"A An"

Sorry readers, this is not on the articles "A" and "An". "A An" ( dibaca dalam sebutan Bahasa Melayu) adalah nama panggilan (pet name) untuk 'Farhan". Farhan came visiting. Dia rindu kat budak-budak BC. The kids sangat suka bila Farhan datang visiting. Mana tidak nya. Farhan ni suka dan pandai layan budak-budak. Last night, Iddin minta permission mummy nak tidur dengan Farhan di BC. Ye ke ni? Oops tak jadi, nak ketiyak maummy juga!!! This morning, Farhan suruh "shower dulu sebelum main computer," Iddin ikut. Amal, who will be 9 this Saturday, requested Farhan to stay back for her bessday celebration (ada Ke?), but "Ada class Mandarin' petang tu. mesti balik". Those are contoh-contoh how Farhan is popular with the kids. Even Missy too ada cerita-cerita (songs lah) yang nampaknya dia share dengan Farhan.



Oh yes, Farhan ni bukan Farhan AF tu tau tapi Muhd.Nur Farhan bin Hj Fadzil, whose mother is my cousin. So kira-kira dia my nephew saudara . Zaman dia budak-budak dulu dia very closed to my late aunty (his garandma)dan suka lukis tapi gambar-gambar mesjid je. Patutlah dia minat bersekolah di sekolah agama, jauh sampai ke Perlis (Form 1 and 2) then, he completed his secondary school, still sekolah agama, in KL. Pandai mengaji pun sampai Iddin dan Amal nak belajar mengaji dengan Abang Farhan, kursus intensiflah nampaknya. Farhan ni tunggu masa je nak terbang ke Down South, to pursue his study in actuary science. InsyaAllah February nanti. Ah nampaknya boleh lah simpan duit, manalah tahu boleh cuti-cuti jalan-jalan kat Melbourne ke, Perth ke, Sydney nanti tengok A An. Jangan tak tahu, dia pandai buat kek cokelat kukus tau. Belajar dari mamanya agaknya. Angah pesan "Farhan mesti belajar masak. Nanti masa kat Australia jangan asyik makan kek cokelat je!"

Tengoklah A An layan Iddin and Amal.






Iddin duduk kat tengok pun, never mind
Well Farhan, all the best to you. Semoga tercapai cita-cita and make your parents proud. A an jadi contoh kepada budak-budak ni.




Iddin : Nek Lang. Why Abang Farhan sekolah kat Australia?

Me: Dia rajin sekolah, pandai matematik, rajin belajar, pandai mengaji, tulah dia belajar jauh-jauh. Iddin nanti ikut macam Abang Farhan, rajin sekolah, okey.

Gerun

Tahu apa berlaku pagi tadi? Angah dah keluar taichi. Tuesday is the 'pungut sampah day'. So akak keluarkanlah tong sampah ke tepi jalan, tolak 'pintu gate' wide open. Bila dalam rumah nak iron baju, terdengar bunyi suara orang bercakap sendirian, jerit-jerit pula tu. Suara lelaki. Jenguk kat tingkap dapur. Ya Allah, ada manusia kurang siuman sedang punggah tong sampah. Bukan tu aje, siap buang satu persatu keluar, buang ke dalam longkang. Lapar, terliak-kial cari makanan. Alahai, dia makan sisa makanan, like stale bread etc. Sambil tu, berteriak. Saya dalam rumah amatlah takut, jantung berdegup-degup, takut dia masuk ke halaman rumah. Saya called Rakan Cop for help. (Entah datang tidak!). Called Ms Hart, called JY (di Kuantan), alerted Angah. Berulangkali saya baca Al Fatihah, Ayat Qursi dan doa pelindung diri. Perlahan-lahan saya tutup tingkap dapur, takut dia jenguk, locked the door grill. Cemas. Intai lagi. Nampak dia lesing, threw plastic containing sampah ke atas roof pondok jiran sebelah.Lelaki itu Buang tong sampah ke dalam laman rumah, bangun, buka letter box. Tarik gate, tutup pintu pagar. Hai, seram betul. Tak pernah jadi macam ni.
Tak lama tu, senyap, Rakan Cop datang to the rescue ke? Then when Mr Sor and family came to 'export ' the children, barulah lega. Dalam longkang berterabuh sampah. Atas atap pondok jiran masih ada beberapa plastik bag . Dalam letter box, dia letak seketul batu dan dua bendera kecil Malaysia. Oh, sekarang 'pintu gate 'tu sentiasa mesti tutup rapat.
That's the story, gerun. now nak tengok budak-budak tu pula, dengar-dengar macam ada perang saudara!

