salam semua......
Dua kad undangan perkahwinan saya terima yang dialamatkan ke Kuantan. Surprise jugalah, undangan daripada former classmates Form 6 semasa di Sekolah Aminuddin Baki (SAB), KL. Terima kasih Nordin, terima kasih Halin, kerana undangan. Dah bermenantu pun mereka, agaknya ada yang sudah bercucu. Ingat juga mereka kepada kawan-kawan lama. Tergambarlah saya wajah-wajah rakan-rakan lama. Kami merupakan batch pertama Form 6 di SAB, perintis. Students nya daripada merata Semenanjung, iaitu mereka yang tak dapat tempat di sekolah negeri sendiri. Masa tu class Tingkatan 6 bukannya banyak, special, tak seperti sekarang. Antara wajah-wajah classmate perempuan yang tergambar ialah Zaitun Abu, Salha Saidin , Shahirah Azmi Md Amin (arwah), ada 2 Jamilah, Sapurah Abd Hamid , Zahra, Zahara (ada 2 yang senama) , Zaharah Shaari, Siti Zubaidah Abd Mulok, Maimunah Madarshah(arwah) . Boys pula (yang menjadi perhatian adik-adik pelajar perempuan SAB) Za'aba, Abbas Mansor (arwah) Nordin Ahmad, Abd.Halin Hamid, Md Zenon, Basri, Abd. Manan, Ahmad Zubir, Mohd Pilus, Aziz Awab, Mustafa, Abdullah, Mohd. Ali Samad, Mohd Ishak, Baharuddin Ahmad, Yusof dan Mohd.Shahibi Shariff. Saya ingat lagi guru-guru yang mengajar kami dengan penuh kesabaran: En Abd Halim (Econs), Miss Marsden (General Paper), En Hussein Mahmood (Bahasa Melayu), Pn Rubiah Sidin(Geography), Pn Badariah dan Pn Rahimah (History) . Guru-guru kami pula fresh graduates. Bahasa pengantar kami : English. Masa itu tak ada tak ada komputer, no 'power point', no media... so chalk n talk and discussion. Library sekolah pula belum lengkap dengan buku-buku rujukan Form 6.Tahu-tahulah form six, ada masa kami serious belajar dan ada masa relax, bikin riuh, buat kecoh.Tapi seronoklah waktu itu. Saya selalu singgah di rumah sewa Jamilah di Kpg Pandan atau di rumah Kak Siti Zubaidah di Quarters Guru di Sekolah Alam Shah. Sewaktu berkhidmat dulu, selalu juga jumpa Salha Saidin yang juga merupakan seorang pensyarah di Maktab perguruan, juga arwah Shahira Azmi (bekas pensyarah dan pegawai di BPG). Pernah juga dengar suara Zaitun Abu melalui drama bersiri di RTM satu masa dulu "Fajar di Bumi Permata' dan dia ada berlakun dalam drama TV. Mohd Ali bin Samad (sekarang Dato') pernah sebagai SUK di Melaka. Ada juga terima jemputan perkahwinan anak beliau. Siti Zubaidah ada juga contact saya sekali melalui telephone. Zaharah Shaari, Mohd. Shahibi dan Abd Halin Hamid, ada saya ikuti kerjaya mereka melalui akhbar. Yang lain-lain, entah, di manakah anda? Tapi salah saya juga, tak join satu perjumpaan yang diatur oleh bekas pelajar Tkn 6 SAB,KL. Sebab: jauh dan saya malas nak drive jauh-jauh, ke tempat-tempat yang tak familiar pula tu. Semuanya 'tinggal kenangan, yang tak dapat aku lupakan '. Semoga rakan-rakan ku sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa gembira bersama keluarga. Yang telah 'pergi terlebih dahulu', Al-Fatihah.
Oh, those were the days my friend.......when we were young......hu,hu,hu...
Posted by
Kak Nora
at
Thursday, June 11, 2009
5
comments
Selamat menyambut menantu
Jy dan saya berada di JB weekend yang lalu untuk majlis menyambut menantu anak saudara JY. Oleh kerana parents pengantin lelaki merupakan usahawan, majlis sambut menantu diadakan di perkarangan kilang (stor gas) mereka. Hebat juga sambutan dan hidangan yang disediakan. Maka bila berkumpul, dapatlah berjumpa dengan saudara mara (sebelah JY) yang jarang bertemu kecuali majlis seperti ini. Oh, selebriti pun ada? Yes, itulah Kak G /Aunty G (Fauziah, dramatis tu lah), cousin JY, tau.
Saya kata "I watched you in' Matahari'
Jawap seorang lagi "Alah, dah dimatikan. (Kak G cebik bibir)
Kata Kak G : Tengok 2 Marhala. Zizi berlakun, Bagus tau ceritanya. Channel Oasis.'
Yang berlagak jurufoto tu lucu orangnya, panggil saja Ad. Tapi dia towkay kedai makan, jangan tak tau.
Bergambar juga macam "AJK PIBG SK***** atau AJK Persatuan Agama Islam" Bila bergambar macam ini, teringat waktu di sekolah dulu, sesi bergambar untuk majalah sekolah. Pengetua duduk tengah-tengah, siap kira berapa kerusi ke kanan dan berapa ke kiri. Mesti balance!
Hai, Zai..(nama mama pengantin) "Selamat dapat menantu, tahun depan dapat cucu" (InsyaAllah)
Posted by
Kak Nora
at
Wednesday, June 10, 2009
0
comments
Mutiara Rini
Salam semua....
Kat mana ni? Negeri Sembilan ke?
Joggers....bersedia





Ah, memperkenalkan juru'letih' arobik pagi itu. Yang mana satu ni?
Okey, bye bye!!!
Posted by
Kak Nora
at
Tuesday, June 09, 2009
0
comments
T time with NA
('Dia' is my friend "NA", former colleague, Maktab Perguruan Teruntum)
Posted by
Kak Nora
at
Saturday, June 06, 2009
0
comments
Sifu
Ah Meng sendiri yang buat alat urutan itu, daripada kayu chengal yang diambil dari hutan Jabor. Tak jual di kedai tau. Ah Meng adalah juga seorang pengamal tai chi. Jam 6 pagi setiap hari dah ada di Taman Gelora.
Tapi bukan yang basic 18 steps yang fokus kepada pernafasan. Sempat dia demonstrate pergerakan tai chi. Dia happy bila saya kata saya nak cerita hal dia dalam internet. Dia juga happy bila saya kata saya juga praktis tai chi tapi tak lah macam dia punya step. Dia menasihatkan supaya kita buat exercise breathing ini everyday 15 minit. Bagus untuk kesihatan. Ah Meng juga telah demonstrasi bagaimana menggunakan peralatan urut itu dan tunjuk ajar saya bagaimana mengurut dengan betul.
Ada bentuk papan, ada bentuk 'pointer'. Yang secekak itu untuk di bawa balik.
Saya : Ah Meng, macam mana nak urut hidung selalu keluar air? Bahagian mana mesti kita urut?
Ah Meng : Oh itu ah? Nanti saya tanya sama saya punya sifu. Lain kali awak datang saya beritahu.
Jumpa lagi. Bye, bye
Posted by
Kak Nora
at
Friday, June 05, 2009
2
comments
Guess
Posted by
Kak Nora
at
Thursday, June 04, 2009
0
comments
Ceria
Posted by
Kak Nora
at
Wednesday, June 03, 2009
2
comments
Jom singgah
Salam semua.
Hari ini 1st June 2009. Dah setengah tahun dah, tak sedar masa berjalan sangat laju. Saya kini di Kuantan, cuti-cuti Malaysia katakan. Banyak urusan hendak diselesaikan. Kawan-kawan pula, ada yang pergi umrah, ada yang ke KB, ada yang setia bekerja (walaupun sudah bersara!). Semalam dalam perjalanan balik ke Kuantan melalui KL dan highway pantai timur, singgah lunch kat D'Paya Serai Cafe, satu tempat makan bersebelahan (attached) dengan satu petrol station, SHELL( correction: PETRONAS). Letaknya sebelum masuk ke Tol Bentong. Ini kali kedua saya singgah di sini. Kali pertama dulu, tak masuk makan pun, cuma minum teh tarik kat coffee corner. Dengar cerita je. Kali ini memang betul kata cerita itu. Macam-macam hidangan ada, yang utamanya nasi (putih, lemak, beryani, dagang, kerabu) dan beranika jenis lauk pauk dan ulaman serta sambal. Tak dapat nak senaraikan kerana banyak sangat. Kena buat survey dulu apa yang dihidanhkan.Saya makan nasi putih dengan gulai nangka diserikan lagi dengan pergedil dan ikan kembung bakar. Ada juga bubur dan snack makanan ringan seperti sandwiches, nugget dll yang sejenis dengannya. Kalaulah ada cafe seperti ini di highway Melaka-Segamat-Kuantan, alang kah bagusnya. Tapi yang buat boring pula di highway pantai timur. Mengantuknya. Panas lagi. Long, tiring journey!!!
Posted by
Kak Nora
at
Monday, June 01, 2009
4
comments
