Weekend yang lalu

Salam Tahun Baru.
Ahad. Isnin. Sunyi di rumah Bukit China. Budak-budak kat rumah dah pergi outstation dengan daddy dan mummy.

Ahad, layari majlis marathon perkahwinan Cik Wiwi and Cik Kikin. Meriah, Glamorous sungguh! Semua ucapan yang didengar "Selamat Pengantin Baru semoga sampai ke akhir hayat"

Isnin pula ikuti upacara pengkebumian Al Marhum Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dapat pengetahuan juga bagaimana pemilihan Yang dipertuan Besar yang baru dipilih dan bagaimana dimasyurkan (diumumkan). Mesti tengok sebab jarang berlaku. Unik, ikut adat. Berbeza dengan negeri-negeri lain.

Angah puasa sunat, so saya makan 'lunch' di mana? Foodcourt Tesco ajelah, sambil tu boleh beli barang-barang keperluan. Sambil makan, buatlah kawan dengan seorang Chinese lady kerja unit trust. (Ah, tentu loaded punya!).
"No lah," she said. "What about you, you must be a teacher." (Eh, macam mana dia tahu saya cikgu? Masih ada air muka teacher ke?)
So we talked over teh tarik. Oh, this lady punya banyak cetusan rasa, ranging from school children to development in Melaka town but nasib baik dia tak lobby suruh saya ambil unit trust.
"You pensioner, government give you money every month, no problem" she said.
Saya, menadah tangan, syukur....
Nice talking to you lady (lupa nama dia), have a nice day.

Balik rumah, tetap sunyi. Cuma terdengar suara TV.



Hijrah



SELAMAT MAAL HIJRAH 1430

to all my Muslim readers
and
SELAMAT TAHUN BARU 2009
to all !
PS. heard from one of the speakers forum 'Halaqah':
'Everything goes up, comes down, but NOT your age'
Just another number!



Akhirnya

Selamat pagi pembaca budiman. Ye, saya blog pagi-pagi ni. Macam biasa bacalah latest posting bloggers 'blog I follow'. Singgah ke blog "Hidup untuk Memberi' jeling-jeling kat link beliau, ooops, ada pautan ke Portal terkini JPNPahang. Akhirnya dapatlah juga ikuti perkembangan semasa JPNP. Oh, ada sektor-sektor baru! Pada waktu saya dulu (ah, ah about 5 years ago cuma ada 4 main sektor)Walaupun saya sudah bersara tetapi semangat untuk mengetahui perkembangan pendidikan Pahang masih ada, ataupun 'busybody'? Senyum tengok gambar-gambar pegawai-pegawai JPNP yang dulu nya junior, sekarang dah senior. Tetapi saya rasa saya baru saja bersara. Dapat tahu juga latest pengetua-pengetua (tapi mesti update!).Dapatlah tengok gambar-gambar En Amiruddinbin Abdullah, TPPP bersara. Juga persaraan KS Jaminan Kualiti, Pn Hjh Rokiah binti Mat Yaman, sahabat saya. Welcome to the club! Tahniah kepada JPNP. Tahniah juga kepada SMK Paya Besar. Saya kenal Pengetuanya, Pn. Hajjah Hatijah Gan binti Abdullah. Portal SMK Paya Besar, cool!Tahniah! Last but not least, "Te..rima ka...sih, Cg Sharifah' (baca ikut 'lagu' ucapan 'terimakasih' yang selalu di'nyanyi'kan oleh pelajar bila tamat satu-satu PnP.)

Durian Runtuh

Muka Surat 27,Harian Metro Khamis 25 Desember 2009,

"Pesara dapat durian runtuh
Lebih 300,000 bakal terima pencen baru 1 Januari"
Syukur, dapatlah menikmati pencen lebih sikit, sikit aje tau!! Bolehlah beli supplement like Fish Oil, Garlic Pearl dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Tunggu 16 Januari 2009!!!!

Tun Tijah

Saya mengajar, di STT, Sekolah Tun Tijah, Melaka pada 1972, sekolah pertama sebagai guru siswazah terlatih. Pada masa itu, pelajar-pelajar STT perempuan belaka . Saya lapor diri bersama Cg Site Fatimah Mohamed, satu batch dengan saya di UM dan housemate semasa Dip.Ed. Pengetua ketika itu ialah Pn Faridah binti Bujang, seorang yang tegas. Beliau ialah salah seorang guru siswazah perempuan Melayu senior di Melaka waktu itu. Di Bilik Guru, saya duduk semeja (meja panjang) dengan Pn Zaidah Mohd (ZAM, guru Matematik), Thalmah binti Ghauth (TMG, Guru Sains), Maridah binti Marzuki (MM, Guru Sains), Site Fatimah (SFM Guru Matematik), Zuraidah binti Md Daib (ZMD, Guru Sains). Zairon Hj Othman (ZHO, Guru Geografi). (Nota: Initial itu digunakan dalam Buku Relief dan pada jadual waktu). Saya pula guru Bahasa Melayu dan Geografi. Kokurikulum? Guru Hoki!! Hei, tak pernah main game atau ambil bahagian sukan, kaki bangku, tiba-tiba jadi guru Hoki! Pada masa itu kokur tak penting bagi Dip.Ed. Pandai-pandailah, cari coach. Pada satu ketika, sekolah menganjur konsert. Saya ditugaskan melatih sekumpulan pelajar mempersembahkan tarian. Apa lagi saya seret kakak saya untuk melatih mereka. Tarian apa ye? Elephant Dance yang ikut lagu "Baby Elephant Walk' dan tarian melayu Tarian Rampai Sari. Saya ingat salah seorang penarinya ialah Pn Fatimah Abd.Hamid, sekarang salah seorang besar di RTM Melaka. STT juga ada mengambil bahagian dalam pertandingan drama antara sekolah-sekolah menengah Melaka. Saya ditugaskan untuk melatih pelajar dalam drama 'Serunai Malam'. Mencabar juga , kali pertama jadi pengarah. Kakak juga yang bantu. Sebagai guru baru saya dilantik sebagai Setiausaha PIBG, jawatan yang saya tak berapa nak. Di STT juga saya berkenalan dengan Pn Norbi binti Hussein, (sekarang Pengarah sebuah Kolej universiti di Melaka). Bi, ingat lagi tengok wayang di Rex? Juga kenal Pn Ramlah Adam yang berkhidmat sebagai GSTT(sekarang Prof Dr Hjh.Ramlah Adam). Ingatkah mereka pada kak ini?


Saya ingat lagi saya telah ditugaskan sebagai Ketua Guru di sekolah jiran,SMDD. Sebab? Pengetuanya, Cik Alice Wee, akan mengikuti kursus pengurusan 3 bulan di Bangkok. Oleh kerana di sekolah beliau tidak ada guru siswazah, JPNM melantik saya jadi 'babysitter'. Wah, sebelum saya 'ambilalih' tugas, Cik Alice Wee telah membawa saya 'round' semua kelas untuk di perkenalkan kepada pelajar-pelajar. Malu juga ah! Tugas saya bila masa mengajar, saya di STT dan bila free saya ke SMDD untuk kerja-kerja pengurusan seperti ke bank, semak BRM (Buku Ringkasan Mengajar) dan settle apa-apa problem jika ada. Mujurlah Pn Noresah Ghani, seorang guru senior di sekolah tersebut dan staf pejabat banyak membantu.



Pada tahun-tahun saya di STT, seingat saya, saya cuma hadir satu sahaja kursus iaitu Kursus Kerjaya yang diadakan di MCKK. Dahulu, guru-guru jarang diberi kursus untuk peningkatan diri mahupun seminar. bengkel dsbnya. Dan kalau adapun, dijalan di sekolah bukan di hotel atau resort seperti sekarang. Lain apa tugas saya? Menjadi AJK Jadual waktu, ZAM pengerusinya. Punyalah problem nak senangkan hati semua orang!



Tentang bayaran gaji pula, kami dibayar melalui cek. Pada hari gaji, semua guru ke pejabat sekolah. Ketua kerani, En Khamis, akan bentangkan satu sheet besar, tersenarai detailed bayaran gaji, kami tandatangan dan ambil cek. Saya ingat bank sekolah kami ialah Bank Rakyat. Jumpalah ramai rakan-rakan guru dari sekolah lain tunggu nombor dipanggil untuk tunaikan cek! Janganlah pergi ke bank pada hari gaji, tentu mengeluh, menunggu.



Macam mana saya ke sekolah? Mula-mula tu, late father hantar. Then dah kenal dengan Cikgu Thalmah, tumpang kereta dia sebab dia on my way ke sekolah. Kadang-kadang late father Thalmah yang hantar kami!Thalmah diketawakan oleh gang semeja. Mengapa? Orang lain 'Mr'nya hantar, ini bapak pula! lalu Thalmah akhirnya drive sendiri ke sekolah dengan saya menumpang. Later, my late father biaya kereta Mini Minor, cream with black top, macam kereta Mr Bean tu. Nombor MF 950. Ingat benar, sebab itulah gaji permulaan saya.




Sebagai guru matapelajaran, saya ni boleh dikatakan garang jugalah. Mana-mana pelajar yang tak dapat jawab soalan atau tak buat homework, especially Geografi, saya buat denda cara Jepun, melagakan kepala secara berpasangan atau saya pukul tapak tangan. Tanyalah mereka, Cg Nora garang! Pelajar-pelajar saya pula antaranya tinggal sekampung dengan saya seperti Norjehan Karim (Bam), Siti Hajar Majid, Rahmah Ahmad (Endut)Sharifah Latiff (Emput) dan adik-adiknya.(Note: dalam kurungan tu adalah nama panggilan mereka di rumah.) Tapi boleh dikatakan saya ni rajin jugalah. Adakan kelas tambahan lagi bagi pelajar untuk meningkatkan pencapaian Geografi yang teruk juga di STT ketika itu. Kelas tambahan ini bukan diarahkan oleh panitia atau pengurusan sekolah, tetapi atas usaha sendiri. Oh masa itu, di sekolah tak ada kem cemerlang , motivasi dan lain-lain kem seperti sekarang, semua terpulang kepada usaha guru itu sendiri. Syukur, atas daya usaha, pencapaian matapelajaran geografi meningkat.


Satu peristiwa sedih yang tak dapat saya lupakan ialah pada malam 15 Mei 1973, esoknya Hari Guru. Bapak kembali ke Rahmatullah akibat sesak nafas. Hari Guru 16 Mei 1973 akan sentiasa dikenang, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh bapak yang tersayang.



Hampir 5 tahun saya bertugas di STT. Jadi guru seronok rupanya, satu tanggungjawab yang sangat berat, dan suka kalau pelajar-pelajarnya berjaya. Kini bila ada bekas pelajar saya terserempak cikgunya ni, mereka akan tegur saya, ataupun senyum. Mulalah saya terkebil-kebil, 'tahun berapa saya mengajar awak? Maaflah cikgu tak ingat. Murid cikgu ramai.' Mulahah mereka terangkan dengan detailednya. Belum lagi click. Ambil masa juga nak imbas kembali. Oh yes, ingat, ingat....murid yang... ya?



April 1975, MPPM (Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka) memerlukan pensyarah. Arwah Shahirah Azmi binti Md Amin, my Form Six friend and a closed one too, suggested my name. Saya tinggalkan STT dengan semangat baru, untuk berkongsi pengalaman alam pendidikan bersama bakal guru.









Staf STT tahun ? (maybe 1976)
Yang mana satu 'yours truly?'
Ynag dudk paling kiri sekali



Early visitors

Guess who came visiting early this morning?




Two birds who had lost their way. Couple pula tu!

Remember, early bird catches the worm, but sorry birds, NO worm in this house.
Oh yes, this remind me of this poem which I learned when I was in kindergarten, long, long time ago. Recite with action:
Two little blackbird
Sitting on the wall.
One name Peter,
One name Paul.
Fly away Peter,
Fly away Paul.
Come back Peter,
Come back Paul.



Majlis Akikah





Kak Wan Jamilah telah mendapat cucu yang ke lapan belas sebulan yang lalu. Seperti yang tertera pada kad jemputan, majlis akikah EIREEN SOFEA BINTI AZMAN RIZA telah selamat dijalankan. Ustaz Dato' Hj idris, Pengetua Rumah Anak Yatim Darul AiTam, Bukit Pegoh, Teluk Mas, Melaka mengetuai majlis Aqiqah tersebut. Majlis didahului dengan berzanji, maulud dan tahlil, doa kesyukuran dan doa selamat. Sambil itu ada acara cukur jambul. Mengapa akikah? Ustaz Dato' Hj.Idris menerangkan Aqiqah hukumnya, sunat. Ia boleh dilakukan apabila bayi itu lahir 7 hari dan sunat sebelum 15 tahun. Kalau lebih 15 tahun di kira Qurban. Tujuan Aqiqah ialah supaya bayi yang baru lahir itu tidak diganggu syaitan dan iblis dan akan membesar dengan baik. Selawat dibaca ke telinga anak. Mulut dibelah dengan buah tamar dan air zam-zam. Sebelum itu, buah tamar tadi telah digigit oleh orang-orang yang soleh, yang hafiz, supaya anak-anak akan mengikut dan menjadi anak yang soleh atau solehah.
Para hadirin yang terdiri daripada anak-anak yatim serta rakan-rakan Kak Wan telah dijamu dengan makan tengahari. Terima kasih Kak Wan dan keluarga. Semoga Eireen Sofea menjadi anak yang baik seperti cucu-cucu Kak Wan yang lain. InsyaAllah.
Must mention. The above invitation card was designed by our technosavvy girl MISSY IMAN. Good Job, girl!

Moh baca


Posted by Picasa


Saya suka dua buah buku ini. Mengapa 'TRAVELOG'? Munkin ia satu catatan perjalanan penulis untuk mencari sesuatu hingga menimbulkan keinsafan. Pengalaman perjalanan nya diceritakan dengan bersahaja, ikhlas, menyentuh perasaan, mencabar minda serta memberi motivasi. Doa-doa nya, dalam buku bestseller, TRAVELOG HAJI, indah, menyusuk kalbu, saya suka. Buku TRAVELOG HAJI saya beli di Popular Book Store di JJ Melaka. Ada special diskaun untuk member! Pergi kali kedua, eh, sudah habis! Terima kasih kepada vimmiyasmin yang telah mencadangkan saya pesan direct buku TRAVELOG DAKWAH daripada Prof Dr MKI. Terima kasih Prof kerana sudi menulis kata-kata semangat serta menurunkan tandatangan. Itu yang mahal. Moh baca!


Serunai

Pagi tadi ke laman rumah untuk mencantas pokok-pokok dalam pasu. Puaslah buat kerja mencantas ni hingga banyak cakar-calar kulit, digigit nyamuk lagi. Dari pokok bunga kertas,pokok buluh jepun, dedaun hijau, hinggalah ke rumpun pokok serai di belakang rumah. Esok bolehlah kumpul semua daun dan ranting yang telah dicantas, masuk ke dalam karung plastik hitam untuk di 'ekspot'. Nampaknya pokok-pokok pasu tu bolehlah 'bernafas' sikit dan nampak 'smart' kalau tidak 'semak'. Ada menunggu tu, timbunan tinggi dahan kering pokok bunga kertas untuk dibakar. Tak mampu lori angkut sampah nak bawanya.

Sekarang waktu petang. Terdengar kumpulan gendang di sebelah rumah sedang berlatih. Mujur berlatih sekarang. Ada kalah mereka berlatih waktu malam...bising jugalah. Alat muzik utama ialah serunai, dikuti dengan rebana, gendang dan gong. Lagu-lagu yang saya dengar mereka asyik main ialah lagu gendang silat, lagu rentak hindustan, alah lagu hindi yang ada laungan 'yahooooo' tu, saya tak tahu tajuknya, lagu jong, jong inai dan beberapa buah lagi. Kumpulan serunai ini menerima jemputan untuk majlis perkahwinan, mengiring pertunjukan silat. Oh di Melaka ni, yang saya tahu di kampung sayalah, ada lagi pertunjukan silat di hadapan pengantin. Dan dibuat di halaman rumah apabila pengantin lelaki sampai di halaman rumah pengantin perempuan dan mereka disandingkan di halaman rumah sebelum masuk bersanding di dalam rumah pula.

Oh ya, berita yang buat saya pening, just confused, PPMSI! Sama-samalah fikir!!!

UPDATED:
Kumpulan serunai atau tambuh nampaknya praktis lagi pada malam nya.

Iman : Eee tak boleh tidurlah, bising!!
Daddy : Baguslah, it's an honour. Dulu-dulu waktu sultan-sultan tidur, ada iringan muzik.
Iman : (blur)

(as reported by Iman the next morning)

Terangnya



Rumah-rumah Melaka di Kampung Morten (nama lama : Kampung Baru) yang terletak di tebing Sg Melaka, di mandi cahaya pada waktu malam. Saya suka tangga rumah Melaka. Rumah kayu tetapi tangga mesti batu.
Posted by Picasa

Jom berendam


Kak Mahani (kawan sis) perkenalkan kami dengan Taman Air Panas Semulajadi Jasin (Jasin Natural Hot Mineral Spring Park). Kami pernah ke Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah. Taman di Bemban baru bagi kami. Tempatnya di Bemban, Jasin. Of course ada yuran masuk. Affordable. dari pintu utama nampaklah kolam yang besar dengan pancutan air. Tapi, kecewa.....when we dipped our feet, airnya sejuk aje.Tak panas pun!!!! Rupanya itu ialah kolam air mineral untuk kanak-kanak berseronok mandi manda, dalam kolam besar, air yang bersih, sihat dan selamat. Untuk air panas, betul-betul panas, ada tempat khas, rupanya. Ada kolam untuk rendam kaki, ada kolam untuk rendam seluruh badan....sedapnya berendam dibawah paip air hujan air panas, shower fountains. Kalau malu, ada bilik yang ada cubicles siap dengan shower air panas. . Syukur, nikmatnya air panas ini.....boleh mencantikkan kulit, menyembuh penyakit kulit, sengal-sengal dan lengoh-lengoh lutut and tulang dan menghilangkan stress. Air panas semula jadi ini telah diterokai sejak 1884 lagi oleh seorang keturunan Tionghua. Beliau telah jumpa kawasan ini dan setelah menggunakan air panasnya, penyakit kulitnya sembuh. Lalu beliau syorkan kawasan ini dikekalkan dan digunakan seterusnya hinggalah hari ini.


Setelah puas berendam, ah...inilah dia yang saya nak cuba selam ini...saya nak try terapi ikan...Dr.Fish ....rendam kaki dalam kolam sambil digigit (nibbled) oleh ikan-ikan kecil...Garra rufa...Mula-mula tu geli..so ticklish....lama-lama sedap pula. Ikan-ikan kecil ini gigit (tak sakit pun) kulit-kulit mati kaki kita....in other words skin renewal... Sedap. Tak percaya pergi cuba.


Nampaknya taman ini akan tambah hebat lagi pada masa akan datang. Kolam-kolam baru sedang dibina nampaknya.. Taman permainan kanak-kanak pun sedang dipertingkatkan.So, now, kalau anda tiada destinasi percutian keluarga, pergilah ke Taman Air Panas Bemban ini, ikut Jalan Gapam, sampai kat T junction, belok ke kiri, drive on...anda tak munkin sesat .
To summarise.....

What I did on a beautiful Sunday morning!!!

From PJ


Perkenalkan my beautiful next door neighbour (ooooopps....) my former neighbour, Pn.Farida Hanim Hashim. 'Former' because Farida and family have moved to Putra Jaya (PJ) a few months back. Recently when she was in Kuantan during Hari Raya Haji, she dropped by the house for some 'makan-makan apa yang ada' and 'tanya-tanya khabar' and also to clear and tidy her vacant house for the coming tenant. Faridah had recently obtained her Masters from UiTM (ambitious lady she is!!)and has started teaching again at one of the IPT in Bangi. Congratulations Faridah, happiness ya, after all the hard work. Now, the next question is " What about Doctorate?"

Above are also images of her three boys. Let me remember their names. Next to her is Safuan. Then there is Hilmi (in green T) and 'big' boy Razin. Razin lahir pada tahun yang sama saya ditugaskan di SMK Tengku Afzan. Her two daughters (known to me as Kak Long and Kak Chik) were former Afzan students. All her children are doing well in their studies. So mother and children sama-sama study. Anyway, keep in touch Farida! Kirim-kirim khabar ye....

Back in BC

Hi readers, I'm back in BC (Bukit China, World's Heritage ma.....) rumah tua and my home after 2 week stay in BS (Bukit Sekilau) my house and my home too. Back to the kerja-kerja bibik, kerja-kerja hang kebun, kerja-kerja nanny......until the next school hols or until I terkenangkan kawan-kawan 'sepermainan' di Kuantan. Melaka sunny dengan hujan sekejap-sekejap but it rained this evening. JY macam biasa, ada aje problem di rumah BC yang dapat diselesaikan dengan jayanya. Problem kali ini ialah mengapa tak ada air mengalir di tap sinki, and in the water cisterns. Actually my sis had called the plumber two weeks ago, but no sign of him.....JY came to the rescue. JY terpaksa panjat tangga (yang dia buat sendiri) ke tanki air at the ceiling and found the 'culprit'....bola dalam tanki not functioning. With his creativity, he managed to 'put things in order'..ha...ha..selesai masalah....problem settled. And the children...I was startled to see Amal...so big.....and Iman too....Iddin is growing fast..school hols..what else to do...makan, golek-golek, watch TV, war and peace among them, gurau-gurau, then crying, then laughing...oh let them...children, adik beradik. But they did had short break, out of Melaka with their mummy and daddy...the Sor's Weekend Out...or drove all the way to KL to watch teater kanak-kanak 'Sinbad'. Kuantan, sunyi...Melaka...riuh...See the images below, how sayang the children are to Tok Lang (children means minus Iman dah)

Okey, my readers, dah malam ni....budak-budak tu belum tidur lagi!!!! But nobody watching TV (yang di bawah, that is) each in their own world...reading, playing....Tomorrow another day...InsyaAllah..

Aidil Adha that was



These are handouts for the jemaah Solat Raya this morning at Masjid Negeri Sultan Ahmad 1
like Takbir Al-Eid, Sembelihan- Hukum dan Hikmah, Korban:Panduan dan Hukum. Very colourful , sweet and informative..
These are from my neighbour, sedap tau! Set nasi kunyit..


Satay ayam (order khas), ketupat nona-n0na zaman sekarang, and kuah lodeh sekilau one
(not in picture)
....We had that and for my neighbour too


Yes we did go to New Zealand to enjoy the warm, sunny summer down under....but alas...mimpi aje....Kita ke Felda New Zealand about an hour drive from Kuantan. Rained all the way and in the so called NZ. Terima kasih Pak Ji Mahmud and Mak Ji kerana Nasi Dagang yang sangat sedap. Saya suka kalau nasi dagang dimakan dengan gulai ikan tongkol a.k.a ikan aye. Kuahnya mesti banyak, makan dengan acar timun....isssh...tambah sepinggan lagi....Ada lemang dengan rendang lagi...Ooooops tak bawa MrCam..
Balik dari NZ, barulah masak lodeh sekilau one....ada visitorlah...

Okey, dah petang...hujan dah berhenti...




Wet Aidiladha


Hujan oh hujan..lekas berhenti...

It has been raining for the past two days in Kuantan. The 'weatherman' had said it will rain till Monday (tomorrow), maybe the days to come. Since hujan, hujan and hujan lagi...sejuk pula tu...i just stayed at home, went to cyberspace, 'stayed' a while at slide.com , watched TV movies, ran through magazines of yestermonths...and still got an invitation from the lady-on-the-hill for some Mee Calong for brunch (semalamlah). Sedap makan mee calong waktu hujan-hujan ni.
Still raining heavily ...At 12.30 just now ...tiba-tiba 'tak ada api' (kata orang-orang dulu)...
dah lah luar gelap (macam winter) dalam rumah pun gelap..
Punyalah boring..., nak blog tak boleh, nak watch TV tak boleh, nak baca, gelap. Napped kejap. JY pula mop rumah, dalam keadaan gelap, sejuk dan lembap ini. Asked JY to get more candles and to get some new batteries for the torchlight. The power was off till 5.30 pm. Kalau sampai malam? Macam mana ye? I had just lit up 2 candles, when...syukur sangat-sangat ..terang semula.

At this moment, I sedang rebus ketupat 'nona-nona zaman sekarang'. Nak makan dengan satay esok...bukan saya buat..order je. My immediate neighbour tentu akan hantar satu dulang (set) nasi minyak or nasi tomato. (macam selalu) Bolehlah balas nanti dengan satay special. Ada karipap segera, bolehlah goreng nanti. Dan ada pula pelawaan dari satu family di New Zealand esok. Dengar cerita ada Nasi Dagang. Nasi Dagang di New Zealand? Nak pergi ke tidak? Here's wishing my dear readers

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Have a nice day!!!

Ketupat den dah masak tu. Ta..ta..
Hujan ...tidak berhenti....


Kantoi

Hello pembaca ku,
Semalam dah janji dengan FK nak keluar lunch but I had to postpone it to this afternoon. JY was out of town. Okey. 12.00 siap-siap. 12.15 Drove to her school. 12.30 (as promised) arrived.... Tup, tup...tiba di sana dia tak ada, kata staf dah keluar somewhere dengan Kak....(the clerk).Eh! Kita nak surprise dia, dia surprise kite balik!!!! Kena kantoi gua!! Rupanya I tak reconfirm with her, jadi ke tak jadi. Ya lah orang kerja ni banyak perkara nak di uruskan. Busy. Saya faham. The moral of the story is : Don't take things for granted.

But lunch diteruskan (walapun sendirian berhad). Drove ke EC Mall. Had Laksa Johor, Air Bandung Cincau and Otak-otak at L****S***k. Window shopping kejap. Nothing interesting. Nothing to buy. But got this jumbo mug as a complim
ent for listening to some sweet talk about this induction stove yang I impikan tapi tak mampu.

It's the season

Some areas in Kelantan and Trengganu are flooded. The Monsoon season is here (Or the Monsun Cup season is here?) Hujan sampai Hari Raya Haji... Yes, the monsoon season...it was wet throughout the whole afternoon till night yesterday in Kuantan. Sejuuuuuuuuk, coldddddd.....that this morning I'm down with my usual runny nose, biasalah kalau dah sejuk and damp. But it's bright and shine this morning and hopefully the whole day. (Laundry belum kering lagi!!!)Popped in Z****c before JY asked me to. We had soto nasi again for breakfast, hopefully the hot and spicy chicken soto soup will "panaskan badan"...Pagi tadi ada pula customer meja sebelah merokok...chis..kurang asam betul, merokok di kedai makan. Anyway, I've tried all sorts of medication and supplement to prevent this so called 'cik selsema'.Tapi kalau Allah dah nak beri, kita terima sahajalah.
Sempat juga called Leka tanya khabar hubby..Mr Bad..'diagnosed with cancer to one of his kidneys. Today at 1pm, he will be undergoing surgery to remove the infected kidney.' Terkejut juga mendengar cerita Leka, Mr Bad 'kencing darah' (bukan kencing ada darah) eeh ngeri.. Yalah,kata lagu "Silence... like a cancer grows.' Ya Allah jauhkan dan lindungilah aku, suami ku, adik beradik ku , keluarga ku serta semua sanak saudara ku daripada penyakit merbahaya ini. Bersabar ya Leka. Sama-sama kita doakan Bad selamat menjalani surgery itu. Kesihan Leka, banyak sungguh ujian Allah...be strong ye dik...

Sambil memblog dan JY reading article an article on yoga...
Me : Bang, last night saya rasa macam ada seseorang selimutkan kaki saya....Thank you.(masa tu I was like sedar tak sedar...mengantuk benau-benau...)
Him: (Diam je..macam biasalah...buat dunno...terus membaca)
Me : Sigh!

Nota: Cik Selsema nampaknya dah nak okey. Ada lunch date dengan FK today. Nak makan apa dan di mana ye?


Sarapan @Norehan

Sarapan di mana?
Rumah Norehan on the Hill. Rumah dia ....oops macam bangunan sejarah di Melaka. Merah....berseri...cantik

Norehan: Pn Hjh makan LAKSAM tak?
Me : Makan ! (dalam hati..oh..laksam...tak gemar bukan tak makan, but no choice, must'nt be rude)
Norehan cut the rolled elongated Laksam into pieces, tabur taugeh and shredded cucumber, add sambal and the gravy. The correct way to eat Laksam is with your fingers, makan dengan jari, gaul-gaul semua bahan, kalau ada belacan lagi best!

Me : Sedapnya. (Now I'm beginning to like Laksam)

Nota: Sekarang (1.35 pm) hujan di Kuantan tapi tak lebat.

Rajinnya

Rajinnya! Saya rajinlah memblog apabila berada di Kuantan ni. Mana tidaknya
= 'cyber cafe corner' free sokmo, walaupn CPU lembab
= cuti rihat 'Menteri dengan tugas-tugas khas' or 'Nanny McPhee'
= adalah story nak share
= ada banyak masa...

This morning, my Chinese neighbour, Jenny, accompanied me for my morning walk up Bukit Sekilau. Jenny. Agak-agaknya dalam 50'an, maybe younger (eeh tak berani tanya umur, takut sensitive) and stays a few doors away. Dia ni pelek sikitlah....rajin sapu daun-daun kering berguguran. Bukannya sapu kawasan rumah dia je...tapi kat jalan raya juga (lane depan rumah) sampailah beberapa rumah yang menjadi jiran dia. Kadang-kadang nampak suami dia bantu. Bersihlah jalan kejap. Lepas tu daun pokok akasia tu gugur lagi. Neighbours called her MPK.
This afternoon Jenny will be going to Singapore for one month "Mahu jaga orang bersalin, dapat lah belanja sikit" Oh part time job jaga orang bersalin rupanya, foreign helper...Rajinnya.. If you're not around, Jenny, who will keep the road clean? Siapa mahu sapu daun? Me? Tak kuasa gua, puas dah buat kerja majlis perbandaran ni di BC!!!

Another Chinese lady, young one..we met her this morning as we were climbing up the steep hill. She was climbing with a rake in hand which she borrowed from one of the houses there. 'Mau sapu daun atas bukit, siapa mau tolong marilah' Eh ada gotong royong ke? No takers...We told by some climbers kat kawasan rata atas bukit itu (besarnya sekangkang kera, small area) banyak daun kering...oleh itu banyaklah nyamuk, fat and stout pulak tu. Tak naklah naik sampai puncak, cari fasal pulak... tapi rajinlah amoi tu..siap bersihkan kawasan untuk pengguna lain.

Macam mana? Menjelang petang ni rajin ke lagi?